Showing posts with label Pikir-Pikir. Show all posts
Showing posts with label Pikir-Pikir. Show all posts

Mencari TERAGUNG (The Searching for Ultimate)

Mencari matlamat SEBENAR dalam hidup adalah merupakan perkara yang paling sukar di dalam kehidupan kita sebagai manusia yang penuh dengan bermacam-macam keinginan. Seringkali matlamat-matlamat sampingan meyebabkan kita semakin jauh ataupun lupa kepada matlamat sebenar.

Di dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis manusia, dan oleh kerana sifat unik ini menyebabkan adanya kepelbagaian dalam segala jenis hal. Keperlbagaian ataupun perbezaan ini sebenarnya merupakan hikmah yang boleh kita pelajari dalam bekal kita untuk mencari yang TERAGUNG di dalam kehidupan ini.

Persoalannya. Apakah TERAGUNG itu?

Ada diantara kita yang menyatakan bahawa TERAGUNG itu adalah
  • Tuhan (Bagi muslim ialah Allah)
  • ataupun Kebahagian dunia atau kebahagian akhirat ataupun kedua-duanya sekali.
  • ataupun sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan apa pun sebagai contohnya, kasih sayang, dsbnya.
  • ataupun sesuatu yang material sifatnya seperti rumah besar, kereta mewah dsbnya.
Apa pun yang dimaksudkan sebagai TERAGUNG itu tidaklah menjadi hal yang utama di dalam perbincangan saya pada kali ini, cumanya saya ingin memfokuskan pada satu perkara yang sangat indah di atas tulisan, sangat manis pada rasa dan perasaan, dan mempunyai definasi yang sangat universal tergantung pada pengertian dan pengalaman seseorang individu tersebut.

Perkara tersebut adalah CINTA.

Kenapa saya mengatakan bahawa ia mempunyai definasi yang sangat universal kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadapnya. Bagi diri saya setiap pandangan tersebut sangatlah benar dan betul pada persepsi masing-masing.

Saya ingin terus mengangkat CINTA pada tahap yang tertinggi sekali. Cinta yang sebenar-benarnya tulus dan tidak mengandungi nafsu ataupun prasangka. Cinta mutlak. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudahnya CINTA kepada Tuhan. Sebagaimana firman Allah.

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Al-Baqarah: 165)


Di dalam ayat diatas dengan jelas Allah telah mensyariatkan bahawa "Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta pada Allah". Disini sebenarnya Allah telah menjelaskan suatu hal yang sangat pasti.

Untuk kamu mencintai Allah hendaklah kamu beriman kepadanya terlebih dahulu. Ini merupakan suatu proses. Dan bagaimana pula untuk kita beriman kepada-Nya. Sila baca firman Allah yang berikutnya.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)

Disini pula Allah menjelaskan bahawa setiap yang beriman pasti akan di uji. Dan ujian-ujian tersebut pastinya datang dalam pelbagai bentuk dan bertahap-tahap. Semakin tinggi keimanan kita, maka semakin kuatlah bentuk ujian yang mendatang.

Apakah realiti kepada CINTA TERAGUNG ini. Kebenaran adalah pada kenyataannya. Sebenarnya dalam mencapai cinta teragung ini, kita mestilah melalui pelbagai proses-proses saringan (ujian-ujian) dalam mendapatkan sari pati atau pun ketulenan cinta tersebut. Cinta itu adalah fitrah manusia, dan ia telah lama ada pada dalam diri kita semenjak dari kelahiran kita ke muka bumi ini. Cumanya daki dunia ini telah menyebabkan ketulenan cinta itu semakin berkurangan sehingga dilitupi daki keduniaan yang semakin hari semakin menebal.

Kembalilah ke fitrahmu kerana di situ kamu akan menemui CINTA TERAGUNG a.k.a CINTA SEJATI.


CINTA TERAGUNG bukanlah sekadar perkataan, ia adalah sebuah perjalanan jauh dalam membentuk nurani kita menjadi sebuah jiwa yang bebas dari pelbagai belenggu jiwa. Ia adalah jalan menuju kepada ketenangan mutlak. Ia adalah jiwa yang mengenali zat penciptanya dalam erti kata yang sebenar. Apabila ia direalisasikan, ia akan melahir susuk keperibadian yang mencontohi keperibadian Muhammad s.a.w. Keperibadian fitrah, susuk Al-Quran.

Cinta bukan setakat tahu atau kenal, bahkan ia saling hubung menghubungi ataupun ingat-mengingati. Dan ia tidak pernah bertepuk sebelah tangan.

Salam.



P/S: Nota ini khusus buat saudariku yang berada di Tg Malim.

Cinta Buat Garbera 1-3-5 clr*

Gerbera,
Terima kasih diatas mekarmu,
Di taman kasih,
Dilimpahi budi cinta,
Walaupun ia seketika,

Andai engkau berbagi kasih,
Rela aku melihat dirimu dimahkotakan,
Di mahligai idaman,

Aku?
Usah dipedulikan,
Yang penting kuntuman mu berseri,

Akan aku terbang lebih jauh,
Sampai bertemu sangga lain,
Buat menenang diri,

Masa terus bergilir,
Menongkah deras yang terus berlalu,
Sampai kepastian,
Roh ini dijemput pulang,
Bersama harapan yang bersinar,

Kalau dapat aku katakan,
Aku...................... (kerana disaat ini aku telah tiada lagi)

My Favorite Clip



I still remember during my college time. This clip have become the most favorite clip among me and my friends. It show not only the true meaning of love but the reciprocal indeed. This is love is all about. This feeling is not only about to give and/or to take but it's also sacrifices. For those who already watch this clip, maybe you can re-watch it again. Just to remind you and me that the true love make our world better.

Cheers,

Nukilan

Saya tidak tega melihat gadis itu menangis. Apabila ditanyai, mengapa sampai begitu sekali dia bersedih. Dia menjawab, "Hati saya hancur apabila kamu hanya mengatakan kita ini hanya sekadar teman biasa."

Saya memandang jauh ke dalam anak matanya sambil berkata, "Bukankah ini yang kamu mahukan? Bukankah kamu yang membuat keputusan tentang perkara ini?" balas saya semula.

"Kamu tahu tak? betapa saya sangat sedih melihat kamu berdiri disampingnya. Saya sepatutnya menyalahkan diri saya kerana jatuh cinta pada awak," gadis itu berkata sambil membiarkan air jernih mengalir dari kelopak matanya.

"Apakah itu bermaksud kamu masih menyintai saya?"

"Kamu memang kejam!" suara gadis itu sedikit meninggi. Selepas itu dia berlari meninggalkan saya dengan seribu satu persoalan.

Itu kali terakhir saya memandang wajahnya. Itu juga kali terakhir saya mendengar suaranya. Pemergiannya merobek sebuah kenangan dengan seribu satu kesedihan. Tiada lagi sendu dan tiada lagi air mata. Yang tinggal hanya parut dalam yang tidak pernah sembuh.

Nukilan,
Demi Masa
23 Ramadhan 1428


Dogma Kasih

Ini bukan sekadar sebuah dogma tentang kasih tetapi ia lebih kepada sebuah ekstrak dari sudut pandang insan picisan yang sering diketepikan dalam hal-hal yang berkaitan dengannya.


"Manusia tidak boleh hidup tanpa kasih sayang," kata seorang teman kepada saya. Saya termenung sejenak. Termenung memikirkan kata-kata tersebut. Ada kebenaran dalam ulas bicara teman itu.

Saya cuba untuk mendalami maksud ayat tersebut dengan satu persoalan remeh, "Kalau begitu dari mana datangnya perasaan kasih tersebut?" Nah, ada yang berkata kasih terbentuk di anak mata kemudian turun ke hati. Dan hati yang penuh dengan niat dan hasrat akan berbuat sesuai dengan apa yang di ingini. Apakah ini bermaksud kasih itu terletak pada apa yang dipandang oleh mata?

Saya teringat pesan orang dulu-dulu, "Kalau mencari isteri biar sakit dimata tetapi tidak sakit dihati." Penuh dengan pengertian. Tapi persoalan tadi masih tidak terjawab. Dimanakah letaknya perasaan kasih tersebut. Pertama, Kalau kita bersetuju untuk mengatakan bahawa perasaan kasih tersebut terletak pada pandangan mata, bagaimana pula dengan insan-insan yang tidak memiliki penglihatan, yang tidak pernah berpeluang untuk 'melihat' kasih dengan mata mereka sendiri. Kedua, jika kita juga bersetuju mengatakan bahawa kasih itu datangnya dari mata, makanya kita cuba untuk mengatakan juga bahawa kasih itu ada diluar dari diri kita. Dalam bahasa yang lebih mudah ialah pada apa yang dipandang. Maksudnya, oleh kerana mata itu berfungsi untuk melihat apa yang telah dijadikan di dunia ini makanya kita lebih senang untuk meletakkan andaian pada sesuatu perkara yang kita lihat. Dan dengan andaian-andaian yang ada akan lahirlah berbagai perasaan dan salah satu daripadanya adalah 'KASIH' itu sendiri.

Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan bahawa mata adalah penentu kepada perasaan-perasaan tersebut. Sekali lagi ia bermula dengan pandangan mata dan seterusnya lahirlah perasaan yang diperkatakan tadi.

Ramai diantara kita pula mungkin bersetuju bila mengatakan bahawa kasih itu letaknya dihati. Jika anda bersetuju dengan fakta ini, anda mungkin tidak akan bersetuju dengan apa yang saya fikirkan ini pula.

Kalau kita mengatakan bahawa pada hati letaknya perasaan kasih. Jadi kenapa kita perlu meminta-meminta dan menagih kasih yang ada pada orang lain. Apa tidak cukupkah kasih yang memang telah ada bersama kita. Kenapa perlu menjadi pengemis kasih sedangkan yang ada di hati kita dibiarkan tanpa dibajai dengan kebaikan sehingga ia sirna menjadi titik hitam yang menjadi noda yang mencacatkan.

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa kalau begitu kenapa Allah menjadikan sesuatu itu berpasang-pasangan. Bukankah tujuan sesuatu itu dijadikan berpasang-pasangan melainkan untuk berkasih-sayang sesama mereka.

Kalau itu yang anda maksudkan, ternyata anda sudah terlalu ke depan dalam hal berkasih-sayang kerana kenyataan itu sesuai bagi mereka yang sudah berpasangan secara syarie. Tetapi bagi mereka-mereka yang masih bujang, bagaimana ya?

Hujan


Memerhati hujan yang sedang turun dengan lebatnya dari tingkat sepuluh bangunan ini memberi satu pemandangan yang cukup sarat dengan pengertian. Dari kejauhan kelihatan manusia-manusia yang sedang berpayung, ada yang sedang berlari-lari anak dan ada pula yang kelihatan begitu selamba merempuh hujan tanpa menghiraukan kebasahan sekeliling.

Dimana-mana manusia begitu sibuk bercerita tentang hujan. Ada yang tertawa apabila melihat ada rakannya yang kuyup kebasahan. Ada yang mengeluh kerana begitu banyak urusan yang tertunda akibat dari hujan dan tak kurang juga ada yang tak menyedari bahawa hujan sedang turun dengan lebatnya sehingga kadang-kala ia menenggelamkan jalan raya sehingga ke paras dua kaki.

Apa pun hujan tetap juga turun walaupun peramal cuaca meramalkan bahawa pada hari tersebut adalah cerah.

Hujan oh Hujan.

Saya terbaca satu fakta yang sangat menarik tentang hujan. Betapa sains pada kurun ke-19 ada menjelaskan tentang kejadian hujan ini. Semua orang pasti tahu bagaimana hujan terjadi. Bermula dengan pemeluwapan air dari muka bumi yang tersejat sehingga terbentuknya awan. Proses pemeluwapan yang terjadi menyebabkan awan semakin sarat dengan kandungan air. Apabila awan tersebut semakin berat maka udara yang sarat dengan air tadi akan turun ke bumi. Begitu mudah bukan prosesnya?

Jadi apa yang menariknya tentang proses ini? Yang menariknya Al-Quran yang telah di turunkan 1428 tahun dahulu telah menerangkan proses ini sebelum ahli sains abad ke-19 berjaya melakukan penemuan tentang proses hujan ini secara saintifik.

Al-Quran dengan jelasnya menerangkan bahawa hujan terjadi secara bertahap.Terdapat 3 tahap kejadian hujan seperti yang diterangkan di dalam ayat yang berikut.

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Tahap 1:
Dialah Allah Yang mengirimkan angin..." Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya yang terbentuk akibat proses pemeluwapan di muka bumi yang berair, menyebabkan partikel-partikel air yang ringan naik menuju ke langit. Partikel-partikel ini, yang kaya dengan kandungan garam, lalu dibawa oleh angin dan bergerak ke atas atmosfera. Partikel-partikel ini, yang juga disebut gas, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air".

Tahap 2:
“...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..."Awan-awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Saiz air hujan sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

Tahap 3:
"...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya..."Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu bercampur dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

...Berakhir sebuah penceritaan tentang pengilmiahan kisah hujan...

Bercerita tentang hujan masih belum tamat lagi. Hujan juga adalah simbol kepada sebuah kesedihan. Aduhai!!! andaikata kamu dapat mengerti...

Every second I lie awake,
I hurt from my simple mistakes.
The rain that falls is pure and cold,
Falling tears seem to make feel old,
These bitter tears resemble the icy rain,
Beautifully perfect,
But filled with pain.
Hot steam from the soul released into the air,
My empty heart in my chest is stripped bare.
Standing by the window I see the gray skies fall,
Feeling nothing inside,
Nothing at all.

Begitulah namanya kehidupan..kadang-kadang ia tidak perlu sebarang alasan untuk merasa gembira ataupun merasa sedih.

Belajar-belajar memerhati

Pernah suatu ketika seorang teman bertanya tentang perbuatan saya yang sangat senang memandang manusia ramai terutamanya dikawasan-kawasan tumpuan seperti di pusat membeli belah, pasar-pasar dan sebagainya. Lantas saya menjawab, "Saya cuba-cuba untuk memandang setiap wajah manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana ternyata begitulah Allah memandang kepada wajah hamba-hambanya."

Cuba pula kamu-kamu semua memandang kepada wajah di bawah ini dengan pandangan yang saya maksudkan tadi.

Bagaimana?


Photo dari REUTERS/Juan Carlos Ulate. Sila lihat Reuter Photos bahagian "Living in Poverty"


Terpilu...

Pemuda itu berdiri memandang ke pelabuhan itu. Sayup melihat ombak yang menggulung menghempas pantai. Desir angin membawa bersama sebuah kenangan. Sebuah cerita yang mungkin tidak ada sesiapa pun yang mungkin akan mempercayainya.

Andai batin itu boleh menjerit. Beginilah bunyi esak tangisan pemuda itu.

"Wahai dunia!!! Lihatlah seorang manusia yang sudah tidak mempercayai apa yang menjadi pegangan hidupnya selama ini."

Sang rama-rama yang berterbangan hinggap di hujung ranting sambil membisikkan lagu pilu. Sang burung pula sibuk menceritakan kisah manusia itu, "Dia menerima pesanan dari seorang manusia yang paling disayanginya," bicara si burung jantan kepada si burung betina.

Waktu bagaikan pegun untuk seketika, cebisan nota-nota yang bertaburan itu seperti bercantum semula, warna dakwat yang telah pudar bagaikan seperti dakwat yang baru di tulis semula.

"Awak, saya minta maaf banyak-banyak. Awak, jangan tunggu saya lagi boleh tak? Banyak lagi bunga lain yang perlukan perhatian dan cinta awak. Saya tidak perlukan semua itu. Maafkan saya."

Pemuda itu melangkah longlai. Di dadanya penuh dengan tangisan kepiluan. Dia sudah mulai untuk tidak mempercayai wujudnya "cinta" dari dalam hati makhluk yang bernama manusia.

Pemuda itu berpaling pada pelabuhan. "Itulah pelabuhan cintaku, kini ia akan meninggalkan aku bersama si rama-rama yang masih melagukan lagu pilu dan burung-burung yang saling pandang-memandang."

Langkah terasa memberat, air matanya mulai bergenang, sendunya kian bergema.

Dunia yang berwarna-warni bertukar suram.

P/S: Nukilan sebuah kenangan.

Takdir ini pasti...

Tak semudah yang dilafazkan. Tak seperti yang difikirkan. Inilah lumrah kehidupan. Pada saat anda membaca isen ini ada manusia yang dilahirkan ke dunia ini dan ada juga yang telah di dijemput oleh Rob yang tertinggi untuk kembali ke pangkuan-Nya.

Pagi ini saya membaca artikel berita tentang kemalangan yang meragut hampir 19 nyawa dan mengakibatkan juga 8 orang berada di dalam keadaan parah. Kemalangan bas di susur jalan raya Bukit Gantang membuka mata kita untuk merenung kembali betapa kejadian sekelip mata ini boleh mengubah segala-galanya.

Bercerita tentang hidup, mati, kehidupan dan juga kematian ini adalah perkara yang sangat janggal dan sering di elakkan di dalam perbualan harian. Kenapa? Mungkin sebab ia sangat tidak selesa jika perkara-perkara seperti ini dikaitkan kepada kita.

Kurangnya persedian untuk menghadapi perkara-perkara ini menyebabkan kita menjadi fobia untuk berhadapan dengan kenyataan ini. Kenapa harus begini? Inilah 'Wahan' satu penyakit yang telah melanda hati-hati manusia tanpa kita sedari.

Sekali lagi, inilah takdir. Benda yang paling kita takuti itulah yang paling dekat sekali dengan kita sebenarnya. Seperti bayang-bayang. Semakin kita cuba menjauhkan diri darinya semakin dekat ia mendekati.

Mungkin bersikap 'melarikan diri' tidak akan mengubah ketakutan yang ada pada kita. Mungkin kita kena belajar-belajar untuk berhadapan dengan kenyataan hidup yang pasti ini.

P/S: Saya sedang berkira-kira untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk ini. Mungkin sunyi adalah guru yang terbaik untuk kita belajar erti ketenangan.

Surga-Mu

Langit semakin gelap. Menandakan tirai malam semakin berlabuh.

Sendirian.

Saat ini perkataan itu sudah semakin tenggelam bersama keriuhan deru enjin kenderaan yang bersimpang siur yang seolah-olah tidak pernah mengerti akan maksud rehat.

Ibukota ini semakin hidup dengan kehadiran malam. Sekumpulan manusia kelihatan sedang menanti bas yang akan menghantar mereka pulang ke rumah.

Pulang?

Aku ingin pulang seperti mereka. Tapi aku ada hal yang ingin aku selesaikan.

Beg dibuka, ipod diambil dan di 'on'kan. Bait-bait perkataan bersama melodi merdu sangat lunak kedengaran. Aku tenggelam dalam irama tersebut.


Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Reff :
Allahu Akbar

Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu
Hanyalah padaMu Tempatku berteduh

Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Back To Reff :

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu
Hanyalah kepadaMu

Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Allahu Akbar

Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu

Langkah ini kuteruskan, bersama seribu satu rasa yang amat sukar untuk dimengertikan. Inilah jalanku. Inilah hidupku.

"Duhai Rob! Izinkan aku mencintai-Mu"

Langit semakin pekat. Aku melihat ada sinar dihujung jalan dan aku pun tersenyum...

Memandang "cantik" dari luar kotak

Seorang teman bertanya tentang kecantikan. Sebenarnya saya lebih senang melihat kecantikan itu dari sudut sifat universalnya. Kecantikan ada dimana-mana. Ia ada pada pemandangan yang indah ketika kita berdiri di tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Kecantikan juga boleh di dapati dari embun yang menitis ketika dini hari. Atau kita boleh dapati dari warna-warni kehidupan yang berada disekeliling kita.

Tapi bila kita meletakkan kecantikan pada manusia, secara umumnya kita boleh mengatakan bahawa kecantikan itu ada pada 3 perkara.

1. Kecantikan pada paras rupa
2. Kecantikan budi bahasa, sikap dan perangai
3. Kecantikan jiwa (bermaksud kecantikan iman)

Kecantikan bagi setiap orang berbeza. Berbeza dari segi definasi, pemahaman, pengertian dan juga pandangan. Kerana itu juga saya lebih senang untuk mengambil sikap pertengahan iaitu bersikap tidak terlalu 'extreme' dan pada masa yang sama bersikap tidak terlalu lewa pada perkara ini.

Saya teringat pada satu pantun klasik:-

Kayu cendana di atas batu,
Sudah diikat dibawa pulang,
Adat di dunia memang begitu,
Benda buruk tidak dipandang.

Menjawab pertanyaan pada yang bertanya, kalau diberi pilihan secara jujurnya saya sendiri kalau dalam membuat pilihan pastinya saya akan memilih sesuatu yang cantik tak kiralah dalam hal memilih pakaian untuk dibeli, dalam memilih warna untuk dicat pada dinding rumah ataupun dalam memilih seorang gadis untuk dijadikan teman dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Adakah ini adil?
Jawapan saya ialah ia sangat bergantung bagaimana kita memahami maksud "cantik" itu sendiri. Dalam dunia ini ada banyak jenis manusia. Ada jenis manusia yang melihat kecantikan itu hanya pada faktor luaran dan ada juga yang hanya melihat pada faktor dalaman. Dan ada si gila yang berfantasi segala-galanya yang ada di dunia ini cantik-cantik belaka. Seperti yang sering terjadi di dalam utopia.

Kegilaan apakah ini? Bila memandang semuanya cantik-cantik. Tapi kita kena ingat "Life is about spectrum". Memang tuhan jadikan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan. Ada lelaki ada perempuan. Ada baik dan ada juga jahat. Ada cantik dan ada tak cantik.

Maksud saya disini, sekali lagi ia sangat bergantung dari sudut mana kita memandang. Dan dari sudut mana kita menilai setiap sesuatu yang berupa dan berbentuk itu.

Mungkin, atas alasan ianya adalah kejadian tuhan makanya setiap sesuatu itu sangat indah penciptaan-Nya. Mungkin ini apa yang difikirkan oleh manusia yang sering berfantasi sebegini tentang kehidupan.

Aduh!!! Kadang-kadang tak semestinya setiap sesuatu yang bersifat "fantasi" itu khayal dalam angan-angannya.

hee hee hee

Suasana pejabat agak meriah dengan kehadiran 2 kuntum bunga. Asalnya kami ada 3 kuntum, 2 kuntum membawa diri, tinggal sekuntum. Jadi kuntum sekarang berjumlah 3 kuntum.

Semalam bos sedang menyusun kedudukan tempat duduk untuk pejabat baru kami yang terletak di tingkat yang berlainan dari yang sekarang.

Woow!! Kumbang hensem yang seekor ini seperti mendapat loteri kerana di pejabat baru nanti dia akan diapit oleh 2 kuntum bunga ini.

Sekarang si kumbang mula merancang pelan nakal.

"Hee hee hee ermmmmmmmmmm......."


Untuk Reena

...Reena, Hamadi, Yud, Topan...

Entah kenapa cerita ni buat saya cukup merasa sebak. Saya teringat pada suatu dialog,

"Hendaklah kamu percaya pada kuasa kasih sayang, kerana ia bisa menembusi batu yang paling keras sekali."

Entah bila karyawan Malaysia boleh buat kisah sebegini...

Petang itu...

Saya menumpangi seorang teman sepejabat dalam perjalanan menuju ke Central Market petang Jumaat yang lepas. Seperti biasa kesesakan jalan raya menyebabkan perjalanan yang dekat jaraknya terasa begitu jauh sekali. Sepanjang perjalanan saya dan teman sibuk bercerita tentang situasi semasa senario politik di syarikat kami. Pelbagai luahan yang begitu membahang hati dan perasaan seperti hawa panas yang terbit dari sebuah ketuhar gelombang mikro. Kalau disentuh tangan melecur, walaupun tak sentuh masih terasa sedikit sebanyak bahang panasnya.

Tiba-tiba perhatian saya tertumpu pada kelibat seseorang yang sangat saya kenali. Dia baru sahaja turun dari sebuah bas sambil menjinjit sesuatu ditangan kanannya.

Kalau tadinya kami agak sibuk bercerita tentang nasib yang tidak begitu berpihak kepada kami. Kehadiran dia yang sangat saya kenali itu menyebabkan isu tersebut tenggelam secara tiba-tiba.

"Lihat! itulah ibu yang bekerja sebagai tukang cuci di pejabat kita", sambil teman saya menunjunkkan jari telunjuknya ke arah ibu tersebut.

Tiba-tiba perasaan menjadi begitu sayu sekali.

Betapa bila terkenangkan seorang ibu yang berkerja mencuci tandas dan lantai di pejabat kami. Sangat tabah. Tidak pernah mengeluh dengan takdir yang dihadapinya. Kesusahan menyebabkan bibirnya tak lekang dari seulas senyuman. Seperti menyembunyikan keperitan hidup yang dialaminya selama ini.

Saya teringat setiap pagi saya akan masuk ketandas ketika ibu tersebut sedang sibuk mencuci tandas lelaki di tempat saya. Kesempatan itu saya ambil untuk bertanya khabar tentang dirinya dan juga keluarganya. Dari apa yang di ceritanya, saya cuba untuk mengenali kehidupan peribadi ibu ini dengan lebih mendalam. Dan kesimpulan yang boleh saya buat ialah ibu ini cukup tegar mengharungi hidupnya.

Ternyata jika dibanding-bandingkan, kadang-kadang kita tidak begitu menyedari bahawa takdir hidup kita adalah jauh lebih baik dari orang lain. Kita terlalu banyak mengeluh dan kurang sekali bersyukur. Mungkin ini waktunya untuk kita berubah. Berubah menjadi manusia yang lebih mengerti penderitaan orang lain, tahu bersyukur, redha dengan takdir yang berlaku kerana ini semua akan menjadikan jiwa kita seteguh jiwa seorang ibu yang takdirnya telah ditentukan Allah untuk berkerja hanya sebagai seorang tukang cuci tandas yang mungkin tidak pernah dipandang mulia oleh orang lain.

sesak oh sesak

Sesak bersama haru biru kehidupan
Mencari sejalur cahaya buat penongkat diri

Terkesima dalam kesedaran waktu
Kenangan lama tergarit semula

Bersama perca teka-teki
Yang tidak pernah ada penghujungnya..

Rindu yang terpinggir

Seperti semalam yang telah berlalu.Hari ini langit mendung minggir bersama cerah yang sudah tidak begitu cerah lagi. Sepasang kaki melangkah bersama satu rasa dan perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Cebisan kenangan seperti merungkai-rungkai tangkai hati. Supaya ia tidak luput dan kekal bersama rasa rindu yang semakin pudar.

Alasan wajar dia menyukai kamu

Disuatu ketika bertanya sang bintang pada seorang pemuda yang terduduk kaku menatap nebula malam.

"Adakah kamu menyukai gadis tersebut?" tanya sang bintang.

"Iya, bahkan seluruh jiwa dan raga akan kuserahkan dalam kewajaran cinta ini," jawap pemuda tersebut sambil matanya memandang terus ke dada langit.

"Tapi kenapa dia? Dia tidak memiliki kecantikan gadis-gadis yang sebelumnya," tanya sang bintang lagi.

"Dia memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh si cantik seperti mereka itu," jawab pemuda itu lagi.

"Tapi seperti apa?" sang bintang tidak berpuas hati.

"Dia memiliki hati yang sangat merendah diri dan akal yang sangat sempurna, kerana itu aku rasa aku menyukainya," jawab pemuda tersebut tanpa mempedulikan sang bintang.

"Sudahkah kau menyatakan maksud hati kau padanya," tanya sang bintang ingin tahu lagi.

"Sudah!" jawab pemuda tersebut.

"Bagaimana reaksinya?" sambung sang bintang.

"Dia diam sambil melirikkan senyumnya."

Surat Terbuka Untuk Kawan

Kepada Kawan,


Ketika awak bertanya tentang hati dan material, sebenarnya saya teringat satu pesanan Allah di dalam Al-Quran

Yang bermaksud,
[Al-Anfaal:63] Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Awak, izinkan saya berkongsi sedikit pandangan disini. Ternyata dalam mencari solusi kepada segala permasalahan pokok. Tidak kira betapa kecil atau besarnya permasalahan tersebut ternyata kita harus kembali semula kepada ketentuan iradat Allah swt. Ujian yang begitu berat sepatutnya mendekatkan lagi diri kita kepada Nya bahkan sepatutnya menguatkan lagi keyakinan dan kesabaran kita.

Awak, dalam mencari solusi kepada masalah hubungan. Sama ada hubungan sesama manusia, hubungan kepada makhluk ataupun hubungan kepada Allah sendiri. Ternyata kita tidak boleh lari dari persoalan hati. Kalau berdasarkan ayat di atas, ternyata harta benda yang sememangnya berbentuk material tidak mampu mengikat hati manusia. Yang hanya boleh mengikat hati-hati tersebut hanyalah Allah sahaja. Tapi awak jangan lupa, yang dikatakan material disini bukan sahaja terhad kepada harta, bahkan sesuatu yang bersifat realiti juga boleh dikatakan sebagai material. Contoh seperti kecantikan, kekuasaan dan sebagainya.

Awak, kisah hidup kita masing-masing sangat unik. Kerana itu masalah yang dihadapi oleh kita masing-masing adalah sangat berbeza walaupun secara dasarnya ia nampak sama. Tapi itu bukan bererti Allah itu tidak adil. Itulah tanda kebesaran Allah. Dan ujian yang diberikan Allah adalah bertujuan untuk mensucikan hati kita dan mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu. Adilkan. Tuhan uji kita kemudian jika kita sabar dan tabah dalam menempuh ujian tersebut ternyata Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan.

Awak, sebelum saya mengakhiri entri ini. Ingin sekali saya menceritakan satu kisah kepada awak. Semoga kita semua boleh belajar sesuatu daripada kisah ini.

Kisah berkisar tentang seorang pemuda yang menghadapi permasalahan hidup yang sangat besar. Sehingga hampir-hampir hilang panduan hidup. Satu hari dia menziarahi kakaknya yang tinggal di kawasan pendalaman. Dia mengadu perihal nasib yang dialaminya ketika berada di rantau orang. Segala permasalahan diluahkan kepada kakaknya yang sangat menyanyangi adiknya itu. Setelah selesai si adik meluahkan perasaannya kepada kakaknya tadi, si kakak bangun dan terus ke dapur. Si kakak kembali dari dapur dengan membawa segelas air dan beberapa genggam garam. Lantas si kakak mengajak si adik keluar ke halaman rumah.

Di halaman rumah terbentang sebuah kolam kecil yang terbentuk daripada anak-anak sungai yang mengairi kawasan pendalaman itu. Airnya sangat tenang, jernih dan bebas dari sebarang bentuk pencemaran. Kelihatan juga anak-anak ikan berenang-renang bebas di dasar kolam tersebut.

Lantas si kakak berkata, “Adik! segelas air ini ku campurkan dengan segenggam garam. Nah ambil ini dan cuba kau minum. Bagaimana?”

Jawab si adik, “Kakak, air ini terasa sangat masin sekali.”

Si kakak menjawab, “Adikku! sekarang kau cuba ini pula,” lantas si kakak mencampakkan semua baki garam yang berada di tangan ke dalam kolam yang terbentang di hadapan matanya.

Si kakak, “Adik! cuba kau ambil air kolam ini dan cuba rasa. ”

Si adik pun mengambil air dari kolam tersebut dan meminumnya. Apa yang dirasakan adalah tawar semata-mata.

Lantas si kakak berkata, “Adikku! itulah perumpamaan dalam hidup kita. Gelas dan kolam adalah perumpamaan bagi jiwa kita, manakala garam adalah perumpaan bagi masalah yang dihadapi. Cuba adik bayangkan, jiwa yang kerdil adalah ibarat gelas kecil tadi, sedikit garam pun yang kita letak akan terasa masinnya. Begituah jiwa kita, bagi jiwa yang kerdil akan terasa berat walaupun masalah yang dihadapi adalah masalah kecil. Tapi bagi jiwa yang besar perumpamaannya adalah seperti kolam tadi. Sebanyak mana pun garam yang ditaburkan, airnya tetap tawar. Sebesar mana pun masalahnya, jiwanya tetap tabah dan tenang menerimanya.”

Si kakak meneruskan bicaranya, “Adikku, dari itu hendaklah engkau memperbesarkan jiwamu, dengan cara apa kau harus memperbesarkan jiwamu?” kakak bertanya.

Lantas si kakak menjawab balik pertanyaan yang dikemukannya tadi, “Perbanyakkan solat dan mengingati Allah, berishtifar, bersyukur sebanyak-banyaknya, bersilaturahim, memaafkan kesilapan orang, bersedekah dan membuat kebajikan yang banyak. Insya Allah hati kau akan lapang, bahkah selapang-lapangnya”.

Salam,
Penyair Tarbus Merah

Ratu Ayu Lawan Bidadari 2

Waktu & Perjuangan
Roda waktu berputar pantas, tanpa meninggalkan sedikit kesempatan pun untuk kita berbuat sebanyak mungkin perkara-perkara yang paling kita sukai. Seolah-olah bersaing dengan waktu adalah cabaran yang paling getir bagi kita. Tersalah langkah, alamatnya kita terpaksa mengulang semula apa yang telah kita mulakan. Ataupun jika kita berputus asa bererti kita telah tewas sebelum kita turun ke medan juang.

Memilih & Jalan Tengah
Antara terlalu berani dan takut dalam memilih jalan kehidupan. Takut jika apa yang kita pilih tidak bersesuaian dengan kehendak kita. Terlalu berani pula menyebabkan kita hilang kewarasan. Mungkin jalan tengah adalah yang terbaik.

Ruang-Ruang & Kosong
Meneruskan kehidupan dengan hati yang kosong pula seumpama sebuah kapal yang tidak berlayar. Hanyut dibawa arus. Mungkin sudah tiba masanya bagi kita yang sedang kekosongan mengisi ruang-ruang yang ada dengan apa yang memang telah diciptakan oleh Allah untuk kita.

Utara & Selatan
Lumrah kehidupan adalah saling tarik-menarik dan tolak-menolak. Seperti medan magnet utara dan medan magnet selatan. Apabila dua kutub yang sama didekatkan ia akan saling tarik menarik dan begitu jugalah sebaliknya.

Kebaikan & Kejahatan
Jika diberi pilihan antara Ratu Ayu dan Bidadari 2. Saya akan lebih senang dengan bidadari 2. Mungkin kerana memang lumrahnya manusia saling menarik kebaikan dan menolak kejahatan. Jadi tidak salah jika saya katakan bahawa hati kita itu sebenarnya adalah sebuah magnet berdaging. Jika hati baik, ia akan menarik kebaikan masuk kedalamnya. Dan dalam masa yang sama akan menolak sebarang bentuk kejahatan. Begitu jugalah sebaliknya.

Cinta & Benci
Ungkapan rasa hati dalam bentuk yang boleh dimelodikan. Kenapa perlu ada benci, kerana rasa benci menyatakan rasa kecintaan. Dan kenapa pula ada rasa cinta, kerana untuk menyatakan bahawa manusia boleh memilih sama ada untuk terus merasa cinta atau meletakkan rasa benci didalam dadanya.

Penat sungguh saya berfalsafah. Tapi hati tetap hati. Kalau ia sedih, rasa itu akan diluahkan dalam bentuk air mata. Mungkin inilah deklarasi hati saya, ungkapan tanpa nada dan melodi indah.

Lelah,
Menari-nari,
Dipentas bangsawan jalur pelangi,
Mencari rentak irama terindah,
Di pasuan pilihan,

Kosong,
Bingar hentak yang sunyi,
Lantai yang berkriot,
Bergegar dalam bertaut,

Argh!!! Persetan, aku masih punyai kaki dan tangan lagi,
Aku juga masih ada hati,
Aku masih hidup lagi,
Sapa kata aku dah mati.

Salam

Apa-apalah...

"Awak! I love you," teruna.

"Awak! sebenarnya saya tidak pernah melafazkan kata keramat cinta pada seorang lelaki. I love you too," gadis menjawab.

Ungkapan di atas biasa di dengari di dalam lafaz skrip cerita-cerita cinta yang sering di ulang tayang di kaca TV. Apakah realiti kepada ungkapan cinta ini?

Kadang-kadang bila saya merenung kembali jalan kehidupan saya yang sudah-sudah, sedikit sebanyak terasa agak tersentuh hati ini. Tersentuh bilamana memikirkan, bilakah akan datang seorang bidadari yang akan mengucapkan dialog keramat tersebut kepada saya. Yang juga bererti sudah sampai masanya saya menamatkan zaman bujang yang serba sunyi ini. Sunyi kerana sepanjang malam saya akan menaip entri blog tanpa ditemani oleh sesiapa. Sunyi kerana tiada sesiapa yang boleh menemani saya membancuh secawan kopi panas untuk menghangatkan kedinginan malam.

Mungkin ini realitinya. Bercerita tentang realiti sebenarnya kita mempunyai dua pilihan. Pertama untuk mempercayai bahawa apa yang dipaparkan di kaca TV tidaklah seindah yang berlaku di dalam kehidupan harian kita. Kedua, percaya dengan segala yang dimomokkan oleh siaran-siaran tersebut dan berharap agar berlaku suatu keajaiban dimana apa yang kita rasakan seronok itu akan terjadi di dalam kehidupan kita sendiri. Mungkin kah? Sekali lagi pilihan di tangan kita.

Bercerita tentang cinta amat memenatkan, sebab terlalu banyak pandangan. Pandangan dari pelbagai perspektif. Ada yang objektif dan ada juga yang subjektif dan kebanyakkannya disandarkan dari pengalaman hidup masing-masing. Jadi apa piawai kepada maksud cinta itu sendiri? Maksud piawai disini apakah 'standard' ataupun makna cinta yang dapat diterima pakai oleh seluruh alam ini. Dalam erti kata lain, apakah asas dalam mendefinasi semula makna cinta dalam pengertian mutlak.

Mungkin ini terlalu berat untuk semua.

Arggh!!! mungkin kita kena lakukan sesuatu yang lebih mudah seperti lepak-lepak sambil menonton cerita cinta. Ini bukan kerja kita tapi ini kerja pakar bahasa.


Nanti dulu, topik cinta masih belum habis. Ada sedikit lagi yang perlu diperkatakan. Masih ingatkah kamu terhadap kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang ini. Apakah puncanya. Puncanya, si gadis amat mencintai si lelaki sehingga sanggup menyerahkan kehormatan mereka kepadanya. Dan akhirnya wanita-wanita ini mengandung.

Eh nanti dulu. Ada satu lagi. Kes penceraian yang begitu berleluasa sekarang ini. Kenapa berlaku penceraian. Alasan sebab sudah tidak ada persefahaman. Kenapa tidak ada persefahaman, sebab sudah tidak ada cinta.

Ini sahaja kah? oh tidak, ada banyak lagi, keruntuhan institusi kekeluargaan contohnya. Apakah puncanya? Sebab si suami atau si isteri yang terlalu sibuk dan cintakan kerja mereka berbanding dengan menjaga dan memelihara kerukunan rumah tangga mereka sendiri.

Inikah makna cinta pada dunia ini?

Sedangkan secara logiknya cinta tidak akan mendatangkan kemudaratan kerana ia adalah belai halus yang hanya dapat dirasakan didalam jiwa dan perasaan kita sendiri. Ia suci dan ia juga murni. Cinta tak mungkin hilang kerana ia bukanlah sesuatu yang material yang boleh dicuri-curi. Ia adalah perasaan, ia ada di dalam hati kita.

Ternyata kita masih mencari-cari definasi hakiki kepada ungkapan cinta ini. Memandang dunia dari sudut spektrum cinta sejati amat berbeza jika dibandingkan melihat dunia ini dengan pandangan hawa nafsu semata-mata. Seperti orang bercinta yang tidak pernah merasa bosan apabila memandang wajah kekasihnya. Mungkin begitulah perasaannya apabila melihat kehidupan ini dengan pandangan cinta sejati. Alangkah bahagianya dunia ini, wujud persefahaman, tidak ada buruk sangka dan hasad dengki, tidak ada peperangan yang ada hanyalah sebuah tafsiran kepada sebuah ungkapan cinta iaitu BAHAGIA.

Ermm...mungkin cinta ini bukan lagi khusus untuk seseorang.

Eh! saya mahu menyambung menonton semula cerita cinta kegemaran saya. Jumpa lagi.