hee hee hee

Suasana pejabat agak meriah dengan kehadiran 2 kuntum bunga. Asalnya kami ada 3 kuntum, 2 kuntum membawa diri, tinggal sekuntum. Jadi kuntum sekarang berjumlah 3 kuntum.

Semalam bos sedang menyusun kedudukan tempat duduk untuk pejabat baru kami yang terletak di tingkat yang berlainan dari yang sekarang.

Woow!! Kumbang hensem yang seekor ini seperti mendapat loteri kerana di pejabat baru nanti dia akan diapit oleh 2 kuntum bunga ini.

Sekarang si kumbang mula merancang pelan nakal.

"Hee hee hee ermmmmmmmmmm......."