Nota Cinta Yang Telah Pudar...

Perhatian!!! entri ini tidak ada kaitan secara langsung mahupun secara tidak langsung antara yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Bercakap tentang cinta ne memang semua orang suke, dan bagi aku secara peribadinya aku rasa cinta ni merupakan nikmat dan anugerah yang besar dari illahi buat kita yang bergelar anak adam ni. Jadi dikesempatan ini, aku memohon izin pembaca-pembaca semua untuk melahirkan pandangan aku tentang cinta ini.

Cinta pertama kali lahir kedunia ini bersama-sama kehadiran datuk nenek manusia iaitu adam dan hawa. Dan ia diwarisi sehingga kehari ini dan aku yakin insya allah cinta itu akan terus diwarisi sehingga ke hari kiamat kelak.

Apa yang aku nak bentangkan buat pemikiranku sendiri disini tentang pemahaman aku, kita dan semua orang tentang cinta. Perkataan Cinta, "Liebe" (German), "Amour"(French), "Love" (English) semuanya memberi definasi yang sama tetapi yang membezakan antara kita dengan yang lain ialah dari sudut yang mana kita melihat dan memahaminya. Disinilah letaknya jurang (gap) yang besar antara kita satu sama lain. Masing-masing berhak melihat dari sudut mana mereka nak lihat, itulah kebebasan namanya, dan masing-masing juga bebas mengambil keputusan berdasarkan apa yang telah mereka lihat dan fahami tentang hakikat cinta tersebut.

Tetapi!!! yang menjadi persoalan buat kita semua, adakah adil namanya bila setiap tindakan yang diambil berdasarkan pandangan kita itu tadi memberi impact yang negatif terhadap makhluk sekitar kita. Sebagai contoh, hanya kerana kita kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa maka kita membenci mereka. Baiklah bukan "benci" tetapi menjauhkan diri daripada mereka. Contoh kedua, hanya kerana seseorang pernah mengatakan sesuatu yang buruk terhadap kita, maka seumur hidup kita tidak bertegur siapa dgn dia. Bagi saya, ini adalah contoh2 pandangan yang sempit terhadap cinta. kerana mungkin orang tersebut memandang cinta hanya untuk seorang lelaki atau wanita yang istimewa didalam hidup mereka sahaja. Lihat sahaja apa yang telah terjadi pada dunia akibat memandang cinta dari sudut yang berbeza, terjadi peperangan, kebuluran, perbalahan sesama manusia, keruntuhan institusi kekeluargaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

Sebelum saya menyambung bicara, apa yang ingin saya sampaikan disini hanyalah sekadar pandangan dan bukannya nasihat, kaunseling atau apa-apa shj yang berkaitan dalam memotivasikan seseorang. Ini hanyalah sekadar pandangan dari seorang manusia biasa yang memerlukan kekuatan cinta untuk meneruskan kehidupannya.

Melihat cinta dari sudut spektrum yang luas sangat berbeza jika dibandingkan apabila kita hanya melihatnya dari satu sudut sahaja. Seperti yang telah saya katakan tadi, ada orang melihat cinta ini hanya untuk individu2 tertentu sahaja seperti suami, isteri, ibu-bapa, agama dan sebagainya. Ini tidak salah. Ada orang mengatakan cinta itu hanya untuk tuhan, manusia ni hanya boleh berkasih-sayang sahaja. Itu pun benar jugak.

Tapi cuba sekali sekala kita melihat dunia ini dengan 'satu' pandangan cinta sahaja, penjelasan yang paling mudah, apa sahaja yang kita buat, kita pandang, kita dengar semuanya dengan cinta aka kasih sayang. Apa pun respond manusia atau makhluk terhadap kita sama ada positif ataupun negatif kita balas dengan rasa cinta yang satu ini. Apa yang akan terjadi? Cubalah, insya allah akan berlaku anjakan paradigma yang mampu mengubah kita, orang sekeliling kita, masyarakat kita, bangsa kita dan juga dunia yang kita duduki hari ini.

Seperti yang pernah saya katakan didalam entri saya yang terdahulu, sesuatu yang baik perlu bermula dari kita. Kalau kita nak disayangi, belajar-belajar lah untuk menyanyangi orang lain walaupun orang itu mungkin benci pada kita.

Jadilah sepohon cinta yang sentiasa menghasilkan buah kasih. Walaupun mungkin ada makhluk yang menyakitinya dengan melontar batu untuk mendapatkan buah kasihnya itu. Pohon cinta itu tetap berbuah tanpa mengenal musim dan sentiasa menghulurkan buah kasihnya itu kepada setiap yang memerlukan tanpa ada sedikit prejudis atau rasa benci pun. Mudah-mudahan nota cinta yang telah pudar kembali bersinar semula dengan kemilau cahaya yang lebih hening dan suci.

Sampai berjumpa lagi,