Mencari TERAGUNG (The Searching for Ultimate)

Mencari matlamat SEBENAR dalam hidup adalah merupakan perkara yang paling sukar di dalam kehidupan kita sebagai manusia yang penuh dengan bermacam-macam keinginan. Seringkali matlamat-matlamat sampingan meyebabkan kita semakin jauh ataupun lupa kepada matlamat sebenar.

Di dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis manusia, dan oleh kerana sifat unik ini menyebabkan adanya kepelbagaian dalam segala jenis hal. Keperlbagaian ataupun perbezaan ini sebenarnya merupakan hikmah yang boleh kita pelajari dalam bekal kita untuk mencari yang TERAGUNG di dalam kehidupan ini.

Persoalannya. Apakah TERAGUNG itu?

Ada diantara kita yang menyatakan bahawa TERAGUNG itu adalah
  • Tuhan (Bagi muslim ialah Allah)
  • ataupun Kebahagian dunia atau kebahagian akhirat ataupun kedua-duanya sekali.
  • ataupun sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan apa pun sebagai contohnya, kasih sayang, dsbnya.
  • ataupun sesuatu yang material sifatnya seperti rumah besar, kereta mewah dsbnya.
Apa pun yang dimaksudkan sebagai TERAGUNG itu tidaklah menjadi hal yang utama di dalam perbincangan saya pada kali ini, cumanya saya ingin memfokuskan pada satu perkara yang sangat indah di atas tulisan, sangat manis pada rasa dan perasaan, dan mempunyai definasi yang sangat universal tergantung pada pengertian dan pengalaman seseorang individu tersebut.

Perkara tersebut adalah CINTA.

Kenapa saya mengatakan bahawa ia mempunyai definasi yang sangat universal kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadapnya. Bagi diri saya setiap pandangan tersebut sangatlah benar dan betul pada persepsi masing-masing.

Saya ingin terus mengangkat CINTA pada tahap yang tertinggi sekali. Cinta yang sebenar-benarnya tulus dan tidak mengandungi nafsu ataupun prasangka. Cinta mutlak. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudahnya CINTA kepada Tuhan. Sebagaimana firman Allah.

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Al-Baqarah: 165)


Di dalam ayat diatas dengan jelas Allah telah mensyariatkan bahawa "Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta pada Allah". Disini sebenarnya Allah telah menjelaskan suatu hal yang sangat pasti.

Untuk kamu mencintai Allah hendaklah kamu beriman kepadanya terlebih dahulu. Ini merupakan suatu proses. Dan bagaimana pula untuk kita beriman kepada-Nya. Sila baca firman Allah yang berikutnya.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)

Disini pula Allah menjelaskan bahawa setiap yang beriman pasti akan di uji. Dan ujian-ujian tersebut pastinya datang dalam pelbagai bentuk dan bertahap-tahap. Semakin tinggi keimanan kita, maka semakin kuatlah bentuk ujian yang mendatang.

Apakah realiti kepada CINTA TERAGUNG ini. Kebenaran adalah pada kenyataannya. Sebenarnya dalam mencapai cinta teragung ini, kita mestilah melalui pelbagai proses-proses saringan (ujian-ujian) dalam mendapatkan sari pati atau pun ketulenan cinta tersebut. Cinta itu adalah fitrah manusia, dan ia telah lama ada pada dalam diri kita semenjak dari kelahiran kita ke muka bumi ini. Cumanya daki dunia ini telah menyebabkan ketulenan cinta itu semakin berkurangan sehingga dilitupi daki keduniaan yang semakin hari semakin menebal.

Kembalilah ke fitrahmu kerana di situ kamu akan menemui CINTA TERAGUNG a.k.a CINTA SEJATI.


CINTA TERAGUNG bukanlah sekadar perkataan, ia adalah sebuah perjalanan jauh dalam membentuk nurani kita menjadi sebuah jiwa yang bebas dari pelbagai belenggu jiwa. Ia adalah jalan menuju kepada ketenangan mutlak. Ia adalah jiwa yang mengenali zat penciptanya dalam erti kata yang sebenar. Apabila ia direalisasikan, ia akan melahir susuk keperibadian yang mencontohi keperibadian Muhammad s.a.w. Keperibadian fitrah, susuk Al-Quran.

Cinta bukan setakat tahu atau kenal, bahkan ia saling hubung menghubungi ataupun ingat-mengingati. Dan ia tidak pernah bertepuk sebelah tangan.

Salam.



P/S: Nota ini khusus buat saudariku yang berada di Tg Malim.

Cinta Buat Garbera 1-3-5 clr*

Gerbera,
Terima kasih diatas mekarmu,
Di taman kasih,
Dilimpahi budi cinta,
Walaupun ia seketika,

Andai engkau berbagi kasih,
Rela aku melihat dirimu dimahkotakan,
Di mahligai idaman,

Aku?
Usah dipedulikan,
Yang penting kuntuman mu berseri,

Akan aku terbang lebih jauh,
Sampai bertemu sangga lain,
Buat menenang diri,

Masa terus bergilir,
Menongkah deras yang terus berlalu,
Sampai kepastian,
Roh ini dijemput pulang,
Bersama harapan yang bersinar,

Kalau dapat aku katakan,
Aku...................... (kerana disaat ini aku telah tiada lagi)