Lagenda Semut Zebra - Bhg 2

Kisah seekor semut yang memulakan langkah mencari erti kebenaran hidup. Apakah masih wujud kebenaran di alam jagat ini? Apakah setiap kejadian yang tuhan timpakan ke atas setiap yang bernyawa itu adil? Mari kita saksikan...

Semut. Disini sebelum hamba menyambung kembali kisah hamba tentang semut. Lebih tepat lagi kisah "Lagenda Semut Zebra". Sebuah kisah turun temurun, yang diwarisi dari datuk nenek moyang kita dahulu sehinggalah ke generasi moden hari ini. Ternyata sangat sedikit orang yang tahu tentang lagenda ini, kerana itu hamba ingin berkongsi kisah ini dengan bapak-bapak dan ibu-ibu yang sudi meluangkan sedikit saat yang ada untuk membacanya.

Sebelum hamba memulakan kisah, izinkan hamba menceritakan satu perkara penting tentang semut. Semut dahulu dan semut sekarang sangat berbeza, semut dahulu tak sekolah tinggi-tinggi. Kalau ada pun cuma beberapa kerat sahaja yang ke sekolah. Tapi semut-semut yang lahir selepas era kemerdekaan telah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka bukan sahaja dibumi tempat kita berpijak hari ni bahkan mereka telah sampai ke negeri-negeri empat musim. Bertuah sungguh semut-semut ini.

Baiklah, mari hamba sambungkan kembali kisah hamba...

Yahoo!!!! jerit Si-Suami apabila mengetahui yang Si-Isteri telah selamat melahirkan seorang bayi semut. Pada masa yang sama, puas mak bidan membelek kesana dan kesini untuk mengenal pasti jantina bayi semut yang baru dilahirkan itu.

"Ini bayi jantan ke bayi betina?", desis hati mak bidan sambil beliau menggeleng-gelengkan kepalanya.

Bukan setakat itu sahaja, yang membuat keadaan bertambah pelik adalah apabila melihat keadaan fizikal bayi semut yang tak berjantina itu.

"Astafirullah al azim, istifar mak bidan di dalam hati. Tak pernah lagi aku berhadapan dengan perkara begini. Apalah dosa kamu sehingga kamu dilahirkan begini." Sambung mak bidan di dalam hati.
Dengan hati yang berat mak bidan memberitahu apa yang telah dilihat dan dirasanya kepada Si-Ayah bayi semut tersebut. Terdiam Si-Ayah sebentar. Berkerut-kerut dahi Si-Ayah apabila mendengar apa yang telah disampaikan oleh mak bidan tadi. Tanpa membuang masa Si-Ayah lantas mendukung anaknya yang baru dilahirkan tadi. Dan Si-Ibu yang sedang terbaring disisi bayinya hanya sekadar mendengar apa yang dikatakan oleh mak bidan.

"Ya Allah!!!" Si-Ayah lantas pengsan dan Si-Ibu mula meraung-raung.

...
* bersambung...dah pukul 9.00 pagi ni, aku nak sambung buat kerja pejabat pulak.