Lagenda Semut Zebra - Bhg 3

"Lepaskan dia berjalan mencari bintang utara, kerana disitu adalah takdirnya", sambung suara itu lagi.

Masa terus berlalu, musim berganti musim, daunan yang luruh telah berganti semula dengan pucuk-pucuk daun muda yang kelihatan embun segar di permukaannya. Begitu pantas masa meninggalkan kita, kita seperti telah jauh dan banyak ketinggalan kebelakang. Ya! memang kita telah banyak ketinggalan. Bangsa semut di barat telah pun maju. Maju dalam segala bidang. Begitu juga dengan bangsa semut yang berada di negara matahari terbit. Mereka pun telah maju. Tapi apakah erti kemajuan kalau dalam masa yang sama mereka menghadapi masalah kebejatan moral dan keruntuhan institusi agung kekeluargaan. Apakah ini merupakan tanda-tanda kepada suatu keruntuhan tamadun? Seperti yang pernah berlaku pada tamadun-tamadun besar yang terdahulu. Apakah nasib kita akan sama seperti nasib nenek moyang kita yang terdahulu?

Apa pun mari kita teruskan dengan kisah "Lagenda Semut Zebra".

25 tahun telah berlalu...

Si-Ibu sedang menantikan kepulangan anaknya dari kampung sebelah. Kelihatan raut kebimbangan diwajahnya yang telah lama dimamah usia. Tak senang dibuatnya, sekali sekala Si-Ibu duduk, penat duduk dia berdiri, penat berdiri dia berjalan mundar mandir dimuka pintu. Masih teringat kembali akan mimpi yang dialaminya malam tadi. Itu yang membuatnya bertambah resah.

Malam tadi dia bermimpi didatangi oleh seekor semut tua yang berjanggut panjang dengan wajah yang bercahaya. Tiba-tiba semut tua itu berkata, "Wahai Si-Ibu semut!, sesungguhnya janji Dia telah datang. Engkau telah sabar dan redha dengan ketentuan-Nya selama ini. Lepaskanlah anak engkau untuk dia berjalan di muka bumi ini, kerana itu memang adalah takdirnya."

"Assalammualaikum ibu", suara Si-Anak yang baru pulang dari kampung sebelah. Memecah lamunan ibunya lantas memutuskan ingatan ibunya terhadap mimpi yang telah dialaminya.

"Waalaikumusalam nak", jawab Si-Ibu. Mengeleng-geleng Si-Ibu melihat keadaan Si-Anak, pada masa yang sama tergenang air mata dikelopak mata tuanya itu melihat keadaan anaknya itu.

"Kali ni kau bergaduh dengan siapa lagi?", tanya Si-Ibu.

"Kan ibu dah pesan jangan cari pasal dengan orang lain, tengok tuh habis berdarah hidung itu."

"Mana ada adek cari pasal, budak-budak tu yang cari pasal dahulu", jawab Si-Adek.

Adek tersenyum pahit, kelihatan gigi depannya yang telah ronggak ditumbuk oleh budak-budak nakal pada minggu lepas, Adek seolah-olah telah biasa dengan perlakuan orang terhadap dirinya.

Pada malam tersebut, selepas menunaikan solat isyak mereka berdua tidur seperti biasa. Ketika Si-Ibu sedang lena dalam tidurnya. Tiba-tiba mimpi itu datang kembali.

"Lepaskanlah anak engkau untuk dia berjalan di muka bumi ini, kerana itu memang adalah takdirnya", bisik suara ghaib itu.

"Lepaskan dia berjalan mencari bintang utara, kerana disitu adalah takdirnya", sambung suara itu lagi.

"Bintang Utara!", Si-Ibu tersedar dari mimpinya. Peluh menitik dari dahinya. Si-Ibu lantas merenung wajah adek yang sedang enak tidur. Dia teringat kembali kisah 25 tahun dahulu ketika dia melahirkan adek.

Masakan dia boleh lupa kejadian yang menimpa mereka 25 tahun dahulu. Si-Suami merangkap Si-Ayah kepada adek telah meninggal akibat serangan sakit jantung. Mula-mula dia sangka kan Si-Ayah hanya sekadar pengsan, rupa-rupanya tuhan lebih menyanyanginya. Tak sempat untuk adek melihat wajah ayahnya apatah lagi untuk menikmati kasih sayangnya. Adek dilahirkan dalam keadaan yang sangat pelik sekali, adek tidak seperti semut-semut yang biasa. Adek telah ditakdirkan untuk lahir dalam keadaan yang tidak boleh diterima akal kesemutan. Kerana sebab itu juga adek telah dihina dan dipulaukan oleh masyarakat sekeliling. Kerana itu juga tubuh adek yang kurus itu penuh dengan kesan-kesan pukulan sebagai tanda kebencian masyarakat semut sekeliling terhadapnya. Adek dituduh pembawa sial. Adek juga dituduh penyebab kepada kematian ayahnya. Bukan sahaja masyarakat sekeliling membenci, bahkan saudara mara terdekat pun amat membencinya. Adek tidak pernah meminta untuk dilahirkan seperti ini. Adek dilahirkan dengan keadaan sebelah kanan badannya dari kepala sehingga ketumit kaki berwarna putih dan sebelah kiri badannya berwarna hitam. Kerana warna putih-hitam itu amat sinonim dengan warna kuda belang, maka adek telah digelar zebra. Dan adek juga tidak ada jantina. Kerana kepelikan ini, sejak kecik memang adek hidup secara bersendirian. Tidak ada kawan-kawan untuk bermain, tidak ada sahabat untuk meluahkan rasa hatinya, yang ada hanya ibunya sahaja tempat dia mengadu untung nasibnya.

Pada keesokan harinya.

bersambung lagi daaa......

*Minta maaf banyak-banyak sebab lambat posting cerita ni. Bukan apa, sekarang ni tengah sibuk company nak merger. Mungkin pada hari raya aidiladha dan tahun baru ni saya masih lagi sibuk berkerja di pejabat. Mungkin sempat pegi masjid solat hari raya aje. Jadi kesempatan ni, saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada seluruh kaum muslimim. Semoga amal kita diterima Allah. Dan juga ucapan Selamat Tahun Baru. Jangan lupa set azam tahun baru, nanti boleh lah kita berkongsi azam yer. :-)


Lagenda Semut Zebra - Bhg 2

Kisah seekor semut yang memulakan langkah mencari erti kebenaran hidup. Apakah masih wujud kebenaran di alam jagat ini? Apakah setiap kejadian yang tuhan timpakan ke atas setiap yang bernyawa itu adil? Mari kita saksikan...

Semut. Disini sebelum hamba menyambung kembali kisah hamba tentang semut. Lebih tepat lagi kisah "Lagenda Semut Zebra". Sebuah kisah turun temurun, yang diwarisi dari datuk nenek moyang kita dahulu sehinggalah ke generasi moden hari ini. Ternyata sangat sedikit orang yang tahu tentang lagenda ini, kerana itu hamba ingin berkongsi kisah ini dengan bapak-bapak dan ibu-ibu yang sudi meluangkan sedikit saat yang ada untuk membacanya.

Sebelum hamba memulakan kisah, izinkan hamba menceritakan satu perkara penting tentang semut. Semut dahulu dan semut sekarang sangat berbeza, semut dahulu tak sekolah tinggi-tinggi. Kalau ada pun cuma beberapa kerat sahaja yang ke sekolah. Tapi semut-semut yang lahir selepas era kemerdekaan telah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka bukan sahaja dibumi tempat kita berpijak hari ni bahkan mereka telah sampai ke negeri-negeri empat musim. Bertuah sungguh semut-semut ini.

Baiklah, mari hamba sambungkan kembali kisah hamba...

Yahoo!!!! jerit Si-Suami apabila mengetahui yang Si-Isteri telah selamat melahirkan seorang bayi semut. Pada masa yang sama, puas mak bidan membelek kesana dan kesini untuk mengenal pasti jantina bayi semut yang baru dilahirkan itu.

"Ini bayi jantan ke bayi betina?", desis hati mak bidan sambil beliau menggeleng-gelengkan kepalanya.

Bukan setakat itu sahaja, yang membuat keadaan bertambah pelik adalah apabila melihat keadaan fizikal bayi semut yang tak berjantina itu.

"Astafirullah al azim, istifar mak bidan di dalam hati. Tak pernah lagi aku berhadapan dengan perkara begini. Apalah dosa kamu sehingga kamu dilahirkan begini." Sambung mak bidan di dalam hati.
Dengan hati yang berat mak bidan memberitahu apa yang telah dilihat dan dirasanya kepada Si-Ayah bayi semut tersebut. Terdiam Si-Ayah sebentar. Berkerut-kerut dahi Si-Ayah apabila mendengar apa yang telah disampaikan oleh mak bidan tadi. Tanpa membuang masa Si-Ayah lantas mendukung anaknya yang baru dilahirkan tadi. Dan Si-Ibu yang sedang terbaring disisi bayinya hanya sekadar mendengar apa yang dikatakan oleh mak bidan.

"Ya Allah!!!" Si-Ayah lantas pengsan dan Si-Ibu mula meraung-raung.

...
* bersambung...dah pukul 9.00 pagi ni, aku nak sambung buat kerja pejabat pulak.

Lagenda Semut Zebra - Bhg 1

Semut. Semua orang kenal pada semut. Semua orang tahu yang kat dunia ni ada beribu-ribu spesis semut. Kali ni hamba nak mengkisahkan sebuah cerita yang ada kaitan dengan semut. Semut ni bukan semua yang biasa, tetapi sangat luarbiasa kerana ia sangat pandai bermain kata-kata dan ia jugak boleh berdiri diatas dua kaki.

Maka kisah pun bermula. Disebuah koloni semut yang di diami oleh 6.6 billion ekor semut. Terdapat sepasang suami isteri semut yang tinggal didalam salah sebuah lubang kecil yang terdapat di koloni tersebut. Mereka telah begitu lama mendirikan rumah tangga, tetapi sayangnya mereka masih belum memiliki waris yang dapat meneruskan kesinambungan keluarga semut tersebut.

Pada suatu hari, Si-Suami berkata kepada Si-Isteri. "Ayang! Ayang!....abang rindukan suara kanak-kanak lah didalam rumah kita ini. Pasti kita tidak akan bosan bila ada kanak-kanak didalam rumah kita ini kan". Si-Isteri diam sahaja mendengarkan permintaan Si-Suami. Air mata bergenang di kelopak mata Si-Isteri. "Siapa yang tidak mahukan anak bang, tapi tuhan masih menangguhkan pemberian-Nya itu kepada kita", jawab Si-Isteri sambil mengesat air matanya yang bergenang di pipi.

Berbagai usaha dan upaya yang telah dilakukan oleh pasangan tersebut untuk mendapatkan anak. Masa terus berlalu, mereka masih belum berputus asa. Saban hari mereka berdoa mengharapkan keajaiban berlaku keatas diri mereka. Sehinggalah suatu malam. Si-suami bermimpi, kedengaran satu suara, "Wahai si-polan, sesungguhnya Allah yang maha pengasih telah memakbulkan permohonanmu, tapi ingat satu perkara! kau kena redha dengan apa yang telah dianugerahkan kepadamu".

Setelah kejadian tersebut, Si-Isteri telah didapati hamil. Betapa girangnya hati pasangan semut tersebut bila mengetahui bahawa tidak lama lagi akan lahir waris yang amat mereka nanti-nantikan selama ini. Si-Suami, dek terlalu gembira, habis seisi kampung diberitahunya tentang kehamilan Si-Isterinya itu. Tak cukup dengan itu, mereka telah mengadakan kenduri kesyukuran secara besar-besaran sebagai ucapan terima kasih kepada Allah yang telah mengurniakan anak kepada mereka.

Apakah kegembiraan mereka akan berkekalan? Tunggu sambungan bahagian ke 2, Siri Lagenda Semut Zebra.

Minangkabau

Alam raja luak berpenghulu,
Suku bertuo,
Tuo ibu bapak,
Tahu nan kocik kek yang godang,
Yang godang kek yang tuo.

Bak seperti kato-kato:
Selilit pulau porco,
Sebidang alam tanah melayu,
Bertali ke siak,
Berajo ke Minangkabau,
Mako duduklan suku nan duo boleh,
Membilang adat ke pusako,

Semasa datuk lahir bujang,
Nenek laie gadis,
Adat sentiaso dalam negori,
Sebulek kato nenek, mamak sorto anak kemanakan,
Dibuekkan janji er,

Janji dibuek dimuliokan,
Yang disampai yang di topekti,
Laun janji dua kali tujuh hari,
Copek jadi tujuh hari,
Sekarang sampai lah janji er,

Digaduh di gadahkan,
Dirisau di bisingkan,
Turun istano menjunjung titah,
Turun balai menjunjung sabdo,

Kok tilek dibayangkan,

Kok kato dah dijalankan,
Kata iyor katolah sudah,
Kato dijawab petanda rupa.

1 Syawal 1426, 10.26 pagi

* Di salin daripada atuk, Rahmat Bin Kamat. Gelaran Datuk Sakti. Pembuka bicara yang digunakan ketika bertandang untuk menghantar tanda atau cincin ke rumah bakal pengantin perempuan.

Janggal

Janggal, aku rasa janggal sekali hari ni.
Perasaan pun begitu jugak. Terasa sangat janggal.
Terasa seperti berada di dalam satu alam yang lain sekali.
Segala-gala kelihatan sangat janggal.

Aku nampak awak dan dia.
Dua-dua nampak cantik.
Dua-dua langsung tersenyum kepada aku.
Kelihatan cahaya tulus yang terpancar dari kornea mata mereka.
Seolah mendambakan harapan yang begitu tinggi terhadap aku.
Terhadap aku?

Aku? kau kata aku?
Sesuatu yang sangat janggal.

Ermm, apakah erti ini semua?

Cuti!

Hari ni aku cuti. Cuti ada 8 hari lagi. Minggu depan start dari senin sehingga 18/1/2007 cuti telah di 'freezzzz' kan. Sebab ada pengabungan syarikat tempat aku bekerja. Cuti! aku rasa macam nak cuti lagi. Tapi setiap kali aku cuti, aku akan mati kutu. Raya haji dan cuti tahun baru pun aku mungkin tak dapat cuti. Sebab cuti memang telah di 'freezzz'kan. Mungkin pada waktu raya haji nanti, kitaorang akan pakat buat korban dan masak sup gear box kat kawasan parking office aku.

Entahlah, aku mcm nak cuti. Tapi sekali lagi aku akan mati ku......ddsaiqeu212u92uj32i adasd8asdn adasdasd00- adasdada0=kklmlkp 0-91293peopdsd0adlkd- adsad0as-=d-=a sadd adasdad da90321md9amdas2 adla;sdlakdop-0 #*&&^$2qsd dkakda08 asddla;sdlsa kd;l93651465 kopl,s 909-0das0 ;adflsad;l 0k';a;sdfas-0d0-s ,';'l[,das 45d68as4d65sa4d 89sa8dasidasnd.

Sekian.

* Inilah akibat dari mati kutu.

Miss F**** telah dapat dikenal pasti


Salam penghormatan dari hamba. Insya Allah kita akan bertemu di KALOYO 2007.

*Photo adalah ehsan daripada seorang mamat kacak. Thanks dude. Ada jugak entri aku tuk malam ni. Ha ha ha

Projek KALOYO 2007

Sunyi...

Hari ini kesunyian itu menjengah kembali,
Menerobos hati dan jiwa perasaan yang lara,
Terkenang kembali memori luka lama,
Sebuah kisah episod duka,

Kau dan aku bersama,
Masih terasa kehangatan genggamanmu,
Desiran nafasmu,
Haruman rambutmu,
Membuat jiwa bertambah lara,

Kita berjalan beriringan,
Kau dan aku ketawa,
Seolah untaian kasih ini berpanjangan,
Kita terlupa Dia Maha Menentukan,

Seperti semalam kurasakan,
Seolah kita dipertemukan,
Sehingga aku benci pada pertemuan itu,
Kerana pertemuan itu aku menderita,
Saat perpisahan tiba,
Kasih beralih arah,
Aku ditinggalkan,
Ros merah itu menjadi saksi,
Gelang kasih dikembalikan,
Aku dihina seolah aku tidak punya diri,

Kenapa begitu cepat kau beralih kasih?
Apakah kurang kasih diri ini?
Mungkinkah keadaan yang menyebabkan ia sebegini?

Saat ini aku bersendirian lagi,
Merenung kegelapan malam,
Mencari secebis ketenangan,
Aku meneruskan langkah,
Bersama deraian kesedihan,
Menyaksikan kehidupan di depan mata,
Betapa aku berasa sunyi sekali,
Walaupun aku berada di tengah kesibukan duniawi,

Wahai Tuhan Rabbul Izzati,
Kau sirnakan kesunyian ini dari dada kami,
Engkaulah tempat kami bergantung harap,
Ampunkan kami dan terimalah doa kami,

*Kenapa malam ni rasa sedey sangat.....waaa!!!!


Ini untuk Awak!!!

Awak, seperti yang saya pernah janji dulu. Kalau awak dapat selesaikan puzzle kayu tuh, saya akan bagi hadiah. Hadiah dah ada ni, bila nak amek? Hadiah ni ada expire date tau. Kalau tak dituntut sebelum akhir 2006, status dia akan ditukar kepada harta pemilikan peribadi. Meh lah amek cepat, saya dah tak larat nak simpan hadiah ni. :-)

Kepada yang lain-lain tuh, hadiah yang disediakan cuma ada satu jer. Sbb constraint budget. hahaha...


Definasi:
provokasi: perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya. (Sumber:Kamus Dewan Edisi Tiga). Manakala perkataan provok tidak terdapat di dalam kamus tersebut. Harap Maklum.

Negeri Beraja Selangor

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Hari ini Raja Selangor Menyambut Hari Ulangtahunnya yang ke 61. Seperti kebiasaannya pada tahun-tahun yang lepas warga selangor dan warga-warga luar Selangor yang bekerja di dalam Negeri Beraja Selangor dapat cuti. Dan seperti kebiasaannya kawan-kawan aku yang bekerja di dalam Negeri Beraja Selangor akan mentertawakan aku. Mentang-mentanglah wilayah aku takde raja.

* Ampun tuanku, mohon patik menjunjung kasih tuanku. Patik pacal yang 'biasa-biasa' ingin mengucapkan selamat menyambut hari ulang, semoga dilimpahkan rahmat dan kekuatan oleh Allah untuk terus mentadbir negeri dan seluruh jajahan dengan adil dan saksama. Dirgahayu Tuanku.

Janji Lelaki

Apakah lelaki namanya, bila janji yang dikotakan tak mampu ditunaikan. Arggh!!! Terlalu banyak aku berjanji. Janji pada tuhan, janji pada keluarga, janji pada teman-teman, janji pada yang tersayang. Mungkin selepas ini aku kena duduk diam-diam. Bukan apa, aku takut semakin banyak aku bercakap, semakin banyak aku berjanji. Dan paling menakutkan kalau ajal aku sampai tapi masih banyak lagi janji-janji yang aku tidak tunaikan.

Pencinta Damai...

Deruan ombak,
Landai membelah titipan pantai,
Bersendirian Aku,
Merenung ufuk timur,
Desiran bayu yang mengasyikkan,
Tenggelam bersama bunyian alam,

Disini aku berdiri,
Mencari kedamaian,
Mencari makna cinta,
Memahami erti kehidupan,

Kicauan beburung menambah kedamaian,
Tenang, damai, rindu dan cinta,
Seolah terdampar disyurga dunia,

Aku diam,
Aku pandang,
Dan aku mengerti,
Betapa diri ini kerdil sekali,
Jika dibandingkan seluas samudera,

Wahai Tuhan,
Resapkan rasa alam ini ke dadaku,
Agar aku juga damai selalu...

* Pada awalnya saya tujukan sajak ini pada salah seorang rakan blogger kita, Cik BlueCherry. Kemudian saya terfikir untuk mengembangkan lagi sajak ini. Selepas membuat beberapa perubahan, inilah hasilnya. Mohon cadangan dan juga kritikan yang membina. Terima kasih

Bila bintang mula menari...

Mimpi. Semalam aku bermimpi lagi tentang dia. Sekali lagi dia hadir ke dalam kotak mimpiku. Menari-menari sambil tersenyum padaku. Seperti musical box yang pernah aku berikan pada seseorang suatu ketika dahulu. Dua patung kecil yang menari sambil diiringi oleh musik. Berpusing-pusing kesana dan kemari.

Tiba-tiba dia yang hadir ke dalam mimpiku itu tadi berkata, "Awak! Sudikah awak menari bersama saya?".

"Erm, baiklah. Biar saya yang memulakan langkah tarian". Kami saling berhadapan. Tangan kananku memaut kemas pinggangnya yang ramping itu manakala tangan kiriku melekap kemas diatas bahunya. Kami menari rentak perlahan ala-ala romance dansa. Dia berbisik ke telinga ku, "Awak! saya sangat mencintai awak"

Tiba-tiba ruangan yang tadinya suram, terang benderang. Cahaya memasuki anak mataku. Pedih tak terkira. Lantas aku terdengar suatu suara yang amat aku kenali, "Angah bangun dah pukul 5.30 pagi. Kejap lagi dah nak masuk subuh, jangan asyik nak tidur aje" Jerit ibuku dari dapur.

"Ya buu, saya nak bangunlah ni", Aku termenung sebentar sambil mengenang kembali mimpi tadi. Kali ni aku bertekad, kalau sekali lagi dia datang kedalam mimpi-mimpiku, pasti akan aku tanya siapa namanya, dimana tinggalnya dan kalau boleh aku nak mintak no telefon dia.

Boleh?

Aktiviti-Aktiviti Terkini...

27/11/06

Aku sibuk menguruskan persiapan akhir untuk majlis rumah terbuka Amanah Short Deposits Berhad yang diadakan di Ballroom Tun Rahah di Menara Yayasan Tun Razak. Dijangkakan seramai 650 tetamu akan hadir pada hari tersebut. Aku sibuk menguruskan segala-galanya. Nasib baik ada member baik aku Aida dan beberapa rakan lain seperti Dini, Mimi, Ita dan ramai lagi yang membantu. Tengah hari tuh ada lunch appointment dengan commerce life assurance. One of my good customer, kita orang pegi JOGOYA kat Starhill Gallery. Makanan sedappppp!!!!

28/11/06

Hari ni merupakan hari terakhir untuk aku confirmkan berapa ramai tetamu yang akan hadir ke majlis rumah terbuka tuh. Dalam surat letak 600 orang tapi kitaorang estimate lebih kurang 650 orang. Budget sorang korang nak tahu berapa. Sorang net RM 63.25. So korang darablah dengan 600 orang. Banyak kan? hampeh...kan elok duit tuh bg kat aku ke. Pastu petang tuh kitaorang ada testing on treasury system. Sampai malam lagi aku kat office.

29/11/06
Rumah Terbuka Amanah Short Deposits Berhad. Hari yang paling memenatkan, aku berkejar kesana-kemari melayan pelanggan yang hadir dan juga aku kena jaga makanan2 yang ada kat situ, in case kalau tak cukup ke, terbanyak ke etc...

Super Organizer: Aku dan Aida (Mesti ada antara korang yang perasan songkok yang aku pakai tuh kan)

30/11/06
Aku pegi opis cam biasa. Penat semalam masih tak hilang lagi.

1/12/06
Pagi keja cam biasa. Malam tuh aku ada dinner kat Mandarin Oriental, Majlis anjuran Pasaran Kewangan Malaysia. Malam tuh lah aku jumpa bidadari berpakaian merah jambu tuh. Nak tahu siapa? cuba teka? hahahahah

2/12/06
'Bowling for FARHAN', tournament bowling buat kat South City Plaza, Seri Kembangan. Tournament ni anjuran KLIA Consultant Sport Club untuk mendapatkan dana bagi membiayai rawatan pembedahan bagi Adik Farhan. Adik Farhan ni merupakan anak kepada salah seorang staff KLIA consultant yang menderita kecacatan pada tulang belakang diar. Sekarang ni umur dia 15 belas tahun, kalau tak buat operation sekarang ni, dia akan menderita kecacatan kekal untuk seumur hidup. So, alhamdulilahlah, belanja dah cukup. Pembedahan akan dijalankan pada 5/12/06. Semoga Allah menganugerahkan kesembuhan pada Adik Farhan serta ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya.

* Minggu depan, kitaorang nak pegi tengok wayang cerita "Cinta", sapa-sapa nak join jom....


Bidadari itu...

Dimalam pertemuan itu,
Satu Disember Dua Ribu Enam,
Ditengah metropolitan,
Yang tidak pernah suram dengan neon-neon pancaran jalanan,
Ditengah-tengah gergasi kembar yang gagah berdiri,
Disebuah ballroom gabungan oriental dan kemegahan negara china,

Malam itu aku bertemu bidadari berpakaian merah jambu,
Berambut panjang sehingga ke pinggang,
Keanggunan dan keceriannya terserlah sekali,
Betapa bertuahnya diri dapat ditemani,
Oleh bidadari yang comel sekali,

Betapa engkau pernah menyatakan,
Bahawa engkau tidak pernah menyangka untuk datang kedunia ini,
Dunia yang penuh dengan warna-warna rencah kehidupan,
Ada yang warnanya putih dan ada yang warnanya merah,
Dunia yang kadang-kadang sangat melemaskan bagi diri setiap mereka yang berada didalamnya,
Aku harap engkau terus tabah dan cukup kuat untuk meneruskan kehidupan didunia yang serba ada ini,

Bidadari,
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan kepada diri ini,
Aku tidak pernah mengharapkan apa-apa selain daripada persahabatan ini,
Semoga persahabatan ini bisa kekal berpanjangan,
Hari ini, esok, lusa dan untuk selama-lamanya.

* Ucapan untuk bidadari: "Stay kewl and stay cute....."