10 Kisah Semalam

Hi semua,

Pertama.

Sebenarnya bukan sengaja aku tidak menulis tentang kehidupanku, bukan sebab malas walaupun sebenarnya aku amat penat. Otak ini seperti sudah tidak mampu untuk mengarah jari jemariku untuk menaip butiran-butiran huruf. Seolah aku kehilangan upaya, apakah kerana bonus yang dijanji-janjikan itu masih tidak menjadi kenyataan. Atau kenaikan gaji yang sepatutnya aku dapat hujung bulan ini masih samar-samar. Apa yang aku pasti, kebelakangan ini, seperti ada sesuatu yang menghambat hidup aku.

Kedua.
Aku rasa rajuk ku terhadap sistem kapitalis yang diamalkan di Malaysia ini semakin menebal dari hari ke sehari. Aku benci melihat sistem kewangan konvensional yang diamalkan di Malaysia. Yang kaya menjadi terus kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kalau boleh aku ingin lari dari Malaysia. Lari sejauh mungkin membawa diri dan perasaan ini.

Ketiga.
Aku sudah terlalu letih menjadi orang yang hidup bersendirian. Ada sesapa disana yang masih single?

Keempat.
Ada orang bertanya padaku tentang seorang gadis? Aku menjawab, "Ermm...dia sangat cantik, apakah aku layak bersamanya? Lantas aku teringat kata orang tua ku, "Cari bukan sahaja yang cantik dimata, tapi cari yang juga cantik dihati". Lama aku termenung.

Kelima.
Aku sebenarnya sudah lama ingin memohon untuk cuti. Tapi cuti telah dibekukan selama sebulan kerana pengabungan syarikat. Hanya selepas 17 Jan 07 aku boleh untuk memohon cuti ku semula.

Keenam.
Sejak seminggu yang lepas aku terkena batuk dan selsema yang agak teruk. Ubat dah abis makan. Aku malu nak jumpa doktor. Bukan sebab aku takde hidung atau sebagainya, aku malu sebab tiap-tiap minggu aku jumpa dia.

Ketujuh.
Aku berazam untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana selain dari Malaysia. Bukan apa, aku sebenarnya penat menanggung risiko kewangan tapi upahnya sangat kecil.

Kelapan.
Teman ku bertanya tentang bidadari tempoh hari, "Aku rasa macam aku berkenan dekat dia", jawab ku. Biarlah Allah yang menentukan, kalau ada jodoh. Insya allah takkan lari gunung dikejar. Kemudian aku termenung memendam rindu. Kadang-kadang aku rasa takut kalau aku jugak tertinggal bas.

Kesembilan
Bagaimana caranya untuk meningkatkan motivasi berkerja? Sesiapa disana, tolong aku...

Kesepuluh
Semoga doa-doaku semalam dimakbulkan Allah. Amin......