Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan Maaf Zahir dan Batin diatas segala salah laku, terkasar bicara dan sebagainya. Pesanan saya, semoga ibroh Ramadhan akan mengamit kita untuk terus beramal pada Allah swt. Dan akhir sekali, berhati-hati di semasa di jalanraya.

Negeri Beraja Selangor

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Hari ini Raja Selangor Menyambut Hari Ulangtahunnya yang ke 61. Seperti kebiasaannya pada tahun-tahun yang lepas warga selangor dan warga-warga luar Selangor yang bekerja di dalam Negeri Beraja Selangor dapat cuti. Dan seperti kebiasaannya kawan-kawan aku yang bekerja di dalam Negeri Beraja Selangor akan mentertawakan aku. Mentang-mentanglah wilayah aku takde raja.

* Ampun tuanku, mohon patik menjunjung kasih tuanku. Patik pacal yang 'biasa-biasa' ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang, semoga dilimpahkan rahmat dan kekuatan oleh Allah untuk terus mentadbir negeri dan seluruh jajahan dengan adil dan saksama. Dirgahayu Tuanku.

Selamat Hari Jadi!



Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Athira...
Selamat Hari Jadi...

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ulangtahun yang ke-18 (23/11/06) kepada Nur Athirah Bt Ramli. Dengan ucapan, Semoga Dipanjangkan umur, Dimurahkan Rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga yang tersayang.

Daripada
Abg Black