Kovalen Version 1.0.0 Beta

Sajak ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang terlibat dalam bidang pengaturcaraan tanpa ada prejudis sama ada dia adalah team leader ataupun programmer biasa. Mohon maaf diatas penggunaan bahasa yang bercampur-campur. Sajak ini direka kerana untuk memenuhi piawaian rima logik manusia seperti ini yang ternyata begitu tinggi sehingga tidak dapat memahami bahasa melayu standard seperti yang digunakan di dalam sajak Kovalen - Bhg 1. Ini bukan sindiran atau kutukan tetapi sebagai satu terjemahan kepada bahasa yang lebih mudah difahami oleh golongan-golongan seperti ini. Niat saya ikhlas. Mohon maaf jika ada yang terkucil hati yer. :D

Sajak ini telah dialih bahasakan, Sajak asal adalah Kovalen - Bhg 1

Class
umpama himpunan erat,

Mengikat modules yang bersambung,
Output ternyata berterabur,
Pada arahan logik yang pening,
Dan machine language yang tidak pernah difahami,

Ternyata mata ini memandang,
Pada signal LED wireless yang terpancar,
Yang seringkali terputus ketika diperlukan,
Bahasa pengaturcaraan yang penuh rima logik,
Tidak terungkai dengan bahasa pertuturan,
Menyatakan arahan yang perlu diexecute,

Apakah itu tanda mereng,
Seseorang yang mengadu kediginan
Duduk temenung menongkat dagu,
Pening dalam kesibukan waktu,
Sampai lupa tarikh dan waktu,

Kawannya pula jauh disini,
Sering mengingatkan, "Elek-eleklah orang lain pun sibuk jugak"
Tanpa pernah jemu membebel, "Otak dan badan tu nak pakai lama lagi"
Tak pernah takut dan tak pernah bimbang
Walaupun sering diugut terajang.

Bilik server itu terus sunyi,
Bersama dingin yang menyelimuti,
Hanya bunyi jemari menekan keyboard,
Urat jemari terus mengejang
Itu tanda penyakit dah mari,
Itu penyakit nama dia Repetitive Strain Injury,

:D Salam