27/11/06
Aku sibuk menguruskan persiapan akhir  untuk majlis rumah terbuka Amanah Short Deposits Berhad yang diadakan di  Ballroom Tun Rahah di Menara Yayasan Tun Razak. Dijangkakan seramai 650 tetamu  akan hadir pada hari tersebut. Aku sibuk menguruskan segala-galanya. Nasib baik  ada member baik aku Aida dan beberapa rakan lain seperti Dini, Mimi, Ita dan  ramai lagi yang membantu. Tengah hari tuh ada lunch appointment dengan commerce  life assurance. One of my good customer, kita orang pegi JOGOYA kat Starhill  Gallery. Makanan sedappppp!!!!
28/11/06
Hari ni merupakan hari terakhir untuk  aku confirmkan berapa ramai tetamu yang akan hadir ke majlis rumah terbuka tuh.  Dalam surat letak 600 orang tapi kitaorang estimate lebih kurang 650 orang.  Budget sorang korang nak tahu berapa. Sorang net RM 63.25. So korang darablah  dengan 600 orang. Banyak kan? hampeh...kan elok duit tuh bg kat aku  ke. Pastu petang tuh kitaorang ada testing on treasury system. Sampai malam lagi aku kat office.
29/11/06
 Rumah Terbuka Amanah Short Deposits  Berhad. Hari yang paling memenatkan, aku berkejar kesana-kemari melayan  pelanggan yang hadir dan juga aku kena jaga makanan2 yang ada kat situ, in case  kalau tak cukup ke, terbanyak ke etc...
1/12/06
 Pagi keja cam biasa. Malam tuh aku ada  dinner kat Mandarin Oriental, Majlis anjuran Pasaran Kewangan Malaysia. Malam  tuh lah aku jumpa bidadari berpakaian merah jambu tuh. Nak tahu siapa? cuba  teka? hahahahah
2/12/06
'Bowling for FARHAN', tournament bowling  buat kat South City Plaza, Seri Kembangan. Tournament ni anjuran KLIA Consultant  Sport Club untuk mendapatkan dana bagi membiayai rawatan pembedahan bagi Adik Farhan. Adik Farhan ni merupakan anak kepada salah seorang staff KLIA consultant  yang menderita kecacatan pada tulang belakang diar. Sekarang ni umur dia 15  belas tahun, kalau tak buat operation sekarang ni, dia akan menderita kecacatan kekal  untuk seumur hidup. So, alhamdulilahlah, belanja dah cukup. Pembedahan akan  dijalankan pada 5/12/06. Semoga Allah menganugerahkan kesembuhan pada Adik Farhan serta ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya.
* Minggu depan, kitaorang nak pegi tengok wayang cerita "Cinta", sapa-sapa nak join jom....
* Minggu depan, kitaorang nak pegi tengok wayang cerita "Cinta", sapa-sapa nak join jom....

|