Isen ini adalah kesinambungan daripada isen ini.

Kau dan Aku kita sama, tiada bezanya. Yang membezakan kita adalah siapa kita dihadapan Tuhan yang maha kuasa.
Wednesday, September 19, 2007 at 8:06 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Isen ini adalah kesinambungan daripada isen ini.
Monday, September 17, 2007 at 11:04 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Jika memang dirinya
Adalah menjadi pilihan hatimu
Memang sudah takdirnya
Aku tiada di hatimu
Seperti apa yang aku tahu
Kau mencintainya di sepanjang waktumu
Dan aku juga tahu,
Cintanya abadi terhadapmu
Dan aku juga yakin cinta yang ada di dalam hatiku
Milik dia yang mencintai aku
Dan pada setiap hembus nafasku
Hanya rindunya yang menguasaiku
Harus selalu juga kau tahu,
Ku juga mencintainya di sepanjang waktuku
Harus juga kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Hanya dirinya satu yang selalu juga ku rindu
Jika memang bukan aku
Dia mampu mencintaimu
Segalanya lebih bermakna
Kerana memang dia yang memiliki mu
Nota: Segala-galanya adalah milik-Nya
Sunday, September 16, 2007 at 12:46 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Saturday, September 15, 2007 at 11:37 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Tuesday, August 28, 2007 at 11:37 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Pemuda itu berdiri memandang ke pelabuhan itu. Sayup melihat ombak yang menggulung menghempas pantai. Desir angin membawa bersama sebuah kenangan. Sebuah cerita yang mungkin tidak ada sesiapa pun yang mungkin akan mempercayainya.
Andai batin itu boleh menjerit. Beginilah bunyi esak tangisan pemuda itu.
"Wahai dunia!!! Lihatlah seorang manusia yang sudah tidak mempercayai apa yang menjadi pegangan hidupnya selama ini."
Sang rama-rama yang berterbangan hinggap di hujung ranting sambil membisikkan lagu pilu. Sang burung pula sibuk menceritakan kisah manusia itu, "Dia menerima pesanan dari seorang manusia yang paling disayanginya," bicara si burung jantan kepada si burung betina.
Waktu bagaikan pegun untuk seketika, cebisan nota-nota yang bertaburan itu seperti bercantum semula, warna dakwat yang telah pudar bagaikan seperti dakwat yang baru di tulis semula.
"Awak, saya minta maaf banyak-banyak. Awak, jangan tunggu saya lagi boleh tak? Banyak lagi bunga lain yang perlukan perhatian dan cinta awak. Saya tidak perlukan semua itu. Maafkan saya."
Pemuda itu melangkah longlai. Di dadanya penuh dengan tangisan kepiluan. Dia sudah mulai untuk tidak mempercayai wujudnya "cinta" dari dalam hati makhluk yang bernama manusia.
Pemuda itu berpaling pada pelabuhan. "Itulah pelabuhan cintaku, kini ia akan meninggalkan aku bersama si rama-rama yang masih melagukan lagu pilu dan burung-burung yang saling pandang-memandang."
Langkah terasa memberat, air matanya mulai bergenang, sendunya kian bergema.
Dunia yang berwarna-warni bertukar suram.
P/S: Nukilan sebuah kenangan.
Tuesday, August 14, 2007 at 8:54 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Ku ambil pahat resah, lalu ku ukir bait tanpa melodi indah buat sang merpati...
Andainya merpati mengerti,
Bisikan rahsia diri,
Dalam setiap mimpi-mimpi,
Yang ku kisahkan kepadamu,
Pasti merpati akan merasai,
Rasa yang terserap di dada ini,
Menanti saat untuk dimahkotakan,
Buat diri seorang puteri,
Duhai merpati,
Dengarlah kisah ini,
Cinta sang ombak pada bayu yang bertiup,
Rindunya adalah pada desiran ombak,
Syukurnya adalah hempasan pantai,
Pasrahnya adalah pada takdir yang terjadi,
Duhai merpati,
Lihatlah bagaimana alam bercinta,
Tidak ada leka,
Tidak pernah abai,
TIdak mungkin khayal,
Inilah mahar cintanya,
Apakah kau masih gusar?
Duhai merpati,
Aku adalah daun cinta yang pernah berguguran,
Tapi itu tidak bererti yang aku sudah lama mati...
P/S: Salam damai buat sang merpati.
at 8:32 AM Ditulis oleh ~inilah saya~
Monday, August 13, 2007 at 7:15 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Langit semakin gelap. Menandakan tirai malam semakin berlabuh.
Sendirian.
Saat ini perkataan itu sudah semakin tenggelam bersama keriuhan deru enjin kenderaan yang bersimpang siur yang seolah-olah tidak pernah mengerti akan maksud rehat.
Ibukota ini semakin hidup dengan kehadiran malam. Sekumpulan manusia kelihatan sedang menanti bas yang akan menghantar mereka pulang ke rumah.
Pulang?
Aku ingin pulang seperti mereka. Tapi aku ada hal yang ingin aku selesaikan.
Beg dibuka, ipod diambil dan di 'on'kan. Bait-bait perkataan bersama melodi merdu sangat lunak kedengaran. Aku tenggelam dalam irama tersebut.
Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku
Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Reff :
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu
Hanyalah padaMu Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku
Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…
Back To Reff :
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu
Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu
Langkah ini kuteruskan, bersama seribu satu rasa yang amat sukar untuk dimengertikan. Inilah jalanku. Inilah hidupku.
"Duhai Rob! Izinkan aku mencintai-Mu"
Langit semakin pekat. Aku melihat ada sinar dihujung jalan dan aku pun tersenyum...
Friday, August 10, 2007 at 12:05 PM Ditulis oleh ~inilah saya~