Lagenda Semut Zebra - Bhg 3

"Lepaskan dia berjalan mencari bintang utara, kerana disitu adalah takdirnya", sambung suara itu lagi.

Masa terus berlalu, musim berganti musim, daunan yang luruh telah berganti semula dengan pucuk-pucuk daun muda yang kelihatan embun segar di permukaannya. Begitu pantas masa meninggalkan kita, kita seperti telah jauh dan banyak ketinggalan kebelakang. Ya! memang kita telah banyak ketinggalan. Bangsa semut di barat telah pun maju. Maju dalam segala bidang. Begitu juga dengan bangsa semut yang berada di negara matahari terbit. Mereka pun telah maju. Tapi apakah erti kemajuan kalau dalam masa yang sama mereka menghadapi masalah kebejatan moral dan keruntuhan institusi agung kekeluargaan. Apakah ini merupakan tanda-tanda kepada suatu keruntuhan tamadun? Seperti yang pernah berlaku pada tamadun-tamadun besar yang terdahulu. Apakah nasib kita akan sama seperti nasib nenek moyang kita yang terdahulu?

Apa pun mari kita teruskan dengan kisah "Lagenda Semut Zebra".

25 tahun telah berlalu...

Si-Ibu sedang menantikan kepulangan anaknya dari kampung sebelah. Kelihatan raut kebimbangan diwajahnya yang telah lama dimamah usia. Tak senang dibuatnya, sekali sekala Si-Ibu duduk, penat duduk dia berdiri, penat berdiri dia berjalan mundar mandir dimuka pintu. Masih teringat kembali akan mimpi yang dialaminya malam tadi. Itu yang membuatnya bertambah resah.

Malam tadi dia bermimpi didatangi oleh seekor semut tua yang berjanggut panjang dengan wajah yang bercahaya. Tiba-tiba semut tua itu berkata, "Wahai Si-Ibu semut!, sesungguhnya janji Dia telah datang. Engkau telah sabar dan redha dengan ketentuan-Nya selama ini. Lepaskanlah anak engkau untuk dia berjalan di muka bumi ini, kerana itu memang adalah takdirnya."

"Assalammualaikum ibu", suara Si-Anak yang baru pulang dari kampung sebelah. Memecah lamunan ibunya lantas memutuskan ingatan ibunya terhadap mimpi yang telah dialaminya.

"Waalaikumusalam nak", jawab Si-Ibu. Mengeleng-geleng Si-Ibu melihat keadaan Si-Anak, pada masa yang sama tergenang air mata dikelopak mata tuanya itu melihat keadaan anaknya itu.

"Kali ni kau bergaduh dengan siapa lagi?", tanya Si-Ibu.

"Kan ibu dah pesan jangan cari pasal dengan orang lain, tengok tuh habis berdarah hidung itu."

"Mana ada adek cari pasal, budak-budak tu yang cari pasal dahulu", jawab Si-Adek.

Adek tersenyum pahit, kelihatan gigi depannya yang telah ronggak ditumbuk oleh budak-budak nakal pada minggu lepas, Adek seolah-olah telah biasa dengan perlakuan orang terhadap dirinya.

Pada malam tersebut, selepas menunaikan solat isyak mereka berdua tidur seperti biasa. Ketika Si-Ibu sedang lena dalam tidurnya. Tiba-tiba mimpi itu datang kembali.

"Lepaskanlah anak engkau untuk dia berjalan di muka bumi ini, kerana itu memang adalah takdirnya", bisik suara ghaib itu.

"Lepaskan dia berjalan mencari bintang utara, kerana disitu adalah takdirnya", sambung suara itu lagi.

"Bintang Utara!", Si-Ibu tersedar dari mimpinya. Peluh menitik dari dahinya. Si-Ibu lantas merenung wajah adek yang sedang enak tidur. Dia teringat kembali kisah 25 tahun dahulu ketika dia melahirkan adek.

Masakan dia boleh lupa kejadian yang menimpa mereka 25 tahun dahulu. Si-Suami merangkap Si-Ayah kepada adek telah meninggal akibat serangan sakit jantung. Mula-mula dia sangka kan Si-Ayah hanya sekadar pengsan, rupa-rupanya tuhan lebih menyanyanginya. Tak sempat untuk adek melihat wajah ayahnya apatah lagi untuk menikmati kasih sayangnya. Adek dilahirkan dalam keadaan yang sangat pelik sekali, adek tidak seperti semut-semut yang biasa. Adek telah ditakdirkan untuk lahir dalam keadaan yang tidak boleh diterima akal kesemutan. Kerana sebab itu juga adek telah dihina dan dipulaukan oleh masyarakat sekeliling. Kerana itu juga tubuh adek yang kurus itu penuh dengan kesan-kesan pukulan sebagai tanda kebencian masyarakat semut sekeliling terhadapnya. Adek dituduh pembawa sial. Adek juga dituduh penyebab kepada kematian ayahnya. Bukan sahaja masyarakat sekeliling membenci, bahkan saudara mara terdekat pun amat membencinya. Adek tidak pernah meminta untuk dilahirkan seperti ini. Adek dilahirkan dengan keadaan sebelah kanan badannya dari kepala sehingga ketumit kaki berwarna putih dan sebelah kiri badannya berwarna hitam. Kerana warna putih-hitam itu amat sinonim dengan warna kuda belang, maka adek telah digelar zebra. Dan adek juga tidak ada jantina. Kerana kepelikan ini, sejak kecik memang adek hidup secara bersendirian. Tidak ada kawan-kawan untuk bermain, tidak ada sahabat untuk meluahkan rasa hatinya, yang ada hanya ibunya sahaja tempat dia mengadu untung nasibnya.

Pada keesokan harinya.

bersambung lagi daaa......

*Minta maaf banyak-banyak sebab lambat posting cerita ni. Bukan apa, sekarang ni tengah sibuk company nak merger. Mungkin pada hari raya aidiladha dan tahun baru ni saya masih lagi sibuk berkerja di pejabat. Mungkin sempat pegi masjid solat hari raya aje. Jadi kesempatan ni, saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada seluruh kaum muslimim. Semoga amal kita diterima Allah. Dan juga ucapan Selamat Tahun Baru. Jangan lupa set azam tahun baru, nanti boleh lah kita berkongsi azam yer. :-)