Tangisan Jiwa Merdeka

Saya sebenarnya ingin berkongsi maksud dengan tuan-tuan. Dari sebuah coretan kehidupan benar yang dimelodikan dengan begitu indah sekali.

Nasihat Pengemis Untuk Istri Dan Doa Untuk Hari Esok Mereka, oleh Ebiet G. Ade

Istriku,
Marilah kita tidur
Hari telah larut malam
Lagi sehari kita lewati
Meskipun nasib semakin tak pasti
Lihat, anak kita tertidur menahankan lapar
Erat memeluk bantal dingin
Pinggiran jalan
Wajahnya kurus, pucat
Matanya dalam

Istriku, marilah kita berdoa
Sementara biarkan lapar terlupa
Seperti yang pernah ibu ajarkan
Tuhan bagi siapa saja
Meskipun kita pengemis pinggiran jalan
Doa kita pun pasti dia dengarkan
Bila kita pasrah diri, tawakkal

Esok hari perjalanan kita
Masih sangatlah panjang
Mari tidurlah, lupakan sejenak
Beban derita, lepaskan
La la la la la la la dengarkanlah nyanyi
La la la la la la la dari seberang jalan
La la la la la la la usah kau tangisi
La la la la la la la nasib kita hari ini

Tuhan, selamatkanlah istri dan anakku
Hindarkanlah hati mereka
Dari iri dan dengki
Kepada yang berkuasa dan kenyang
Di tengah kelaparan
Oh! hindarkanlah mereka dari iri dan dengki
Kuatkanlah jiwa mereka
Bimbinglah di jalanMu.
Bimbinglah di jalanMu.

Tuan-tuan yang saya cintai, lihatlah kehidupan kita ini. Betapa hanya jiwa yang merdeka sahaja yang masih boleh melihat akan kewujudan Tuhan didalam kehidupan ini.

Tuan Putera Katak dan Puteri Rupawan

Sedikit huru hara terjadi pagi tadi. Nilai matawang malaysia semakin melemah akibat dari peningkatan nilai dolar. Pasaran saham malaysia menjunam sehingga paras 910 akibat dari kejatuhan nilai pasaran serantau. Harga di pasaran bon konvensional pula melantun tinggi akibat kejatuhan kadar nilai tukaran (Interest Rate SWAP).

Kesibukan ini tidak menghalang saya untuk bertukar-tukar info tentang apa yang berlaku di pasaran kewangan Malaysia.

Tiba-tiba Reuters Messenger saya berkelip-kelip menandakan ada mesej baru yang telah diterima. Emoticon berbentuk sekotak hadiah yang berbalut dan siap direben.

Berikut adalah perbualan yang terjadi antara saya dan pengirim mesej tersebut;

Saya: apa dalam tu?
Saya: katak ke?
Dia: seekor katak puru
Saya: yang mulutnya terkumat kamit membaca jampi kasih
Saya: semoga bertemu puteri jelita
Dia: ye amin
Saya: yang memakai gaun putih dan kasut tinggi
Saya: hahaha
Saya: itu syair katak namanyer..
Dia: syair la sgt
Dia: jgn heavy2...kepala i sakit ni
Saya: aik!!! cita katak pun heavy?
Saya: heheh
Saya: siannyer dia
Dia: kalo dh syair2 tu kire heavy tu
Saya: baik tuan puteri...
Saya: nanti saya suruh katak tu senyap yer
Saya: alamak...katak tu marah lah....
Dia: apesal plak?
Saya: dia kata suka ati dia lah nak cakp ape, itu hak asasi dia....
Saya: ishhh...garang sungguh..
Dia: ohhh
Dia: garang tu
Saya: takpe, i dah sekeh dah katak tu..
Saya: dia terus senyap
Dia: heehh...sakit kepala die
Saya: takpe...biar dia tahu sopan santun seket
Dia: alaaa...katak..ape die tau
Saya: ehh....u tak tahu..
Saya: katak ni banyak pandai dia tau.
Saya: tapi tak ramai yang tahu kepandaian dia..
Saya: nampak aje hodoh tu...tapi bijak sebenarnya
Saya: kebijakan tanpa sopan santun sebenarnya adalah kebodohan yang jelas.

--Perbualan Tamat--

Nota: Nak tahu kepandaian si katak? Sila lawati http://allaboutfrogs.org

Learning English (The Collective Nouns)
A group of fish is called a School of Fish.
A group of geese is called a Gaggle of Geese.
A group of sea gulls is called a Flock of Sea gulls.
A bunch of cows and bulls is called a Herd of Cattle.

But what do you call a group of frogs?
Answer: An ARMY of Frogs!

And what do you call a group of toads?Answer:
An KNOT of Toads!

Bila air naik ke kepala..

Hanya hari ini saya dapat masuk semula ke pejabat. Semalam EL atau dalam bahasa mudahnya cuti kecemasan. Rumah saya dan beberapa rumah yang lain telah ditenggalami oleh banjir kilat. Kali terakhir banjir terjadi kalau tidak silap perkiraan saya adalah kira-kira 15 tahun dahulu. Ketika itu adalah zaman persekolahan rendah. Saya masih ingat pada waktu dan ketika itu, saya baru pulang dari sekolah dan sedang berehat-rehat sambil menenangkan minda. Dan seterusnya terlelap di buat mimpi. Saya bermimpi sedang menaiki sampan di sebuah tasik yang sangat jernih airnya. Sehinggakan kita boleh nampak apa sahaja yang berenang didasarnya. Andaikata ada seorang atau pun seekor duyung yang sedang berenang pasti akan ternampak segala perhiasan yang dipakainya. Begitulah gambaran jernihnya air di tasik tersebut. Tiba-tiba sampan yang saya naiki bocor, air membuak-buak memasuki perahu kecil saya yang comel. Air yang memasuki sampai mengenai tubuh saya, terasa sangat sejuk sekali. Saya mengigil, namun saya sangat suka pada kesejukan yang saya alami ini. Saya pasrah ingin tenggelam bersama-sama perahu kecil saya. Saya ingin bersama-sama berenang di tasik ini bersama duyung-duyung rupawan yang juga mendiami tasik ini. Saya semakin tenggelam. Namun saya masih sempat tersenyum.

Saya membuka mata apabila tiba-tiba saya terbau sesuatu yang tuan-tuan tidak dapat bayangkan apakah ia. Ya, Allah. Rupanya baru saya sedar yang aliran air yang saya rasai tadi adalah limpahan air yang datangnya dari luar. Saya sedang berbaring diatas permaidani yang mulai terapung. Banjir!!!


Kegirangan menyambut banjir kali pertama dan menyambutnya pada kali yang kedua iaitu pada hari minggu yang lepas adalah tidak sama. Kali ini tidak ada kegirangan. Yang ada adalah sakit hati. Sakit hati memikirkan perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas banjir. Hah, baru saya teringat, ketika selesai memindahkan semua barang-barang ke tempat yang selamat, kami berkumpul bersama-sama jiran yang menjadi mangsa banjir dihadapan rumah. Air masih lagi tidak surut. Datang seorang wartawan dari akhbar termasyur, mengambil berita dan gambar di tempat kejadian. Beberapa orang di kalangan mangsa telah menjadi subjek lensa jurufoto ini. Dan turut turun pada malam itu adalah YB ADUN dari kawasan tersebut. Keesokan harinya kami dikunjungi oleh wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Exco Kerajaan Negeri. Dan jiran-jiran yang baik hati tetapi tidak menjadi mangsa banjir menyediakan makanan yang cukup lazat untuk kami. Maklumlah, dapur dan pinggan mangkuk habis terapung ketika banjir berlaku.

Nota: Tajuk entri diatas sepatutnya dibaca bila air naik ke kepala lutut.

Setelah Enam Bulan Berlalu...

Demi Kerana Kamu...
Begitu pantas jari jemari ini menaip butiran makna. Walaupun hati tidak tega. Tetapi melihat kamu dan harapan yang mengunung itu, lagi tidak tega buat diri ini untuk terus membiarkan kuburan ini menyepi tanpa senandung gemersik kehidupan. Hampir-hampir langkah ini tersadung tunggul kesedihan yang begitu berselerakan. Kadang-kadang tunggul ini hampir tidak kelihatan lantaran ia terselindung oleh kabus warna yang tidak menentu.

Demi Kerana Kamu...
Masih ingatkah kamu pada pepatah burung yang kepatahan sayap, sembuh dan kemudian terbang mencari jalan bahagia. Masih ingatkah kamu? Mungkin bagi seorang pengembara yang melihat keindahan burung-burung yang berterbangan itu menyangka bahawa burung-burung itu berterbangan dengan girangnya dan sambil ia ketawa memandang dalam kedalam anak mata kamu. Sedangkan pada hakikatnya matanya merah, merdunya sendu menahan rasa hiba sambil ia memandang keindahan awan-awan putih disekelilinginya.

Demi Kerana Kamu...
Tidak ada bahagianya jika kamu kehilangan sebahagian dari jiwa kamu. Jiwa yang sempurna adalah gabungan dua jiwa yang dilimpahi oleh rasa cinta yang kekal abadi. Tahukan kamu apakah cinta yang kekal abadi? Cinta yang tidak ada khianat atau rasa iri, itulah cinta mutlak pemilik Tuhan alam semesta. Dan tahukah kamu apa pula bahagian jiwa itu? Bahagian jiwa itu tidak lain adalah diri kamu sendiri.

Demi Kerana Kamu...
Aku menahan nafas mengenangmu. Mengenang bahagian jiwaku. Memandang dengan cinta dari kejauhan. Mungkin aku akan binasa kerananya. Tapi bukankan itu pengorbanan yang perlu dilakukan bagi mereka yang benar-benar berani terjun kedalam lautan cinta ini.

Melihat kamu terkorban adalah sesuatu yang tidak mungkin aku lakukan. Mungkin biarkan sahaja diri ini yang terkorban.

Itu adalah lebih baik.
Dan yang paling pasti, aku akan kembali semula.

Aduiii!!!

Saya duduk termanggu ketika itu. Pita memori berputar seperti menayangkan kembali kejadian yang telah berlaku dua hari yang lepas. Ia seperti sepotong kuih yang hampir-hampir masuk ke mulut. Tetapi mungkin kerana bukan seperti kehendak-Nya, ternyata kuih yang hampir masuk ke mulut itu bukan milik saya. Begitulah keadaannya. Sedih? Mungkin juga. Pasrah? hei dewd, ini hati manusialah. Bukan hati robot yang boleh diprogram-programkan dengan segala bentuk emosi yang tidak memberi apa-apa erti pada badan robot tersebut. Kalau saya mengatakan tidak terasa apa-apa mungkin saya sebenarnya sedang menipu kamu semua.

Saya dah penat duduk termanggu. Saya rasa saya nak buat sesuatu. Mungkin nak ternak lembu pawah pulak lah lepas ni. Sekurang-kurangnya lembu pawah ni tak pandai nak sakitkan hati orang lain.

Nota buat Pa'chik: Thanks bro, sangat menghargai info pasal van combi tu.


Catatan 1.36 petang
what da hex?

Saya sedang mendengar nyanyian Broery ketika tiba-tiba sahaja...adoiii! what da hex? Kinda feeling that kill me. OMG. Please do bless me and show me your guidance...

Tajuk: Jatuh Cinta

Tak tahu apa sebabnya
Mengapa aku jatuh cinta
Padamu sayang tiap waktu
Ku rindu

Mengapa oh mengapa
Tak kuasa menolaknya
Dan tak kuasa
Menyatakan itu kepadamu di saat ini

Sebening air telaga
Sebersih awan tak tercela
Hatimu sayang ku dekati
Tak terasa

Ku merasakan berdosa
Bila hatimu yang suci
Ku nodai dengan rasa cinta
Dan akhirnya kau benci padaku
...Lirik TamaT...

Off Ipod. Jom Solat.


Mencari TERAGUNG (The Searching for Ultimate)

Mencari matlamat SEBENAR dalam hidup adalah merupakan perkara yang paling sukar di dalam kehidupan kita sebagai manusia yang penuh dengan bermacam-macam keinginan. Seringkali matlamat-matlamat sampingan meyebabkan kita semakin jauh ataupun lupa kepada matlamat sebenar.

Di dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis manusia, dan oleh kerana sifat unik ini menyebabkan adanya kepelbagaian dalam segala jenis hal. Keperlbagaian ataupun perbezaan ini sebenarnya merupakan hikmah yang boleh kita pelajari dalam bekal kita untuk mencari yang TERAGUNG di dalam kehidupan ini.

Persoalannya. Apakah TERAGUNG itu?

Ada diantara kita yang menyatakan bahawa TERAGUNG itu adalah
  • Tuhan (Bagi muslim ialah Allah)
  • ataupun Kebahagian dunia atau kebahagian akhirat ataupun kedua-duanya sekali.
  • ataupun sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan apa pun sebagai contohnya, kasih sayang, dsbnya.
  • ataupun sesuatu yang material sifatnya seperti rumah besar, kereta mewah dsbnya.
Apa pun yang dimaksudkan sebagai TERAGUNG itu tidaklah menjadi hal yang utama di dalam perbincangan saya pada kali ini, cumanya saya ingin memfokuskan pada satu perkara yang sangat indah di atas tulisan, sangat manis pada rasa dan perasaan, dan mempunyai definasi yang sangat universal tergantung pada pengertian dan pengalaman seseorang individu tersebut.

Perkara tersebut adalah CINTA.

Kenapa saya mengatakan bahawa ia mempunyai definasi yang sangat universal kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadapnya. Bagi diri saya setiap pandangan tersebut sangatlah benar dan betul pada persepsi masing-masing.

Saya ingin terus mengangkat CINTA pada tahap yang tertinggi sekali. Cinta yang sebenar-benarnya tulus dan tidak mengandungi nafsu ataupun prasangka. Cinta mutlak. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudahnya CINTA kepada Tuhan. Sebagaimana firman Allah.

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Al-Baqarah: 165)


Di dalam ayat diatas dengan jelas Allah telah mensyariatkan bahawa "Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta pada Allah". Disini sebenarnya Allah telah menjelaskan suatu hal yang sangat pasti.

Untuk kamu mencintai Allah hendaklah kamu beriman kepadanya terlebih dahulu. Ini merupakan suatu proses. Dan bagaimana pula untuk kita beriman kepada-Nya. Sila baca firman Allah yang berikutnya.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)

Disini pula Allah menjelaskan bahawa setiap yang beriman pasti akan di uji. Dan ujian-ujian tersebut pastinya datang dalam pelbagai bentuk dan bertahap-tahap. Semakin tinggi keimanan kita, maka semakin kuatlah bentuk ujian yang mendatang.

Apakah realiti kepada CINTA TERAGUNG ini. Kebenaran adalah pada kenyataannya. Sebenarnya dalam mencapai cinta teragung ini, kita mestilah melalui pelbagai proses-proses saringan (ujian-ujian) dalam mendapatkan sari pati atau pun ketulenan cinta tersebut. Cinta itu adalah fitrah manusia, dan ia telah lama ada pada dalam diri kita semenjak dari kelahiran kita ke muka bumi ini. Cumanya daki dunia ini telah menyebabkan ketulenan cinta itu semakin berkurangan sehingga dilitupi daki keduniaan yang semakin hari semakin menebal.

Kembalilah ke fitrahmu kerana di situ kamu akan menemui CINTA TERAGUNG a.k.a CINTA SEJATI.


CINTA TERAGUNG bukanlah sekadar perkataan, ia adalah sebuah perjalanan jauh dalam membentuk nurani kita menjadi sebuah jiwa yang bebas dari pelbagai belenggu jiwa. Ia adalah jalan menuju kepada ketenangan mutlak. Ia adalah jiwa yang mengenali zat penciptanya dalam erti kata yang sebenar. Apabila ia direalisasikan, ia akan melahir susuk keperibadian yang mencontohi keperibadian Muhammad s.a.w. Keperibadian fitrah, susuk Al-Quran.

Cinta bukan setakat tahu atau kenal, bahkan ia saling hubung menghubungi ataupun ingat-mengingati. Dan ia tidak pernah bertepuk sebelah tangan.

Salam.



P/S: Nota ini khusus buat saudariku yang berada di Tg Malim.

Cinta Buat Garbera 1-3-5 clr*

Gerbera,
Terima kasih diatas mekarmu,
Di taman kasih,
Dilimpahi budi cinta,
Walaupun ia seketika,

Andai engkau berbagi kasih,
Rela aku melihat dirimu dimahkotakan,
Di mahligai idaman,

Aku?
Usah dipedulikan,
Yang penting kuntuman mu berseri,

Akan aku terbang lebih jauh,
Sampai bertemu sangga lain,
Buat menenang diri,

Masa terus bergilir,
Menongkah deras yang terus berlalu,
Sampai kepastian,
Roh ini dijemput pulang,
Bersama harapan yang bersinar,

Kalau dapat aku katakan,
Aku...................... (kerana disaat ini aku telah tiada lagi)

Aku, dia dan reben pink

Kalau kamu mengetahui
Pasti kamu akan tahu
Rasa yang terasa
Lahir dari dasar hati yang paling dalam sekali
Sehingga akhirnya aku dan dia saling pandang memandang

I am in the mood of reading now, my subscription of weekly Time magazine arrived home smoothly without any delay. This week headlines is about breast cancer. It is very shocking fact that this spreading illness become worst from time to time. There are several causes of this problem begin with fatty foods, lack of exercise and obesity which lead to the increasing numbers of breast cancer cases. While, the risk factors for a disease may cross border freely, the cultural understanding it takes to treat it does not. Women from some nation may live in a world of pink ribbons and LIVESTRONG bracelets, but in other part of the world, breast cancer is still a shameful secret.

Please consider these facts:
  • Every three minutes an Egyptian women is informed that she has the illness, and one and the most fears is that her husband will leave her soon.
  • In India, women with breast cancer may be forced to use separate plates and spoons because of the widespread belief that the disease is contagious .
  • ETC

Secrecy leads not only to misery but also to misinformation. Thus, increasing the number of cases which are not reported and small the opportunity to get earlier treatment. I am not going to detailed this issues further. You may get a copy of Time by your own. Perhaps, this little message can remind everybody the important of prevention because there is no heal for breast cancer.

Extra:
What is World's of Pink Ribbons Program?
The pink ribbon means something different for everyone. For one it might be a memory of one lost to breast cancer. For another it might be a symbol of what the future could bring. For yet another, it could mean survival. No matter what it represents to each individual, it brings hope to the thousands of people who are affected by breast cancer every year.

Ayoyoooooo

Sesiapa yang bercadang untuk mengambil pembantu rumah dari India, berikut adalah perkara yang perlu disediakan oleh majikan di Malaysia. (Sumber: The Star, 18/10/2007)

  • Gaji minimum RM1400 sebulan.
  • Telefon bimbit dan prepaid untuk setiap bulan.
  • Jaminan bank berjumlah RM 9000 yang perlu diletakkan di kedutaan India.
  • Perlidungan insuran sebanyak RM 20000, dimana premium awal yang dibayar adalah sebanyak RM300.

Berikut pula adalah apa yang terjadi pada pekerja warganegara malaysia yang bekerja disektor swasta di Malaysia.

  • Gaji minimum, buat masa ini gaji minimum adalah didalam lingkungan RM200-300 sebulan. Dalam cadangan, RM 900 sebulan oleh MTUC. Ini pun belum tentu lagi. Jadi jangan terlalu berharap terlampau sangat.
  • Elaun cola, dalam cadangan ialah RM 300 sebulan oleh MTUC.
  • Telefon bimbit, nak pakai kena beli sendiri, pandai-pandailah nak hidup.
  • Jaminan Bank, tiada tertulis di dalam akta pekerjaan.
  • Perlindungan insurans dan SOCSO nasib baik ada. Itupun tak semua majikan yang bayar premium dan mencarum.
  • KWSP, ini pun nasib baik ada.

Malaysia Boleh!!!

Bisa

Pandang depan. Pandang belakang. Pandang kiri. Pandang kanan.

Kosong.

Masih ramai lagi yang belum pulang dari bercuti. Kerja kena jalan seperti biasa.

Aduhhhh!!! Bisa betul rasa perasaan ini.

Sebelum terlupa, saya sedang mencari barang ini



Ada sesiapa yang berminat untuk menjual?