Nantikan saya di pintu syurga

Kalau tuan mudik ke hulu,
Belikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga

* Ayooo, tetiba aje teringat babak-babak dalam cerita 'The Red Kebaya'.

Oke minggu ni agak busy sket, insya allah dalam next entri aku akan cita apa aktiviti yang telah aku buat sepanjang minggu ni. So selamat berhujung minggu pada semua.

Kemarahan tahap Gaban

Iyahhhhhh!!!!!!!! Hampeh dan & *^%$# punya streamyx, bila aku nak pakai time tuh lah tak leh nak login.

*Kejadian malam semalam yang diulang tulis semula. Mohon maaf diatas pengunaan bahasa yang tidak menepati ciri-ciri kesopanan dan kemuliaan adab serta tatasusila masyarakat melayu malaysia.

Cabaran Foldover KLCC '06

Tomato yang merah menyala,
Salad segar yang masih belum kekeringan embunnya,
Bebawang dan lobak yang sungguh mempersona,
Kobis merah dan putih yang menambahkan serinya,
Daging ayam grill yang begitu menyelerakan,
Diadun mesra dengan krim mayonis berbawang putih,
Di apit kemas dengan roti leper yang tidak terkata,
Arghhh!!!….betapa sempurnanya rasa,
Nikmat yang sungguh mempersona,

Grilled chicken foldover,
Nama mu sentiasa bermain dibibir,
Meniti dari mulut ke mulut kaki makan yang tidak pernah berputus asa,
Dengan saiz hidangan yang berukuran 265 gram,
Kandungan kalori sebanyak 523 kcal,
Sukatan protein sebanyak 29.7 gram,
Lemak pula sebanyak 21.7 gram,
Karbohidrat sebanyak 52.8 gram,
Dan kalsium sebanyak 44 mg,
Engkau lah pengubat jiwa lara,
Jiwa-jiwa lara yang sentiasa kelaparan,

Grilled chicken foldover,
Harga mu cuma RM 6.95,
Engkaulah harapan,
Engkaulah sanjungan,
Disaat tika manusia memerlukan.

* Untuk pengetahuan korang, sajak ini bukanlah di taja oleh McDonald Corparation Malaysia ataupun antarabangsa. Sekadar tulisan untuk menyemarakkan dunia blog dan mengeratkan ukhwah antara kita sesama manusia kerana kita adalah insan "biasa-biasa aje". Kepada odja dan lediagli, aku tunggu hang punya sajak plak. Stay tunees.....

Nota Kaku: Ayu...

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari makin rinduku padamu
Tanpamu ku sayu
Terkenang kembali sewaktu pertemuan dulu...


VE Feat Ruffedge

Aku PULAK Kena Tag!!!

5 Benda atau Perkara yang saya lakukan jika saya seorang jutawan
1. Dapat aje duet aku ingat aku nak bukak business aku sendiri, berhenti makan gaji pastu lantik diri sendiri jadi bos kat kompeni baru tuh nanti. hahah...kewl
2. Aku ingat nak tolong adek beradik aku, pastu kalau boleh nak amek anak angkat yang yatim piatu, support diorang study sampai jadi manusia yang berguna dunia dan akhirat.
3. Keluarkan zakat harta
4. Aku nak belanja korang semua roti canai ngan teh tarik untuk sessi ngeteh GEJU.
5. Kawen laaaa......pastu bawak satu family gi umrah ke tak pun buat haji.

5 Tabiat buruk
1. Aku ada sedikit tabiat suka mengeluarkan duet untuk beli benda2 yang tak sepatutnya aku beli. Senang cita, ada seket boros laa.
2. Aku merokok.
3. Suka berangan benda yang bukan2.
4. Kalau dapat pegang stereng keta, lupa sapa kat sebelah. "Berhati-hati dijalan raya, sayangi keluarga anda
5. Kadang2 terlupa nak kemas selimut dan bantal bila waktu pagi, ahakkk.

5 Perkara yang saya benci melakukannya
1. Disuruh buat perangai giler kat public, teringat waktu form 4, aku terpilih jadi pengawas sekolah, pastu macam ada sessi orentasi laah, waktu tuh kitaorang pakai uniform sekolah, pakai tali leher, beratur ramai-ramai, pastu pakai helmet full-face jalan2 kat shopping komplek. Mentang2 sekolah aku depan shopping komplek.
2. Disuruh menjerit nama gilfren pastu sebut “I LOVE U” kat tengah2 councourse KLCC, giler apa. Orang lain pon ada gilfren jugak.
3. Berenang ala-ala kuak lentang di dalam kawasan air pancut kat taman KLCC, banyak lagi keja lain yang boleh dibuat.
4. Pakai kasut sebelah kaler lain, sebelah lagi kaler lain.
5. Baring-baring di halaman dataran merdeka ketika hujan lebat.

5 Perkara yang tidak akan saya lakukan
1. Terjun dari tingkat paling atas bangunan klcc.
2. Mandi manda kat sungai klang.
3. Duduk bersila kat tengah-tengah highway utara selatan waktu ‘peak-hour’.
4. Kira berapa banyak bintang2 kat langit pada waktu malam.
5. Memelihara harimau himalaya ataupun singa africa sebagai haiwan ternakan.

5 Perkara yang saya menyesal lakukan
1. Simpan banyak koleksi kredit card…waaaa utang banyak
2. Jual alat musik keyboard, sbb waktu tuh betul2 sesak.
3. Beli henpon mahal-mahal pastu ilang
4. Menyesal aku dulu tak ngorat sorang member anak menteri, kalu tidak jadi menantu menteri aku hari ni. Hahahahaah
5.Menyesal kenapala aku tak start menulis blog sejak dalam kandungan mak aku dulu.

5 Permata Hati Saya
1. Omak
2. Abah
3. Adek beradek
4. Saudara-mara
5. Pedro, kucing itam saye….kewl

5 Tempat yang saya sukai
1. Bilik tidor sendiri
2. Bilir air sendiri
3. Ruang tamu sendiri
4. Dapur sendiri
5. Halaman rumah sendiri

5 Saat yang penuh bermakna
1. Dapat peluang lahir kat dunia ni, dapat kenal mak ngan abah.
2. Dapat masuk kolej
3. Dapat masuk u
4. Dapat keja besh
5. Tengah tunggu saat nak kawen plak. hahahah

5 Benda/Perkara yang saya sukai
1. Jalan2 cari ilham kat mana2 sahaja
2. Kumpul setem
3. Kumpul syiling 50 posen dan duit kertas RM1
4. Kumpul model kapal terbang, setakat ni ada 35 model, tapi sebab takde tempat nak letak semuanya simpan dalam kotak.
5. Berangan jadi kaya macam kat atas tadi.

5 Perkara tentang diri saya
1. Rasa2 mcm ensem, tapi tak tahu ar apa pandangan orang lain. Ahakkkkk
2. Ada orang kata aku ni hitam pastu gemuk. Betul ker? Nanti ko ira, aku jentik lubang idung ko. Buat pengetahuan korang Ira ni anak saudara aku yang first sekali.
3. Pemalu yang amat sangat…kuih…kuih…kuih
4. Ada bakat meniaga yang terpendam…..huhuhuu
5. Suka membaca, walaupun tak selalu membaca. Eh betul ke?

5 Orang yang paling saya sukai di dalam Blog
1. Korang
2. Korang-Korang
3. Korang-Korang-Korang
4.Korang-Korang-Korang-Korang
5.Korang-Korang-Korang-Korang-Korang

5 benda/perkara sampingan yang perlu ada di rumah saya
1. Komputer
2. line power untuk menghidupkan computer saya
3. Meja computer
4. Kerusi nak duduk.
5. Internet Connection

5 orang yang saya pilih untuk menyambung tag ini
1. lediagli (sbb diar slalu kutuk aku) ahakkkk…..
2. odja (dier ni kawan baik lediagli, aku nak tengok diorang ni ada persamaan tak)
3. ai comei (ni pon kira mcm pengkritik tetap kat blog aku ni)
4. arianna adrizal (awek lawa yang dapat bunga ros ahakk…)
5. De5lin (sbb dia suruh aku bawak air ngan kueh kalu aku lawat blog dier, ada ke patut…cheshhhhkek betul)

Sampai jumpa lagi….korang-korang yang namanya disebut diatas…sila submit laporan ‘tag’ anda sebelum bulan mengambang pada hujung bulan ini.

Chow…Chee…Chow…

Selamat Hari Jadi!



Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Athira...
Selamat Hari Jadi...

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ulangtahun yang ke-18 (23/11/06) kepada Nur Athirah Bt Ramli. Dengan ucapan, Semoga Dipanjangkan umur, Dimurahkan Rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga yang tersayang.

Daripada
Abg Black

Kesah Dua Perkara

Kesah Perkara Pertama

Sehari sebelum semalam, modem ADSL aka streamyx aku rosak. Sebelum aku tahu modem streamyx aku buat hal, aku try nak login internet tapi tak dapat. Beratus-ratus kali aku try nak login, tapi setiap kali aku login pasti error msg appear, "Cannot find PPPoE Server", Cis! &^%*$#%, haram *&%$#@. Aku try cal service centre, dah lah kena tunggu lama sebelum panggilan aku dilayan, naseb baik semalam mood aku agak baik, selepas 5 minit panggilan aku di holdkan, tiba-tiba kedengaran suatu suara manja dicorong handphone yang mengetarkan gegendang telinga aku dan saraf-saraf darah yang mengalir menyambungkan otak aku dengan organ badan ku yang lain, "Mak aik!!!, peramah, lembut dan manja nyer pemilik suara ini. Yang paling bagusnya, aku bergayut lebih kurang setengah jam, dia assist aku mcm mana nak detect yang mmg betul2 modem aku rosak. Setelah beberapa ujian dijalankan, confirmed mmg modem aku rosak. Kena tukar aar nampak nya. Aku buat report kerosakan. Dia kata insya allah dalam masa dua hari aku akan dapat modem baru. ok, sebelum dia meletakkan gagang phone that girl ada tanya aku, "Erm...aa..aa ada apa-apa yang boleh saya tolong lagi?" Aku bila orang tanya mcm tuh maka dengan automatiknya akal gatal aku dengan dibantu oleh naluri kelakian aku menjawab pertanyaan gadis itu, "Ada-ada....hah ni satu lagi, boleh tak cik belanja saya minum sbb penat saya bercakap ni hampir setengah jam. Dia ketawa. Tapi aku rasa mungkin dia terpikir, "Mamat ni giler ke apa?"

Kesah Perkara Kedua

Semalam yang lepas, aku kena stayback kat office untuk assist kitaorang punya dealer assistants untuk buat testing on our 'Treasury System'. Kitaorang start testing lebih kurang pukul 5.45 ptg dan hanya abis pada pukul 11.00 mlm. Sbb aku kena balik seremban malam tuh jugak, aku call adek aku ajak dia balek seremban naik keta. Pukul 1.00 pagi aku dah sampai kat seremban, dan esoknya tepat kul 7.30 pagi aku dah tertonggok kat opis balik. Seharian kat opis aku rasa mcm mat pit, high memanjang aje. Actually high sebab tak cukup tido. Balik aje umah, dari pukul 8.00 tadi sampai kul 11.00 apa yang aku buat adalah tido. Lepas tuh bila terjaga, aku on internet, buka email, buat entri masukan dan lepas ni aku nak kemas-kemas bilik. Di ulang kemas-kemaskan bilik yang dah beberapa hari bertaburan dan bersepah. Aku ingat nak sambung buat cerpen "Suwat Centa Dari Adek Buat Comel" Siri terakhir, nampaknya idea aku masih tinggal idea tak terjalli dalam bentuk tulisan lagi. Aku kena cari masa nak siapkan benda ni, janji kat korang nak publish esok, tapi aku try lah dalam minggu ni. Apa-apa pun tengok camna. Stay kewl.......

Malam, Aku & Kehidupan

Di saat malam mula melabuhkan tirainya,
Termanggu aku bersendirian,
Menghadap panel kaca kehidupan,
Ruang-ruang kehidupan terpapar jelas di dalam setiap entri masukan, ia berperasaan...
Betapa blog itu memiliki emosinya yang tersendiri, ia mewarnai perjalanan...

Betapa ini lah kehidupan,
Betapa ini lah kebenaran,
Betapa ini lah yang sering dinafikan,

Mereka melakarkan kehidupan buat tatapan,
Buat pengertian bagi mereka yang berkeperibadian,
Semoga ini dijadikan pengajaran,
Bagi mereka yang bergelar insan,

Sekian...

Sepatu Tumit Tinggi, Songkok tinggi 5-inci dan RAPAT’06

Seusai Rapat’06 aku melihat tompok-tompok gelap didada langit, seolah memberi isyarat sang hujan nestapa akan menitiskan esak air matanya. Kelihatan geng GEJU semakin berkurangan di halaman dewan pertunjukkan pentas dunia. Mungkin mereka mahu cepat pulang atau mungkin mereka ada urusan lain yang mungkin tidak diketahui oleh apa dan sesiapa jua. Kaki melangkah pulang meninggalkan CafĂ© Al’amo, berjalan melintasi lopakan-lopakan air.

Bersama sepatu tumit tinggi, kami melangkah beriringan menuju ke stesen monorel yang terhampir, melengkapkan ikatan ukhwah yang mula teruntai. Pelbagai yang dibincangkan, berkaitan kehidupan, dunia blogger, cita-cita dan harapan. Angin bertiup sepoi, seolah-olah mengiringi kedatangan sang hujan nestapa. Ketika kami menghampiri UNIKL, hujan mulai turun membasahi bumi yang ketandusan ehsan insan. Kami melajukan langkah kaki, alhamdulilah kami sampai di stesen monorel medan tuanku.

Kuseluk poket untuk mengeluarkan kertas gumalan yang menjadi idaman manusia duniawi, ku tukarkan dgn sekeping pas perjalanan sehala menuju ke Stesen KL Sentral. Sekali lagi, pelbagai yang kami perbincangkan, tentang idea, tentang hidup, tentang manusia dan juga tentang hujan.

Sampai distesen monorel KL Sentral, hujan turun begitu lebat sekali tanpa meninggalkan ruang-ruang kering untuk manusia menyelusup masuk.

Bagaimana? Hujan, kata Si Songkok Tinggi 5-inci

Alang-alang basah, mari kita melintasi jalan itu, jawab Si Sepatu Tumit Tinggi

Dengan pantasnya mereka melintasi jalan tersebut untuk menuju kekawasan berhampiran bazar jualan sebelum masuk ke kawasan Stesen KL Sentral. Kami menentukan destinasi, “Stesyen Masjik Jamek!”,

Aku nak pegi cari Cendol Special kata Si Sepatu Tumit Tinggi.

Aku pulak nak mencari alas kepala untuk berlindung dari hujan, kata Si Songkok Tinggi 5-inci.

Kami menuju ke sebuah kedai di Wisma Yakin untuk mencari alas kepala berlindung dari hujan untuk kegunaan Si Songkok Tinggi 5-inci.

“Berapa harganya ni kak?”, tanya Si Songkok Tinggi 5-inci.

“Oh…yang ini harga dia RM 75.00 sahaja, kalau nak kurang pun RM 73.00”, jawab si penjual.

“Ermm…takpe lah kalau macam tuh, terima kasih yer kak”, balas Si Songkok Tinggi 5-inci.

Kami ke kedai yang kedua, Si Songkok Tinggi 5-inci berjaya mendapatkan satu alas kepala untuk berlindung dari hujan hanya dengan harga RM 30.00. Setelah ditawar penjual bersedia untuk menjual pada harga RM 28.00. Seterusnya kami mencari gerai menjual cendol, kebetulan hari itu memang ada pasar malam di kawasan tersebut. Kami singgah minum cendol dan makan laksa. Walaupun perut sudah kenyang, namun digagahi jua untuk menghabiskannya. Kami berbual, berbual dan terus berbual.

Seusai makan dan minum cendol, kami bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing. Sampai di stesen masjid jamek, Si Sepatu Tumit Tinggi memohon untuk pamit ke rumah, kami berpisah disana.

“Berhati-hati, ramai mat ‘*pow’ disana”, pesan Si Sepatu Tumit Tinggi ikhlas.

“Baiklah, insya allah” balas Si Songkok Tinggi 5-inci.

Kami berpisah, aku meneruskan perjalanan untuk aku meneruskan kehidupan aku di dunia ini. Aku berasa lelah sekali, dan terlintas di benakku ini, betapa kalau semalam aku tidak mengenali Siapa Si Kasut Tumit Tinggi dan yang lain-lain, hari ini aku telah dipertemukan oleh yang Maha Kuasa dengan pemilik-pemilik yang hanya sekadar dikenali dengan untaian nama sahaja. Aku berharap agar ukhwah yang terbina akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih dan rasa syukur yang tidak terhingga kepada DIA, kerana dengan izin-Nya dapat aku bernafas dan meneruskkan kehidupan aku sebagai seorang blogger.


*pow = bukan kueh pow atau pun power ranger, tetapi adalah golongan yang suka menyusahkan orang lain dengan jalan memeras ugut. Tak baek tau, daripada korang mem’pow orang lain, lebih baik korang meniaga kuh pow. Ada jugak untungnya…


Kata-Kata tentang RAPAT 06

Assalammualaikum semua,

First and foremost, Setinggi-tinggi gunung ucapan tahniah dan "Tabek Respek" + "Tabek Spring" kepada semua AJK-AJK GEJU yang terlibat dari proses awal sehinggalah berakhirnya RAPAT' 06 semalam.

Terus terang aku mengatakan bahawa aku sangat:-
1. Gembira = Gembira sbb dapat tahu dan kenal korang semua, korang memang besh dan kewl. Betul2 buat aku teruja.

2. Seronok Dan Sedey = Seronok dengar korang menyanyi, bersajak, pegang gitar tong, dan apa sahaja yang korang buat semasa berdiri diatas pentas. Sedey waktu sessi memperingati Cik Nana, walaupun aku tak berkesempatan untuk mengenali beliau semasa hayatnya, TETAPI semalam seolah-olah aku berdiri dihadapannya ketika mendengar Sessi Attoch, Sessi slaid photo dan nyanyian oleh ND dan kak ungku.

3. Kenyang banyak = Mekasih kepada Geng yang telah bersusah payah membawa berbagai-bagai makanan dari rumah, memang sodap, memandangkan kapasiti perut aku yang bersaiz agar sederhana memang takleh nak masuk semua. Kalau ikut hati perut perasaan aku memang nak makan semua, tapi apakan daya....

4. Gelisah Sedikit = Gelisah bukan apa, sbb mungkin kita start lewat sedikit dari jadual asal tapi benda ni kita boleh improved next time kan...kan....kan..... Smile

5. Pasal venue dan makanan yang disediakan oleh Penganjur = Aku tak kesah sangat pasal benda-benda ni. Ok makanan pon sodap jugak....

6. Pasal Doorgif = Aku sebenarnya jarang dapat hadiah-hadiah yang berbentuk mcm yang korang bagi tuh. Ponoh beg den...., Sbb jarang dapat lah menyebabkan perasaan aku begitu riang ria sekali. huah...huah...huah....

7. Zine dan buku-buku yang dijual = Korang pandailah....bila aku sampai umah aje....aku tengok wallet dah kosong lah wei.....nampaknya terpaksa lah aku memakan serdak-serdak biskut raya yang masih ader.....huhuhuhuhu

Ok, so aku berharap sangat untuk dapat meng'contribute something kat komuniti ni, kalau korang buat apa2 aktiviti yang berfaedah, bgtahu aje kat aku. Insya allah kalau takde aral melintang atau apa-apa hal yang mustahak aku akan join korang.

Aku rasa sampai kek sini dulu, Sampai jumpo laie....

Wassalam

mshah aka Qasseh-Hati

* Kalau korang nak baca pandangan orang lain korang leh klik (....Sini....)

Memori Pegun Yang Berbicara - Rapat'06









* Untuk makluman korang, aku dah kurangkan resolusi foto-foto ni, cepat sket nak uploadkan page ni, tidak berpeluh jugak ketiak korang nak tunggu page ni upload. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan foto-foto yang beresolusi tinggi jangan malu-malu untuk mengemail aku. Gambar last sekali waktu gambar ramai-ramai memang aku tak amek, sbb jurugambar pon nak jugak merasa gambarnya diambil orang. So korang mungkin boleh dapatkan dari ND. Ini aje aku dapat uploadkan buat masa ni. Komen pasal Rapat'06 akan menyusul kemudian.

"Setengah dekad geng jurnal makin kuat, Setengah dekad geng jurnal kian hebat".

Nota Cinta Yang Telah Pudar...

Perhatian!!! entri ini tidak ada kaitan secara langsung mahupun secara tidak langsung antara yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Bercakap tentang cinta ne memang semua orang suke, dan bagi aku secara peribadinya aku rasa cinta ni merupakan nikmat dan anugerah yang besar dari illahi buat kita yang bergelar anak adam ni. Jadi dikesempatan ini, aku memohon izin pembaca-pembaca semua untuk melahirkan pandangan aku tentang cinta ini.

Cinta pertama kali lahir kedunia ini bersama-sama kehadiran datuk nenek manusia iaitu adam dan hawa. Dan ia diwarisi sehingga kehari ini dan aku yakin insya allah cinta itu akan terus diwarisi sehingga ke hari kiamat kelak.

Apa yang aku nak bentangkan buat pemikiranku sendiri disini tentang pemahaman aku, kita dan semua orang tentang cinta. Perkataan Cinta, "Liebe" (German), "Amour"(French), "Love" (English) semuanya memberi definasi yang sama tetapi yang membezakan antara kita dengan yang lain ialah dari sudut yang mana kita melihat dan memahaminya. Disinilah letaknya jurang (gap) yang besar antara kita satu sama lain. Masing-masing berhak melihat dari sudut mana mereka nak lihat, itulah kebebasan namanya, dan masing-masing juga bebas mengambil keputusan berdasarkan apa yang telah mereka lihat dan fahami tentang hakikat cinta tersebut.

Tetapi!!! yang menjadi persoalan buat kita semua, adakah adil namanya bila setiap tindakan yang diambil berdasarkan pandangan kita itu tadi memberi impact yang negatif terhadap makhluk sekitar kita. Sebagai contoh, hanya kerana kita kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa maka kita membenci mereka. Baiklah bukan "benci" tetapi menjauhkan diri daripada mereka. Contoh kedua, hanya kerana seseorang pernah mengatakan sesuatu yang buruk terhadap kita, maka seumur hidup kita tidak bertegur siapa dgn dia. Bagi saya, ini adalah contoh2 pandangan yang sempit terhadap cinta. kerana mungkin orang tersebut memandang cinta hanya untuk seorang lelaki atau wanita yang istimewa didalam hidup mereka sahaja. Lihat sahaja apa yang telah terjadi pada dunia akibat memandang cinta dari sudut yang berbeza, terjadi peperangan, kebuluran, perbalahan sesama manusia, keruntuhan institusi kekeluargaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

Sebelum saya menyambung bicara, apa yang ingin saya sampaikan disini hanyalah sekadar pandangan dan bukannya nasihat, kaunseling atau apa-apa shj yang berkaitan dalam memotivasikan seseorang. Ini hanyalah sekadar pandangan dari seorang manusia biasa yang memerlukan kekuatan cinta untuk meneruskan kehidupannya.

Melihat cinta dari sudut spektrum yang luas sangat berbeza jika dibandingkan apabila kita hanya melihatnya dari satu sudut sahaja. Seperti yang telah saya katakan tadi, ada orang melihat cinta ini hanya untuk individu2 tertentu sahaja seperti suami, isteri, ibu-bapa, agama dan sebagainya. Ini tidak salah. Ada orang mengatakan cinta itu hanya untuk tuhan, manusia ni hanya boleh berkasih-sayang sahaja. Itu pun benar jugak.

Tapi cuba sekali sekala kita melihat dunia ini dengan 'satu' pandangan cinta sahaja, penjelasan yang paling mudah, apa sahaja yang kita buat, kita pandang, kita dengar semuanya dengan cinta aka kasih sayang. Apa pun respond manusia atau makhluk terhadap kita sama ada positif ataupun negatif kita balas dengan rasa cinta yang satu ini. Apa yang akan terjadi? Cubalah, insya allah akan berlaku anjakan paradigma yang mampu mengubah kita, orang sekeliling kita, masyarakat kita, bangsa kita dan juga dunia yang kita duduki hari ini.

Seperti yang pernah saya katakan didalam entri saya yang terdahulu, sesuatu yang baik perlu bermula dari kita. Kalau kita nak disayangi, belajar-belajar lah untuk menyanyangi orang lain walaupun orang itu mungkin benci pada kita.

Jadilah sepohon cinta yang sentiasa menghasilkan buah kasih. Walaupun mungkin ada makhluk yang menyakitinya dengan melontar batu untuk mendapatkan buah kasihnya itu. Pohon cinta itu tetap berbuah tanpa mengenal musim dan sentiasa menghulurkan buah kasihnya itu kepada setiap yang memerlukan tanpa ada sedikit prejudis atau rasa benci pun. Mudah-mudahan nota cinta yang telah pudar kembali bersinar semula dengan kemilau cahaya yang lebih hening dan suci.

Sampai berjumpa lagi,

Nota Kaku: Kesunyian

Di dalam kaca aku melihat refleksi aneh
Adakah diri yang kesunyian itu Aku?

Cerpen: Suwat Centa Adek Buat Comel

Bahagian 2

Ketika kaki menghayun langkah, terasa buih-buih ombak ini menjalari seluruh kakiku, Aku pasrah jika ini yang tuhan kehendaki dari ku, kehilangan cinta orang yang disayangi tidak bererti aku kehilangan cinta yang lain…..Adek

Sambungan…..

Keadaan di dalam bilik berselerakan, buku-buku dan majalah bertaburan dimerata tempat, Adek kelihatan tersandar dipenjuru bilik. Longlai dan tak berdaya. Diambilnya surat yang telah dihantar oleh Comel yang terletak di atas meja, lalu dibacanya. Berulang kali dia membaca surat tersebut, seperti tidak pernah ada jemunya. Kedengaran suara deejay popular dari sebuah stesyen radio terkemuka sedang berceloteh.

Suara Deejay Radio: “Permintaan seterusnya, datangnya dari saudari Intan dari Seremban, beliau ingin mengucapkan salam sayang kepada tunangnya, Hafiz yang kini berada di Gombak. Dengan ucapan, sayang rinduuuuuuu……. awak.”.

Adek tidak memperdulikan celoteh deejay radio tersebut, Adek mengeluarkan album photo. Adek membelek-belek album tersebut sebelum dia membuka helaiannya satu demi satu. Album kenang-kenangan bersama sayangku, begitulah tajuk album photo tersebut. “Segala-galanya tinggal kenangan duka”, begitulah getus hati Adek. Adek meletakkan album tersebut ditempatnya. Tak sampai pulak hati Adek untuk membuang album tersebut, biarlah album ini disimpan sebagai kenangan yang paling indah yang pernah dialaminya ketika bersama Comel.

Tiba-tiba deejay radio tersebut memutarkan sebuah lagu yang menjadi kegemaran ramai,

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t’lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu

Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku

Yang t’lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Adek tak dapat menyeka air matanya dari terus mengalir, makin dihayati lirik nyanyian lagu kumpulan popular Samson ni semakin deras airmatanya mengalir. Memori Adek berputar mengingati detik-detik manis ketika bersama Comel. Adek teringat bagaimana suatu ketika dahulu Comel pernah tersenyum padanya, lirikan matanya yang menikam sukma, suaranya yang penuh dengan kelembutan dan juga belaiannya yang penuh dengan kehangatan. “Alangkah baiknya kalau Comel masih berada disisiku”, bisikan hati Adek berbicara.

Sudah seminggu adek memerapkan diri didalam bilik, bila diajak makan Adek kata takde selera. Badan Adek susut betul, mata cengkung penuh kesan lebam-lebam. Kesan dari memendam perasaan. Mama dah penat memujuk Adek, pelbagai cara telah dilakukan oleh mama untuk memujuk Adek. Tapi Adek tetap macam tu juga. Cuma skali-skali Adek akan turun ke bawah untuk makan, tapi lepas tu dia naik semula. Masuk ke bilik dan tak tahu bila lagi dia akan keluar.

Adek sudah berubah, Adek tidak seperti dulu. Dulu Adek seorang yang periang, tapi sekarang tidak lagi. Dulu Adek suka buat lawak kat rumah, tapi sekarang nak dengar dia bersuara pun susah. Rumah seperti sudah hilang serinya bila Adek tiba-tiba aje berkelakuan begini.

Suatu malam, mama memasuki bilik Adek. Ketika itu Adek sedang tidur. Mama memandang kepada wajah Adek, tiba-tiba naluri keibuan mama tersentuh apabila melihat keadaan Adek. Keadaannya yang tidak terurus sama sekali, cengkung, rambut yang kusut masai dan jambang yang tidak bercukur. Air mata mama mengalir melihat Adek tido sambil digenggaman tangannya kelihatan segumpal kertas yang telah renyuk seribu. Mama mengambil kertas tersebut dan membukanya lalu membacanya:

Kehadapan Adek,

Maafkan Comel kerana Comel terpaksa melukakan hati Adek. Terus terang Comel katakan yang Comel tidak sampai hati untuk terus mempermainkan hati Adek. Adek cari lah wanita lain yang lebih baik dari Comel. Cinta Comel pada Adek telah pudar, Comel sudah ada yang lain. Mulai hari ini, Comel akan tukar no handphone, jangan cuba cari Comel lagi. Maafkan Comel.

Sekian,
Comel

Setelah selesai membaca surat Adek baru mama mengerti, baru mama mengetahui. Yang Adek menderita ditinggal kekasih. Kekasih hati yang amat sangat dikenali oleh mama.

Mama berbisik ditelinga adek, "Adek, mama mengerti perasaanmu". Sambil mama mengucup dahi Adek.

Pada keesokan harinya mama dan papa telah memanggil Adek ke ruang tamu rumah mereka. Adek datang dalam keadaan yang tak berubah seperti semalam. Langkahnya yang longlai dan lemah melangkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu.

"Adek!", papa memanggil lembut. "Mama dah bagitahu papa apa yang terjadi sebenarnya. Papa harap kesedihan Adek tidak akan berterusan. Papa mengerti apa yang telah dilalui oleh Adek, tapi itu tidak bererti segala-galanya telah berakhir. Adek masih muda lagi, panjang lagi jalan kehidupan Adek."

Adek diam membisu

"Adek!, jangan mudah mengalah terhadap masalah yang melanda diri. Adek seorang lelaki. Papa taknak anak papa rebah dalam kehidupan hanya kerana cinta. Adek kena ingat Adek ada tanggungjawab."

"Adek!", mama pula menyambung bicara. "Sebagai ibu yang melahirkan Adek, mama rasa sedih sangat bila Adek berkeadaan begini, mama dah tak sanggup lagi tengok Adek bersedih macam ni." sambung mama sayu.

Kelihatan air mata Adek berlinangan, dia cuba untuk menahannya dari mengalir, ternyata Adek tidak cukup kuat untuk menahan airmatanya. Ketika mendengar sayu suara mamanya pada saat itu berderailah air mata mengalir ke pipinya.

Melihat itu mama lantas merangkul Adek, Adek dapat merasakan kasih sayang mama, Adek dapat merasakan kehangatan cinta mama, kehangatan yang meleburkan segala kesedihan Adek selama ini, Adek juga dapat merasakan air mata mama yang turut mengalir. "Ma, maafkan Adek ma, Adek takkan menangis lagi hanya kerana cinta Adek yang telah berkubur, Maafkan Adek ma, Ma jangan menangis lagi, Maafkan Adek ma, Adek tak bermaksud untuk buat ma menangis." rayu Adek.
...bersambung...(bahagian terakhir 23/11/2006)

ebay Explained! 2006

Hi semua,

Ketika saya menulis entri ini, saya baru sahaja pulang dari menghadiri ebay Explained! 2006 yang di adakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Acara ini berlangsung selama lebih kurang 6 jam. Hampir 2 jam digunakan untuk sessi interaksi antara ahli-ahli ebay malaysia, dan selebihnya digunakan untuk sessi pembentangan oleh Mr. Griff. Mr Griff merupakan salah seorang 'pioneer' ketika ebay mula-mula ditubuhkan pada 1995-1996 dahulu. Dan merupakan penulis bagi ebay Bible. Sebuah buku yang menjadi rujukan ramai terutamanya yang terlibat dalam business online ini.

Pembentangan sangat menarik, gaya penyampaian yang sangat bersahaja menyebabkan 4 jam yang berlalu tidak terasa. Pembentangan banyak berkisar tentang bagaimana memulakan perniagaan di ebay. Yang paling mengejutkan sekali, mula-mula tu memang agak sukar dipercayai. Ketika sessi dimulakan, tayangan video yang menunjukkan beberapa individu di malaysia dan asia menceritakan pengalaman diorang bagaimana mereka memulakan perniagaan di ebay. Ada seorang mamat dari singapore, menceritakan bagaimana dia memulakan perniagaan di ebay dengan menjual daun-daun kering yang berguguran di hadapan rumahnya. Its not kidding, kalau korang tak percaya, korang pegi ke ebay.com dan search "dry leaf'. Tapi dry leaf tuh tentulah ada khasiatnya yang tersendiri. Akhirnya mamat ni berjaya establish dia punya business.

Kalau daun kering pun boleh jual online apatah lagi benda-benda lain. Tak gitu? huhuhuu, Aku? Insya Allah, I'm looking forward to having my online business in the near future. Cuma ada beberapa perkara yang perlu aku settle dahulu. Doakan aku yer....

See yaa....

Blues malam Sabtu

Saat aku tengah sibuk-sibuk manage aku punya bidding kat E-bay, tiba-tiba iTunes aku main kan satu lagu yang buat aku betul2 tersentak. Lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad, tajuk dia Jauh Di Sudut Hati. Tetiba aje aku jadi blues, aku rasa mcm aku ni keseorangan sangat. Ini bukanlah kali pertama aku dengar lagu ni, tapi malam ni aku rasa lain sket, pilu dia tu rasa lebeh seket dari biasa. "Omak.....Tolong den mak". Aduhai!.... apa aku nak buat bagi mereleasekan perasaan yang datang tanpa diundang ni? Apakah aku masih mengingati si Dia? Apakah itu tandanya aku masih sayang pada si Dia? Apakah aku bermimpi yang dia akan kembali semula kesisi? Entahlah, aku pun tak dapat nak menjawab semua soalan-soalan tuh. Aku rasa daripada berterusan melayan perasaan yang tak hapeh-hapeh ni tah baik aku pegi mandi, buat kopi pastu layan movie.

Besok aku kena pegi Kuala Lumpur Convention Centre, aku attend Ebay Explained! 2006. Sambutan kali ni aku dengar penganjur kata hit yang paling teramai sekali di Asia Tenggara. Apa-apa pun nanti aku update kat blog ni malam esok.

See yaa...

RAPAT 2006


Adalah dengan raso rondah diri, sayo ingin mengumumkan kehadiran sayo ke RAPAT 2006. Kepado yang bolum mendaftar laie, moh copek daftar.
Meh daftar kek sini. Sekian sajo pengumuman sayo buek waktu ini, bertemo kito di lain waktu. Peace!

Apo kono lah dongan den ari nie...

Apolah nak jadi dengan den hari ni. Sepanjang pagi den raso mcm ilang tumpuan sket. Ala-ala stone sket. Wei tapi bukan sobab den amek menantang haram tuh. Tapi mungkin banyak bondo yang den pikirkan kot. Nak kato tak cukup tido, raso-raso den tido awal. Apo bondo lah yg den pikirkan ni...

Minggu ni den sebok mendapatkan quotation price untuk open-house. Company tompek den kojo suruh den meng'handle open-house ni, jemputan lebeh kurang 500 orang. merato hotel den call, Equatarial, Crowne Plaza, Shang-ri la, Istana, Park Royal, Seri Melayu, Warong Pak Akob dan bla...bla...bla....

Lepas call diorang, den mintak diorang faxkan quotation menu diorang. Mak aii, mahal nak mampuih. Sorang ajo cost mcm den makan seminggu. Tapi nak buek cammano, dah itu yang diorang nak, ikut ajolah.

Ermmm....Kitaorg plan nak buek last day of syawal, which is on 20/11/2006. But then, tadi tetibo ajo ada penukaran, diorang postponed ke 29/11/2006. Out of Syawal, ni kironya bukan open-house untuk raya laie dah ni, tapi kira mcm majlis ramah mosro dgn pelanggan plak. Apa-apa ajolah...Sekarang ni den sbok buat customer list untuk jemputan pada hari tersebut.

Nota Tungku Dapur: "Sowei lah ledyagli, den tak dapek nak masukkan nama ekau kat dlm list ni hah. Bukan apo, nama ko kat no 501. den punya jemputan 500 orang ajoo. kuah...kuah...kuah...." jgn marah yor cik ledyagli.....

Den sbenarnya nyo ni tengah tunggu pak cik posmen datang ni, manalah parcel den niee....bila lah nak sampai... buek pengetahuan korang, den sbenarnya gila ngumpul stamp dan FDCs (First Day Cover), wat masa ni den tengah completekan collection dari tahun 1960-2006. Lepas ni den nak menambahkan kegilaan den dengan mengumpul dan mencari setem-setem dari tahun 1900-1960. Lopeh tuh bilo dah kayo seket, den nak kumpol pulak stamp dari tahun 1800-1900. Itu pun kalau den kayo lah, Doa-doakan kan lah yor.

Knapa den tunggu pokcik posmen? oh.. sbb beberapa hari lopeh den ado orders FDCs ngan stamp dari Ebay, harap-harap hari ni ke atau esok sampai leh stamp den tuh. "Ponek den tunggu.... posmen ni, tayar moto pancit ko?"

Oklah, dah pukul 1.17 ptg ni, pada mereko-mereko yg tongah borsodih tuh. jgn sodeh-sodeh sangat...dan kepado mereko-mereko yang sodang bergombira tuh...jgn gombiro-gombiro sangat. Kepado yang lapar, poie lah makan, kalau ngantuk poie tido. Yang maleh-maleh kek umah tuh, rajin-rajinkan tolong omak kat dapur nun. oklah...

Kita jumpo laieee.........

piss utk semuo.....

Keperluan yang perlu ada untuk mem'blog'.

Sebuah PC yang di lengkapi dengan sambungan internet jalur lebar. Dial-up pun boleh tapi lecehlah.

Pendrive aka Thumbdrive, Flashdrive. Ni saje je nak cantek meja. Comel kan?

Secawan Kopi O, nak menahan mata mengantuk ketika menaip entri especially bila waktu malam.

Clay Petrol Car. Guna mencari ilham ketika kehilangan idea. Especially ketika menaip cita "Suwat Centa adik buat comel"

Model Yamaha CR3, sama jugak buat cari ilham waktu tengah hilang idea.

Table clock merangkap tabung, Guna nak bgtahu yang waktu dah tengah malam. Tak ingat nak tido ke. "Dah-dah pegi tido..."

Photo disumbangkan oleh KMafizam (Lihat Fotopages) yang bersusah payah balik rumah malam tadi semata-mata untuk shoot gambar-gambar ni. Lama gila shoot....habis bersepah bilik aku. huhuhuuhu.

Cerpen: Suwat Centa Adek Buat Comel

Bahagian 1
Diadaptasi dari sebuah kisah benar yang telah diolah semula bagi memenuhi kehendak semasa si penulis.

Comel,

Kepada comel yg selalu adek ingati, pagi semalam adek bangun awal. Lebih kurang pukul 6.30 pagi. Adek gembra (gembira) sbb hari nie adek nak pegi raye kat umah comel. Adek btul2 windu kat comel. Adek windu nak tengok muka comel yang cute mcm kucing parsi tu. Adek, papa dan mama kuar uma pukul 10.30 pagi, kite pegi rumah makcik kite kat shah alam dulu. Jauh tau dari rumah kita. Kita sampai kat umah makcik kite lbeih kurang pukul 11.15 pagi. Kite orang berekfes (breakfest) Mee Kari. Sedappppp! pandai makcik kita masak.

Lepas berekfest, kite worang pegi jalan-jalan kat umah kenduri kawen sepupu kita. Adek pun tak tahu kat mane. Tapi dia kawen dalam dewan lah. Bila adek pandang kat pelamin tuh, adek terbayangkan adek dan comel duduk kat situ. Tak sabar rasenya adek nak suruh mama masuk meminang comel. Tapi comel nak ke kawen dengan kita? Kita worang duduk kat situ smpai pukul 1.30 ptg. Lepas tuh, kita bertolak ke rumah comel.

Adek btul2 dah tak sabar nak jumpa comel, tapi apa nama tempat comel tinggal yer? Yang adek tahu, rumah comel dekat dengan Putra LRT, pastu ada balai bomba, dan ada juga bekas tapak station minyak peteronas (petronas). Taman apa tah tempat comel tinggal, adek pun tak tahu.
Tak lame kemudian adek sampai kat umah comel, adek rase lebih kurang pukul 3.00 petang. Waktu adek sampai, comel takde kat umah sbb kuar jalan2 dengan kakak. Yang ada ayah dan umi comel ajee. Adek salam dan cium tangan ayah dan umi comel. Dieorang sambut kita worang dengan gembira sekali. Diorang kata diorang tunggu kedatangan kita worang sejak dari pukul 11.00 lagi.

Lebeh kurang pukul 5.00, comel dgn kakak2 comel pun balik. Tapi....

Tapi nape comel buat macam tak endah aje pada adek. Pandang muka adek pun comel tak mahu. Bila comel nampak adek pandang comel, comel terus tundukkan kepala. Lepas salam dengan papa dan mama comel terus naik kat atas. Berbual dengan adek pon comel tak mahu.

Adek sedey tau bila adek tengok comel mcm ni, sampai hati comel buat adek mcm ni. Adek tak tahu apa salah adek. Kalau comel baca suwat adek ni, mungkin comel boleh bgtahu adek knapa comel dah benci kat adek.

Walaupun comel dah benci kat adek, adek tetap sayangkan comel. Adek akan tunggu comel sampai ketentuan-Nya menetapkan sesuatu. Dan adek akan pasrah dengan semua ketentuan-Nya.

Sampai bertemu lagi, Salam kasih sayang adek buat comel.

Bubye....
...bersambung pada minggu hadapan....

Photo Cairo 2005

Bagi memenuhi permintaan saudara ezad (Click tuk ziarah blog ezad), disini saya upload beberapa keping Photo Great Sphinx of Giza untuk tatapan semua.

Sphinx dari depan

Sphinx dari tepi

Sphinx dari sisi

The Great Pyramid of Giza

Masakan Minang dan Solat Jumaat

Aku masih ada dua hari lagi untuk menghabiskan baki puasa nam. Hari ni sengaja tak puasa sebab aku teringin sangat nak makan nasi dan gulai lemak ikan sembilang ala-ala minang style. Ada satu kedai minang tu, memang power. Location dia dekat lebuh ampang berhampiran dengan Bank Muamalat dan selang dua tiga pintu dari Maju Curry House. Tauke dia memang orang minang, berdasarkan pengamatan aku sepanjang aku makan kat kedai ni berikut ada beberapa pemerhatian yang aku nak kongsi bersama.
  1. Pelanggan kat kedai ni memang tak putus-putus. Kalau korang nak datang, baik datang awal-awal. Tidak nanti korang kena bratur panjang. Untuk makluman korang, kedai minang ni kecik aje.
  2. Aku rasa mungking sbb lauk pauk yang disediakan memang menyelerakan sampai bukan setakat orang melayu aje yang bratur beli makanan. Bahkan bangsa india dan cina pun ramai jugak. Ada sekali tu aku tengok ada satu minah cina tuh, letak mak oooi.....banyak betul sambal kat dalam pinggan dia. Memang kecur air liur.
  3. Harga, aku rasa agak munasabah. Sbb lauk pauk dia memang terasa, bagi mereka-mereka yang minat gulai, Pergh!!!!... gulai pekat giler.
  4. Special Menu, Ayam Kampung Goreng dan kadang-kadang dia buat Ikan Bakar.
  5. Kedai ni bukak waktu lunch hour shj, dari hari Isnin hingga Jumaat. Jadi jangan plak pegi ari Sabtu atau Ahad.
Punya lah selera kita orang makan sampai tak sedar waktu solat jumaat dah nak masuk. Nasib baik sempat kita orang ke masjid jamek, alah masjid bukannya jauh sangat. Sampai kat masjid, muazzin baru bang yang pertama. Cepat-cepat aku ambil wuduk lepas tuh masuk ke dewan utama masjid untuk dengar khutbah. Abis khutbah pertama dan kedua, Imam memulakan solat. Usai aje solat, waktu kita orang baru nak kuar dari perkarangan mesjid, hujan pun turun. Dahlah hari ni aku pakai baju melayu putih kain cotton. Bayangkan lah bila kena hujan....Huhuhuhu, Nasib baik hujan turun tak lebat sangat, jadi aku dapat tunggu bas kat area bukit mahkamah untuk balik semula kat opis aku yang terletak kat Jln Raja Chulan.

Bila sampai opis.....Arghhhh!!!!!!!!!! Aku mula terbayang report-report closing yang terpaksa aku siapkan pada hari ni. Ermm.....bosan-bosan.

Esok plak aku kena pegi open house rumah bos aku kat old town PJ. Makan lagi, bila lah aku ni nak kurus asyik makan aje. Hari ahad ada kenduri kawin sepupu aku kat Tmn Tun, makan lagi.....

Nota tungku kaki dapur: "Kalau lapar makan ajeee.........."

Satu perjalanan merentas waktu - Cairo 2005

Aku teringat pada lawatan ku ke Egypt pada tahun 2005. Lawatan selama 9 hari 8 malam. Apa yang ingin aku kisahkan disini bukanlah tentang apa yang aku buat selama berada disana. Cuma apa yang ingin aku paparkan pada kesempatan ini adalah pengalaman ku dan kawan-kawan bersama seorang wanita istimewa yang ku anggap sebagai sahabat ketika kami berada disana. Biarlah aku perkenalkan sahabatku itu, dikenali sebagai Rahem. Seorang wanita berbadan gempal, rendah dan berbangsa arab muslim. Bukan dengan tujuan untuk menghina tetapi untuk menyatakan bahawa wanita inilah yang banyak mengajar aku tentang erti kemulian hati. Beliau merupakan pemandu pelancong bagi kumpulan kami ketika disana. Beliau fasih berbahasa Arab, Jepun, English dan juga France.

Ini lah Rahem, seorang sahabat dan juga pemandu pelancong.

Pada suatu ketika kami telah dibawa melawat oleh Rahem ke Great Sphinx of Giza. Setibanya disana kami disambut oleh ratusan kanank-kanak miskin yang menjual kraftangan, cenderahati dan sebagainya. Dan ada juga dikalangan mereka yang mengemis sambil merayu-rayu meminta simpati. Juga ribuan pelanco
ng yang tak putus-putus datang ke tapak arkeologi yang merupakan satu-satunya tapak terbesar yang telah diputuskan sebagai salah satu daripada warisan dunia.

Penulis disamping Great Sphinx of Giza

Pemandangan di kawasan tersebut amat sayup mata memandang. Manusia kelihatan seperti semut-semut yang bertebaran jika dibandingkan dengan struktur bangunan makam dan kuil yang bersaiz sangat besar. Disuatu sudut aku melihat sekumpulan pelancong sibuk mengambil gambar. Disuatu sudut yang lain aku melihat sebuah keluarga yang sedang berehat sambil memberi makan kepada anaknya yang masih kecil.

Kami sempat bergambar bersama keluarga ini. Kelihatan si anak kecil sedang mengunyah makanan. Comel kan?

Tiba-tiba kami melihat sekumpulan kanak-kanak sedang menjerit-jerit, dan kelihatan dua orang budak sedang bergaduh. Mereka ini merupakan kanak-kanak miskin yang berkerja dengan menjual poskad kepada pelancong. Mereka bertumbuk, dan aku melihat darah membasahi pakaian mereka. Aku anggarkan umur mereka dalam lingkungan 12-9 tahun. Ketika berlaku kejadian riuh rendah itu, aku melihat Rahem berlari ke tengah-tengah gerombolan kanak-kanak tersebut dengan tujuan untuk menenangkan mereka yang sedang bergaduh. Rahem berjaya menenangkan mereka. Aku tidak faham apa yang diperkatakan oleh Rahem kepada mereka kerana mereka bercakap di dalam bahasa arab. Aku rasa Rahem memberi nasihat kepada mereka sambil aku melihat Rahem mengeluarkan tisu untuk mengelap darah yang keluar daripada hidung salah seorang budak tersebut.

Rahem mengelap darah yang keluar dari hidung budak tersebut. Kelihatan poskad yang koyak dan bertaburan. Kelihatan darah di atas jalanan.

Aku tidak sempat mengambil gambar mereka ketika mereka sedang bergaduh, cuma gambar diatas yang sempat aku ambil. Tiba-tiba datang seorang wanita arab kepada aku sambil memarahi aku, “How dare you took photo in this situation? Suppose you go there and help them.”

Tapi aku sempat menjawab kepada wanita arab tersebut, “Sorry mem, I wasn’t taking any photo, but what I did was capturing the moment”. This was moment of love, where you see even both of them were not tied with any family relationship, but they still helping each others.” Perempuan arab tu diam, dan aku berlalu dari sana. Kemudian Rahem datang semula kepada kumpulan kami.

Menurut Rahem, mereka bergaduh kerana salah seorang daripada mereka menuduh kawannya mencuri poskad yang akan dijual kepada pelancong. Aku mendiamkan diri sambil mendengar apa yang diperkatakan oleh Rahem. Tetiba aku terpikir, betapa mulianya wanita ini kerana sanggup menyusahkan diri mendamaikan kanak-kanak yang sedang bergaduh. Tetapi apa yang lebih penting, apa yang aku nampak ialah sifat kewanitaannya begitu terserlah, kelemah-lembutannya ketika memberi nasihat, sanggup mengotorkan tangan sendiri dengan darah hanya semata-mata untuk membantu orang lain, tidak mementingkan diri sendiri.

Aduh…. Alangkah mulianya hatimu. Alangkah baiknya jika semua orang bersikap begini.

Dalam diam-diam aku menyimpan satu hasrat murni, mudah-mudahan aku bertemu dengan seorang wanita melayu yang memiliki keperibadian yang murni seperti Rahem. Yang boleh aku jadikan isteriku, merangkap teman hidupku sepanjang hayat dikandung badan.

Sampai berjumpa lagi.

Lain-lain Photo:-


Penulis dan kedai roti.


Penulis bergambar bersama pelajar-pelajar sekolah yang sedang melawat Piramid.


Selamat Datang

Hai blogger semua,

Selamat datang ke webblog saya. Baru aje berpindah dari webblog yahoo 360 Degree. Bukan sebab apa, banyak betul masalah bila guna webblog yahoo ni. First dahlah takleh customise html code. Lepas tu banyak plak masalah teknikal yang lain. Macam-macam hal. Selepas mendapat nasihat dari beberapa blogger, saya kemudian mengambil keputusan untuk mendaftar web blogger ni.

Walaubagaimanapun, webblog yahoo saya masih boleh diselusuri di http://uk.360.yahoo.com/mdshah_80. Cumanya, secara rasmi webblog yahoo ni takkan digunakan lagi untuk memasukkan apa-apa entry. Dan ini secara automatiknya, web blogger saya akan menjadi "Official Webblog" untuk apa-apa entry bermula dari 2/11/2006.

Saya mengharapkan agar para blogger semua, dapat sentiasa memberi sokongan penuh kepada saya yang masih mentah dalam arena blogging ni. Sila beri saya tunjuk ajar.

Nampaknya, lepas ni saya kena adjust sket template webblog ni. Warna dia 'dull" sket. Ingat lepas ni saya nak redesign banner untuk main page webblog ni. Mungkin amek dua tiga hari, sbb saya kena study html code dia. Apa pun kita jumpa lagi lepas ni.

Sampai jumpa lagi,

Byeeeee.........