Mapiau! Mapiau!

Semalam dan seperti malam yang sebelumnya, seperti kebiasaan aku pulang agak lewat dari pejabat. Menaiki bas Metro dari Menara Boustead ke Petaling Street. Terus terang aku katakan yang aku amat suka menaiki bas Metro sebab secara tak langsung aku dapat berjumpa dengan ramai jenis manusia. Dan juga kerana X faktor, tambang yang lebih murah.

Sampai di Petaling Street aku turun dari bas. Aku tengok ramai mamat cina yang menjual mapiau. Merata-merata aku nampak muka diorang. Sampai ada jugak yang menjual ditengah border jalan raya, tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Muka-muka yang membeli pulak ramainya muka-muka orang kita, orang melayu.

Aku bercadang nak beli satu, bukan apa tapi kerana semangat ingin tahu yang membuak-buak. Nak tahu sangat apa kebenda mapiau tuh. Tapi niatku terhalang sebab aku terpikir secara tak langsung nanti aku akan menyumbang kepada ekonomi dia orang. Dan secara tak langsung jugak nanti aku akan di cop sebagai pembeli mapiau oleh orang-orang sekeliling.

Selanjutnya aku menuju ke perhentian bas seterusnya dengan fikiran dan perasaan yang agak terhimpit.