Pinter

"Mak saya bodoh, dia kerja tukang sapu. Saya mahu belajar rajin-rajin. Saya mahu jadi pinter."

"Mudah-mudahan dia menjadi seorang anak yang pinter."

Nota kaki: Dialog ini lahir dari mulut seorang ibu. Berbangsa boyan yang begitu berbangga memiliki seorang anak yang "pinter" (dieja Pintar).

Sebuah kesyukuran yang tiada batasnya

Bila merenung kembali jalan kehidupan saya yang sudah-sudah ternyata hidup yang saya lalui dan segala onak ranjau yang saya tempuhi ternyata tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kehidupan, cabaran dan onak duri yang dilalui oleh orang lain. Masalah yang ditanggapi dengan cara yang betul akan mengurangkan keresahan dan secara tidak langsung membuka ruang kepada penyelesaian. Seribu satu kesyukuran saya panjatkan kehadirat illahi kerana dengan izin-Nya saya berjaya meloloskan diri dari belenggu keresahan yang sebenarnya saya sendiri yang menciptakannya.

Seribu ucapan terima kasih diatas kata-kata perangsang yang telah diberikan oleh teman-teman didalam isen saya yang terdahulu. Ermm...ternyata kadang-kadang lelaki juga perlu mengalirkan air matanya...

:D