Lagenda Semut Zebra - Bhg 4

Prolog
Semut. Sekali lagi kisah pasal semut. Mungkin ada pembaca yang dah muak dengan perkataan semut. Mungkin kerana zahirnya manusia merasakan semut adalah binatang yang kecil yang tidak memberi sebarang manfaat malahan banyak menyusahkan hidup mereka. Tak pasal-pasal manusia kena membeli penyembur racun serangga untuk memusnakan kita golongan semut. Dan secara tak langsung juga ia meningkatkan kos kehidupan manusia kerana terpaksa mengeluarkan belanja untuk memusnahkan kita. Memusnakan kita?

Kadang-kadang tanpa manusia sedari, mereka sering mengeluh banyak tentang kehidupan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka mengomel tentang masalah kat tempat kerja mereka seperti, orang tu dengki orang nilah. Ada orang cuba tabur pasir kat periuk nasi mereka lah. Sampai satu tahap tu mereka sangkakan ada orang yang cuba untuk memusnahkan kerjaya hidup mereka.

Kalau manusia yang bijak itu memerhatikan rantaian dua perkara diatas, mereka akan nampak apa yang cuba disampaikan oleh golongan semut seperti kita. Apa pun yang mereka rasakan atau apa sahaja permasalahan yang dihadapi oleh mereka, mereka sering untuk cuba melahirkan satu perlakuan yang berbentuk kemusnahan dengan harapan agar segala kebukuan dihati akan terlerai. Sebagai contoh, mereka dimarahi oleh bos mereka dipejabat. Tension punya pasal sampai terbawa-bawa ke rumah, silap aje sikit abis tapak tangan hinggap kat muka anak bini. Semut yang tak bersalah pun habis kena pijak-pijak dan disembur dengan racun serangga. Adakah ini adil? Mereka nak orang bersikap adil terhadap mereka, tapi kadang-kadang mereka sendiri lupa untuk berlaku adil terhadap diri makhluk sekeliling.

Baiklah, mari hamba sambungkan kisah hamba...

Pada pagi itu...

Pagi itu adalah dua purnama yang lalu. Masih terngiang-ngiang di telinga adik akan pesan ibunya.

"Jangan sekali-sekali berbohong dan ingat tujuan kamu. Selepas mendapat apa yang kamu kehendaki jangan lupa asal usul mu. Ibu akan menanti kamu disini", pesan si-ibu. Itulah pesan ibu dua purnama yang lalu. Pesan yang amat dipegang erat oleh adik.

Adik meneruskan perjalanannya. Oleh kerana bintang utara hanya dapat dilihat pada waktu malam, maka banyak masa adik dihabiskan pada waktu malam untuk berjalan bersendirian, kadang-kadang dia menumpang kereta lembu milik pedagang yang menjaja hasil jualan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapi hari ini dia adik bersendirian berjalan kaki merentasi kampung dan hutan. Apabila kepenatan, dia akan berhenti dan berehat disitu. Kalau perlu tidur dia akan tidur disitu dengan beralaskan lengan.

Disuatu tempat yang lain...
"Kau, kau, kau dan kau tunggu aku kat sana. Ingat malam nanti kita akan rompak rumah orang kaya tuh. Ingat! tepat pukul 12 mlm. Jangan lupa bawak topeng masing-masing", arah ketua perompak itu kepada anak buahnya.

Tepat pukul 12 malam, seperti yang diarahkan oleh ketua perompak pada petang tadi. Gerombolan perompak yang ganas itu telah masuk dan merompak di sebuah rumah orang kaya disebuah kampung. Habis seluruh harta yang berharga seperti barang-barang kemas dan wang yang telah dirampas oleh gerombolan penyamun yang tidak berguna itu. Tuan rumah dan seisi keluarga telah diikat di tengah rumah.

"Ha! ha! ha! kumpul semua orang-orang kita dan semua barang-barang berharga yang lain. Cepat! jgn berlengah lagi, arah ketua penyamun tersebut.

Pada masa yang sama ditengah-tengah hutan...
Adik sedang berehat di perdu sebatang pokok. Memori lamanya kembali berputar. Adik teringat bagaimana sejak kecil dia dihina dan dicerca. Adik kecik hati, adik marah, hati adik membentak. Tapi apakan daya, dia hanya ada ibu tempat mengadu nasib. Dan semenjak dari itu dia berazam, apabila dia besar nanti dia akan keluar berkelana mencari kebenaran hidup. Mencari keadilan. Kalau boleh dia nak menemui tuhan yang maha esa untuk mengadu akan perihal nasib yang menimpa diri. Tapi apabila usianya mencapai 25 tahun, dia menjadi serba salah untuk meninggalkan ibunya yang telah tua itu sebatang kara dirumah. Tapi apabila ibunya sendiri yang meminta dia untuk berkelana mencari makna kehidupan, dia menjadi begitu gembira sekali. Masih teringat dia akan pesan ibunya, "Carilah bintang utara, disana nasib mu akan berubah". Tanpa adik sedari dia pun tertidur. Pada asalnya adik bercadang untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya, mungkin sebab terlalu penat berjalan sehingga menyebabkan dia tertidur dengan begitu lena sekali.

Dipinggir hutan...
"Cepat! nanti orang kampung akan tahu jejak kita", suara ketua penyamun separuh berbisik.

Mereka berlari-lari anak menuju ke tempat persembunyian mereka ditengah-tengah hutan. Sambil berlari membawa harta rompakan, sekali sekala mereka menoleh ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa pun yang mengikuti jejak mereka. Setelah berjalan beberapa lama, mereka mulai menghampiri tempat persembunyian mereka.

Adik terjaga apabila dia mendengar bunyi kaki berlari-larian menghampiri tempat dia melelapkan mata sebentar tadi. Dalam keadaan terpisat-pisat dia cuba untuk membuka matanya sambil cuba mencari-cari dari mana datangnya bunyi bising tadi.

"Aduh! apa benda yang aku langgar ni", jerit salah seorang dari penyamun tersebut.

Adik merasakan ada satu bayang-bayang hitam yang cuba menghempapnya. Dia cuba untuk mengelakkan diri tetapi dia terlambat.

"Ya Allah! Selamatkan aku", bisik hati adik.

*Hah seperti biasa bersambung...