Satu perjalanan merentas waktu - Cairo 2005

Aku teringat pada lawatan ku ke Egypt pada tahun 2005. Lawatan selama 9 hari 8 malam. Apa yang ingin aku kisahkan disini bukanlah tentang apa yang aku buat selama berada disana. Cuma apa yang ingin aku paparkan pada kesempatan ini adalah pengalaman ku dan kawan-kawan bersama seorang wanita istimewa yang ku anggap sebagai sahabat ketika kami berada disana. Biarlah aku perkenalkan sahabatku itu, dikenali sebagai Rahem. Seorang wanita berbadan gempal, rendah dan berbangsa arab muslim. Bukan dengan tujuan untuk menghina tetapi untuk menyatakan bahawa wanita inilah yang banyak mengajar aku tentang erti kemulian hati. Beliau merupakan pemandu pelancong bagi kumpulan kami ketika disana. Beliau fasih berbahasa Arab, Jepun, English dan juga France.

Ini lah Rahem, seorang sahabat dan juga pemandu pelancong.

Pada suatu ketika kami telah dibawa melawat oleh Rahem ke Great Sphinx of Giza. Setibanya disana kami disambut oleh ratusan kanank-kanak miskin yang menjual kraftangan, cenderahati dan sebagainya. Dan ada juga dikalangan mereka yang mengemis sambil merayu-rayu meminta simpati. Juga ribuan pelanco
ng yang tak putus-putus datang ke tapak arkeologi yang merupakan satu-satunya tapak terbesar yang telah diputuskan sebagai salah satu daripada warisan dunia.

Penulis disamping Great Sphinx of Giza

Pemandangan di kawasan tersebut amat sayup mata memandang. Manusia kelihatan seperti semut-semut yang bertebaran jika dibandingkan dengan struktur bangunan makam dan kuil yang bersaiz sangat besar. Disuatu sudut aku melihat sekumpulan pelancong sibuk mengambil gambar. Disuatu sudut yang lain aku melihat sebuah keluarga yang sedang berehat sambil memberi makan kepada anaknya yang masih kecil.

Kami sempat bergambar bersama keluarga ini. Kelihatan si anak kecil sedang mengunyah makanan. Comel kan?

Tiba-tiba kami melihat sekumpulan kanak-kanak sedang menjerit-jerit, dan kelihatan dua orang budak sedang bergaduh. Mereka ini merupakan kanak-kanak miskin yang berkerja dengan menjual poskad kepada pelancong. Mereka bertumbuk, dan aku melihat darah membasahi pakaian mereka. Aku anggarkan umur mereka dalam lingkungan 12-9 tahun. Ketika berlaku kejadian riuh rendah itu, aku melihat Rahem berlari ke tengah-tengah gerombolan kanak-kanak tersebut dengan tujuan untuk menenangkan mereka yang sedang bergaduh. Rahem berjaya menenangkan mereka. Aku tidak faham apa yang diperkatakan oleh Rahem kepada mereka kerana mereka bercakap di dalam bahasa arab. Aku rasa Rahem memberi nasihat kepada mereka sambil aku melihat Rahem mengeluarkan tisu untuk mengelap darah yang keluar daripada hidung salah seorang budak tersebut.

Rahem mengelap darah yang keluar dari hidung budak tersebut. Kelihatan poskad yang koyak dan bertaburan. Kelihatan darah di atas jalanan.

Aku tidak sempat mengambil gambar mereka ketika mereka sedang bergaduh, cuma gambar diatas yang sempat aku ambil. Tiba-tiba datang seorang wanita arab kepada aku sambil memarahi aku, “How dare you took photo in this situation? Suppose you go there and help them.”

Tapi aku sempat menjawab kepada wanita arab tersebut, “Sorry mem, I wasn’t taking any photo, but what I did was capturing the moment”. This was moment of love, where you see even both of them were not tied with any family relationship, but they still helping each others.” Perempuan arab tu diam, dan aku berlalu dari sana. Kemudian Rahem datang semula kepada kumpulan kami.

Menurut Rahem, mereka bergaduh kerana salah seorang daripada mereka menuduh kawannya mencuri poskad yang akan dijual kepada pelancong. Aku mendiamkan diri sambil mendengar apa yang diperkatakan oleh Rahem. Tetiba aku terpikir, betapa mulianya wanita ini kerana sanggup menyusahkan diri mendamaikan kanak-kanak yang sedang bergaduh. Tetapi apa yang lebih penting, apa yang aku nampak ialah sifat kewanitaannya begitu terserlah, kelemah-lembutannya ketika memberi nasihat, sanggup mengotorkan tangan sendiri dengan darah hanya semata-mata untuk membantu orang lain, tidak mementingkan diri sendiri.

Aduh…. Alangkah mulianya hatimu. Alangkah baiknya jika semua orang bersikap begini.

Dalam diam-diam aku menyimpan satu hasrat murni, mudah-mudahan aku bertemu dengan seorang wanita melayu yang memiliki keperibadian yang murni seperti Rahem. Yang boleh aku jadikan isteriku, merangkap teman hidupku sepanjang hayat dikandung badan.

Sampai berjumpa lagi.

Lain-lain Photo:-


Penulis dan kedai roti.


Penulis bergambar bersama pelajar-pelajar sekolah yang sedang melawat Piramid.