Surat untuk bintang

Malam yang indah ini tidak bererti sama sekali pada diri gua, kerana seminggu dua yang telah berlalu ini betul-betul menyiksa jasad dan batin gua. Perkataan batin disini bukanlah bererti kehendak seksual gua tetapi lebih kepada persoalan kerohanian. Jadi jangan cuba untuk mengaitkan sebarang perilaku intercourse disini yer.

Kenapa dengan gua? gua rasa macam tak berguna sungguh. Ada kawan, kawan-kawan semua sibuk. Ada yang memang sengaja tak nak layan gua, atas alasan ingin cuba mencari kedamaian hidup. Well, itu memang korang punya hak asasi. Gua pun tak leh nak kata apa.

Hari ni, semalam dan minggu lepas gua rasa cukup geram. Kalau selalunya gua ada banyak aktiviti-aktiviti yang boleh menghilangkan ingatan kuat pada suatu kenangan yang masih terlipat kemas dalam memori gua. Tapi hari ini, entah apa hantunya datang mengocak-ngocak kembali kenangan gua tersebut. Gua rasa macam nak tikam aje hantu-hantu tu.

Entahlah duhai bintang, hari ini gua terpaksa membahaskan diri gua sebagai gua. Gua mahu keluar sebentar dari norma-norma ketatasusilaan bahasa pada entri kali ini. Izinkan gua untuk meneruskan kata-kata gua ini.

First, gua nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi membaca blog gua. Kesenyapan gua menyebabkan ramai yang bertanya kepada gua kemana gua pergi menghilangkan diri. Terus terang, gua sebenarnya sekarang ni sedang berada di dalam kegelisahan yang amat sangat. Gua rasa seperti gua kehilangan sebahagian dari belahan jiwa yang ada pada diri gua. Apakah itu maksudnya gua sunyi?

Entahlah wahai bintang, gua dapat rasakan seperti jiwa ini ditarik-tarik pada suatu daya. Tapi ingatan gua terhadap memori yang gua ceritakan tadi seperti menghambat gua untuk terus bergerak jauh. Gua rimas dengan perasaan ini. Gua terbakar dengan perasaan ini. Gua rasa macam nak tidur terus tak bangun-bangun lagi.

Tapi gua tak mahu jadi manusia yang lemah semangat. Gua tak mahu menjadi manusia yang menyusahkan hidup orang lain. Gua tak mahu jadi manusia bangsat. Yang bertopengkan bibir manis tapi berlidah duri. Gua nak jadi manusia baik. Gua nak jadi manusia sopan. Dan gua nak jadi apa yang gua nak jadi.

Gua rasa gua seperti hilang sumbu inspirasi, gua bodoh sebab mengharapkan sesuatu yang tak tercapai dek tangan. Gua boleh aje guna galah nak jolok, tapi gua tak mahu buah yang gua jolok tu rosak. Gua tak mahu paksa-paksa. Sebab bagi gua, sesuatu itu patut seperti air yang mudik ke hulu. Hening, jernih dan tersendiri. Geraknya teratur diatur oleh kudrat tuhan yang maha kaya. Tapi bila kita mula bina empangan, air yang ditadah tadi sudah hilang sifat kejernihan. Dah tak cantik lagi. Gua tak mahu itu berlaku.

Kawanku Bintang, gua tak tahu berapa lama gua akan tersangkut dengan angan-angan yang boleh merosakkan jiwa gua ini. Gua tak harapkan apa-apa cumanya kalau boleh tolong doakan gua. Gua mahu bebas dari ikatan-ikatan yang bersifat kebendaan ini. Gua dah tak larat lagi. Gua pun sudah lupa berapa kali gua menangis hari ini. Gua rasa air mata gua sudah kering sebab tersejat oleh bahang panas keinginan yang begitu membara dalam diri gua ini.

Hari ini gua janji, gua akan cuba tabah. Kalau gua masih hidup lagi, gua akan update next entri. Kalau gua tak cukup tabah. Mungkin gua akan letak batu nisan kat sini.

Take care semua,

I Love You,

Wasalam