Cerpen: Suwat Centa Adek Buat Comel

Bahagian 2

Ketika kaki menghayun langkah, terasa buih-buih ombak ini menjalari seluruh kakiku, Aku pasrah jika ini yang tuhan kehendaki dari ku, kehilangan cinta orang yang disayangi tidak bererti aku kehilangan cinta yang lain…..Adek

Sambungan…..

Keadaan di dalam bilik berselerakan, buku-buku dan majalah bertaburan dimerata tempat, Adek kelihatan tersandar dipenjuru bilik. Longlai dan tak berdaya. Diambilnya surat yang telah dihantar oleh Comel yang terletak di atas meja, lalu dibacanya. Berulang kali dia membaca surat tersebut, seperti tidak pernah ada jemunya. Kedengaran suara deejay popular dari sebuah stesyen radio terkemuka sedang berceloteh.

Suara Deejay Radio: “Permintaan seterusnya, datangnya dari saudari Intan dari Seremban, beliau ingin mengucapkan salam sayang kepada tunangnya, Hafiz yang kini berada di Gombak. Dengan ucapan, sayang rinduuuuuuu……. awak.”.

Adek tidak memperdulikan celoteh deejay radio tersebut, Adek mengeluarkan album photo. Adek membelek-belek album tersebut sebelum dia membuka helaiannya satu demi satu. Album kenang-kenangan bersama sayangku, begitulah tajuk album photo tersebut. “Segala-galanya tinggal kenangan duka”, begitulah getus hati Adek. Adek meletakkan album tersebut ditempatnya. Tak sampai pulak hati Adek untuk membuang album tersebut, biarlah album ini disimpan sebagai kenangan yang paling indah yang pernah dialaminya ketika bersama Comel.

Tiba-tiba deejay radio tersebut memutarkan sebuah lagu yang menjadi kegemaran ramai,

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t’lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu

Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku

Yang t’lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Adek tak dapat menyeka air matanya dari terus mengalir, makin dihayati lirik nyanyian lagu kumpulan popular Samson ni semakin deras airmatanya mengalir. Memori Adek berputar mengingati detik-detik manis ketika bersama Comel. Adek teringat bagaimana suatu ketika dahulu Comel pernah tersenyum padanya, lirikan matanya yang menikam sukma, suaranya yang penuh dengan kelembutan dan juga belaiannya yang penuh dengan kehangatan. “Alangkah baiknya kalau Comel masih berada disisiku”, bisikan hati Adek berbicara.

Sudah seminggu adek memerapkan diri didalam bilik, bila diajak makan Adek kata takde selera. Badan Adek susut betul, mata cengkung penuh kesan lebam-lebam. Kesan dari memendam perasaan. Mama dah penat memujuk Adek, pelbagai cara telah dilakukan oleh mama untuk memujuk Adek. Tapi Adek tetap macam tu juga. Cuma skali-skali Adek akan turun ke bawah untuk makan, tapi lepas tu dia naik semula. Masuk ke bilik dan tak tahu bila lagi dia akan keluar.

Adek sudah berubah, Adek tidak seperti dulu. Dulu Adek seorang yang periang, tapi sekarang tidak lagi. Dulu Adek suka buat lawak kat rumah, tapi sekarang nak dengar dia bersuara pun susah. Rumah seperti sudah hilang serinya bila Adek tiba-tiba aje berkelakuan begini.

Suatu malam, mama memasuki bilik Adek. Ketika itu Adek sedang tidur. Mama memandang kepada wajah Adek, tiba-tiba naluri keibuan mama tersentuh apabila melihat keadaan Adek. Keadaannya yang tidak terurus sama sekali, cengkung, rambut yang kusut masai dan jambang yang tidak bercukur. Air mata mama mengalir melihat Adek tido sambil digenggaman tangannya kelihatan segumpal kertas yang telah renyuk seribu. Mama mengambil kertas tersebut dan membukanya lalu membacanya:

Kehadapan Adek,

Maafkan Comel kerana Comel terpaksa melukakan hati Adek. Terus terang Comel katakan yang Comel tidak sampai hati untuk terus mempermainkan hati Adek. Adek cari lah wanita lain yang lebih baik dari Comel. Cinta Comel pada Adek telah pudar, Comel sudah ada yang lain. Mulai hari ini, Comel akan tukar no handphone, jangan cuba cari Comel lagi. Maafkan Comel.

Sekian,
Comel

Setelah selesai membaca surat Adek baru mama mengerti, baru mama mengetahui. Yang Adek menderita ditinggal kekasih. Kekasih hati yang amat sangat dikenali oleh mama.

Mama berbisik ditelinga adek, "Adek, mama mengerti perasaanmu". Sambil mama mengucup dahi Adek.

Pada keesokan harinya mama dan papa telah memanggil Adek ke ruang tamu rumah mereka. Adek datang dalam keadaan yang tak berubah seperti semalam. Langkahnya yang longlai dan lemah melangkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu.

"Adek!", papa memanggil lembut. "Mama dah bagitahu papa apa yang terjadi sebenarnya. Papa harap kesedihan Adek tidak akan berterusan. Papa mengerti apa yang telah dilalui oleh Adek, tapi itu tidak bererti segala-galanya telah berakhir. Adek masih muda lagi, panjang lagi jalan kehidupan Adek."

Adek diam membisu

"Adek!, jangan mudah mengalah terhadap masalah yang melanda diri. Adek seorang lelaki. Papa taknak anak papa rebah dalam kehidupan hanya kerana cinta. Adek kena ingat Adek ada tanggungjawab."

"Adek!", mama pula menyambung bicara. "Sebagai ibu yang melahirkan Adek, mama rasa sedih sangat bila Adek berkeadaan begini, mama dah tak sanggup lagi tengok Adek bersedih macam ni." sambung mama sayu.

Kelihatan air mata Adek berlinangan, dia cuba untuk menahannya dari mengalir, ternyata Adek tidak cukup kuat untuk menahan airmatanya. Ketika mendengar sayu suara mamanya pada saat itu berderailah air mata mengalir ke pipinya.

Melihat itu mama lantas merangkul Adek, Adek dapat merasakan kasih sayang mama, Adek dapat merasakan kehangatan cinta mama, kehangatan yang meleburkan segala kesedihan Adek selama ini, Adek juga dapat merasakan air mata mama yang turut mengalir. "Ma, maafkan Adek ma, Adek takkan menangis lagi hanya kerana cinta Adek yang telah berkubur, Maafkan Adek ma, Ma jangan menangis lagi, Maafkan Adek ma, Adek tak bermaksud untuk buat ma menangis." rayu Adek.
...bersambung...(bahagian terakhir 23/11/2006)