Aku, dia dan reben pink

Kalau kamu mengetahui
Pasti kamu akan tahu
Rasa yang terasa
Lahir dari dasar hati yang paling dalam sekali
Sehingga akhirnya aku dan dia saling pandang memandang

I am in the mood of reading now, my subscription of weekly Time magazine arrived home smoothly without any delay. This week headlines is about breast cancer. It is very shocking fact that this spreading illness become worst from time to time. There are several causes of this problem begin with fatty foods, lack of exercise and obesity which lead to the increasing numbers of breast cancer cases. While, the risk factors for a disease may cross border freely, the cultural understanding it takes to treat it does not. Women from some nation may live in a world of pink ribbons and LIVESTRONG bracelets, but in other part of the world, breast cancer is still a shameful secret.

Please consider these facts:
  • Every three minutes an Egyptian women is informed that she has the illness, and one and the most fears is that her husband will leave her soon.
  • In India, women with breast cancer may be forced to use separate plates and spoons because of the widespread belief that the disease is contagious .
  • ETC

Secrecy leads not only to misery but also to misinformation. Thus, increasing the number of cases which are not reported and small the opportunity to get earlier treatment. I am not going to detailed this issues further. You may get a copy of Time by your own. Perhaps, this little message can remind everybody the important of prevention because there is no heal for breast cancer.

Extra:
What is World's of Pink Ribbons Program?
The pink ribbon means something different for everyone. For one it might be a memory of one lost to breast cancer. For another it might be a symbol of what the future could bring. For yet another, it could mean survival. No matter what it represents to each individual, it brings hope to the thousands of people who are affected by breast cancer every year.

Ayoyoooooo

Sesiapa yang bercadang untuk mengambil pembantu rumah dari India, berikut adalah perkara yang perlu disediakan oleh majikan di Malaysia. (Sumber: The Star, 18/10/2007)

  • Gaji minimum RM1400 sebulan.
  • Telefon bimbit dan prepaid untuk setiap bulan.
  • Jaminan bank berjumlah RM 9000 yang perlu diletakkan di kedutaan India.
  • Perlidungan insuran sebanyak RM 20000, dimana premium awal yang dibayar adalah sebanyak RM300.

Berikut pula adalah apa yang terjadi pada pekerja warganegara malaysia yang bekerja disektor swasta di Malaysia.

  • Gaji minimum, buat masa ini gaji minimum adalah didalam lingkungan RM200-300 sebulan. Dalam cadangan, RM 900 sebulan oleh MTUC. Ini pun belum tentu lagi. Jadi jangan terlalu berharap terlampau sangat.
  • Elaun cola, dalam cadangan ialah RM 300 sebulan oleh MTUC.
  • Telefon bimbit, nak pakai kena beli sendiri, pandai-pandailah nak hidup.
  • Jaminan Bank, tiada tertulis di dalam akta pekerjaan.
  • Perlindungan insurans dan SOCSO nasib baik ada. Itupun tak semua majikan yang bayar premium dan mencarum.
  • KWSP, ini pun nasib baik ada.

Malaysia Boleh!!!

Bisa

Pandang depan. Pandang belakang. Pandang kiri. Pandang kanan.

Kosong.

Masih ramai lagi yang belum pulang dari bercuti. Kerja kena jalan seperti biasa.

Aduhhhh!!! Bisa betul rasa perasaan ini.

Sebelum terlupa, saya sedang mencari barang ini



Ada sesiapa yang berminat untuk menjual?


Album Raya 2

Album Raya 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan Maaf Zahir dan Batin diatas segala salah laku, terkasar bicara dan sebagainya. Pesanan saya, semoga ibroh Ramadhan akan mengamit kita untuk terus beramal pada Allah swt. Dan akhir sekali, berhati-hati di semasa di jalanraya.

Wajah comel seorang jejaka

"Eceh..eceh konon-konon comel lah tu," perli seorang gadis cantik apabila melihat gambar seorang jejaka yang merasakan dirinya macho dan berpakaian segak baju melayu biru dan bersongkok tinggi.

Ha! Ha! Ha, berderai ketawa lelaki tersebut. Rupanya dalam diam ramai rupanya orang yang nak buat sepertimana yang dibuat oleh lelaki tersebut.

My Favorite Clip



I still remember during my college time. This clip have become the most favorite clip among me and my friends. It show not only the true meaning of love but the reciprocal indeed. This is love is all about. This feeling is not only about to give and/or to take but it's also sacrifices. For those who already watch this clip, maybe you can re-watch it again. Just to remind you and me that the true love make our world better.

Cheers,

Nukilan

Saya tidak tega melihat gadis itu menangis. Apabila ditanyai, mengapa sampai begitu sekali dia bersedih. Dia menjawab, "Hati saya hancur apabila kamu hanya mengatakan kita ini hanya sekadar teman biasa."

Saya memandang jauh ke dalam anak matanya sambil berkata, "Bukankah ini yang kamu mahukan? Bukankah kamu yang membuat keputusan tentang perkara ini?" balas saya semula.

"Kamu tahu tak? betapa saya sangat sedih melihat kamu berdiri disampingnya. Saya sepatutnya menyalahkan diri saya kerana jatuh cinta pada awak," gadis itu berkata sambil membiarkan air jernih mengalir dari kelopak matanya.

"Apakah itu bermaksud kamu masih menyintai saya?"

"Kamu memang kejam!" suara gadis itu sedikit meninggi. Selepas itu dia berlari meninggalkan saya dengan seribu satu persoalan.

Itu kali terakhir saya memandang wajahnya. Itu juga kali terakhir saya mendengar suaranya. Pemergiannya merobek sebuah kenangan dengan seribu satu kesedihan. Tiada lagi sendu dan tiada lagi air mata. Yang tinggal hanya parut dalam yang tidak pernah sembuh.

Nukilan,
Demi Masa
23 Ramadhan 1428


Cuti


Hari ni saya cuti. Alangkah seronoknya saya.

Ha! ha! ha!

P/S: Selamat berhujung minggu kepada semua...


Dogma Kasih

Ini bukan sekadar sebuah dogma tentang kasih tetapi ia lebih kepada sebuah ekstrak dari sudut pandang insan picisan yang sering diketepikan dalam hal-hal yang berkaitan dengannya.


"Manusia tidak boleh hidup tanpa kasih sayang," kata seorang teman kepada saya. Saya termenung sejenak. Termenung memikirkan kata-kata tersebut. Ada kebenaran dalam ulas bicara teman itu.

Saya cuba untuk mendalami maksud ayat tersebut dengan satu persoalan remeh, "Kalau begitu dari mana datangnya perasaan kasih tersebut?" Nah, ada yang berkata kasih terbentuk di anak mata kemudian turun ke hati. Dan hati yang penuh dengan niat dan hasrat akan berbuat sesuai dengan apa yang di ingini. Apakah ini bermaksud kasih itu terletak pada apa yang dipandang oleh mata?

Saya teringat pesan orang dulu-dulu, "Kalau mencari isteri biar sakit dimata tetapi tidak sakit dihati." Penuh dengan pengertian. Tapi persoalan tadi masih tidak terjawab. Dimanakah letaknya perasaan kasih tersebut. Pertama, Kalau kita bersetuju untuk mengatakan bahawa perasaan kasih tersebut terletak pada pandangan mata, bagaimana pula dengan insan-insan yang tidak memiliki penglihatan, yang tidak pernah berpeluang untuk 'melihat' kasih dengan mata mereka sendiri. Kedua, jika kita juga bersetuju mengatakan bahawa kasih itu datangnya dari mata, makanya kita cuba untuk mengatakan juga bahawa kasih itu ada diluar dari diri kita. Dalam bahasa yang lebih mudah ialah pada apa yang dipandang. Maksudnya, oleh kerana mata itu berfungsi untuk melihat apa yang telah dijadikan di dunia ini makanya kita lebih senang untuk meletakkan andaian pada sesuatu perkara yang kita lihat. Dan dengan andaian-andaian yang ada akan lahirlah berbagai perasaan dan salah satu daripadanya adalah 'KASIH' itu sendiri.

Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan bahawa mata adalah penentu kepada perasaan-perasaan tersebut. Sekali lagi ia bermula dengan pandangan mata dan seterusnya lahirlah perasaan yang diperkatakan tadi.

Ramai diantara kita pula mungkin bersetuju bila mengatakan bahawa kasih itu letaknya dihati. Jika anda bersetuju dengan fakta ini, anda mungkin tidak akan bersetuju dengan apa yang saya fikirkan ini pula.

Kalau kita mengatakan bahawa pada hati letaknya perasaan kasih. Jadi kenapa kita perlu meminta-meminta dan menagih kasih yang ada pada orang lain. Apa tidak cukupkah kasih yang memang telah ada bersama kita. Kenapa perlu menjadi pengemis kasih sedangkan yang ada di hati kita dibiarkan tanpa dibajai dengan kebaikan sehingga ia sirna menjadi titik hitam yang menjadi noda yang mencacatkan.

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa kalau begitu kenapa Allah menjadikan sesuatu itu berpasang-pasangan. Bukankah tujuan sesuatu itu dijadikan berpasang-pasangan melainkan untuk berkasih-sayang sesama mereka.

Kalau itu yang anda maksudkan, ternyata anda sudah terlalu ke depan dalam hal berkasih-sayang kerana kenyataan itu sesuai bagi mereka yang sudah berpasangan secara syarie. Tetapi bagi mereka-mereka yang masih bujang, bagaimana ya?

Berbuka

Ketika saat ini saya sedang berbuka puasa bersendirian di pejabat.

Ermm...Alangkah baiknya jika ada teman...

Hujan


Memerhati hujan yang sedang turun dengan lebatnya dari tingkat sepuluh bangunan ini memberi satu pemandangan yang cukup sarat dengan pengertian. Dari kejauhan kelihatan manusia-manusia yang sedang berpayung, ada yang sedang berlari-lari anak dan ada pula yang kelihatan begitu selamba merempuh hujan tanpa menghiraukan kebasahan sekeliling.

Dimana-mana manusia begitu sibuk bercerita tentang hujan. Ada yang tertawa apabila melihat ada rakannya yang kuyup kebasahan. Ada yang mengeluh kerana begitu banyak urusan yang tertunda akibat dari hujan dan tak kurang juga ada yang tak menyedari bahawa hujan sedang turun dengan lebatnya sehingga kadang-kala ia menenggelamkan jalan raya sehingga ke paras dua kaki.

Apa pun hujan tetap juga turun walaupun peramal cuaca meramalkan bahawa pada hari tersebut adalah cerah.

Hujan oh Hujan.

Saya terbaca satu fakta yang sangat menarik tentang hujan. Betapa sains pada kurun ke-19 ada menjelaskan tentang kejadian hujan ini. Semua orang pasti tahu bagaimana hujan terjadi. Bermula dengan pemeluwapan air dari muka bumi yang tersejat sehingga terbentuknya awan. Proses pemeluwapan yang terjadi menyebabkan awan semakin sarat dengan kandungan air. Apabila awan tersebut semakin berat maka udara yang sarat dengan air tadi akan turun ke bumi. Begitu mudah bukan prosesnya?

Jadi apa yang menariknya tentang proses ini? Yang menariknya Al-Quran yang telah di turunkan 1428 tahun dahulu telah menerangkan proses ini sebelum ahli sains abad ke-19 berjaya melakukan penemuan tentang proses hujan ini secara saintifik.

Al-Quran dengan jelasnya menerangkan bahawa hujan terjadi secara bertahap.Terdapat 3 tahap kejadian hujan seperti yang diterangkan di dalam ayat yang berikut.

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Tahap 1:
Dialah Allah Yang mengirimkan angin..." Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya yang terbentuk akibat proses pemeluwapan di muka bumi yang berair, menyebabkan partikel-partikel air yang ringan naik menuju ke langit. Partikel-partikel ini, yang kaya dengan kandungan garam, lalu dibawa oleh angin dan bergerak ke atas atmosfera. Partikel-partikel ini, yang juga disebut gas, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air".

Tahap 2:
“...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..."Awan-awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Saiz air hujan sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

Tahap 3:
"...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya..."Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu bercampur dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

...Berakhir sebuah penceritaan tentang pengilmiahan kisah hujan...

Bercerita tentang hujan masih belum tamat lagi. Hujan juga adalah simbol kepada sebuah kesedihan. Aduhai!!! andaikata kamu dapat mengerti...

Every second I lie awake,
I hurt from my simple mistakes.
The rain that falls is pure and cold,
Falling tears seem to make feel old,
These bitter tears resemble the icy rain,
Beautifully perfect,
But filled with pain.
Hot steam from the soul released into the air,
My empty heart in my chest is stripped bare.
Standing by the window I see the gray skies fall,
Feeling nothing inside,
Nothing at all.

Begitulah namanya kehidupan..kadang-kadang ia tidak perlu sebarang alasan untuk merasa gembira ataupun merasa sedih.