Lagenda Semut Zebra - Bhg 1

Semut. Semua orang kenal pada semut. Semua orang tahu yang kat dunia ni ada beribu-ribu spesis semut. Kali ni hamba nak mengkisahkan sebuah cerita yang ada kaitan dengan semut. Semut ni bukan semua yang biasa, tetapi sangat luarbiasa kerana ia sangat pandai bermain kata-kata dan ia jugak boleh berdiri diatas dua kaki.

Maka kisah pun bermula. Disebuah koloni semut yang di diami oleh 6.6 billion ekor semut. Terdapat sepasang suami isteri semut yang tinggal didalam salah sebuah lubang kecil yang terdapat di koloni tersebut. Mereka telah begitu lama mendirikan rumah tangga, tetapi sayangnya mereka masih belum memiliki waris yang dapat meneruskan kesinambungan keluarga semut tersebut.

Pada suatu hari, Si-Suami berkata kepada Si-Isteri. "Ayang! Ayang!....abang rindukan suara kanak-kanak lah didalam rumah kita ini. Pasti kita tidak akan bosan bila ada kanak-kanak didalam rumah kita ini kan". Si-Isteri diam sahaja mendengarkan permintaan Si-Suami. Air mata bergenang di kelopak mata Si-Isteri. "Siapa yang tidak mahukan anak bang, tapi tuhan masih menangguhkan pemberian-Nya itu kepada kita", jawab Si-Isteri sambil mengesat air matanya yang bergenang di pipi.

Berbagai usaha dan upaya yang telah dilakukan oleh pasangan tersebut untuk mendapatkan anak. Masa terus berlalu, mereka masih belum berputus asa. Saban hari mereka berdoa mengharapkan keajaiban berlaku keatas diri mereka. Sehinggalah suatu malam. Si-suami bermimpi, kedengaran satu suara, "Wahai si-polan, sesungguhnya Allah yang maha pengasih telah memakbulkan permohonanmu, tapi ingat satu perkara! kau kena redha dengan apa yang telah dianugerahkan kepadamu".

Setelah kejadian tersebut, Si-Isteri telah didapati hamil. Betapa girangnya hati pasangan semut tersebut bila mengetahui bahawa tidak lama lagi akan lahir waris yang amat mereka nanti-nantikan selama ini. Si-Suami, dek terlalu gembira, habis seisi kampung diberitahunya tentang kehamilan Si-Isterinya itu. Tak cukup dengan itu, mereka telah mengadakan kenduri kesyukuran secara besar-besaran sebagai ucapan terima kasih kepada Allah yang telah mengurniakan anak kepada mereka.

Apakah kegembiraan mereka akan berkekalan? Tunggu sambungan bahagian ke 2, Siri Lagenda Semut Zebra.