Kisah Ferrari Merah

Apakah kamu ada membaca sebuah artikel didalam Reader's Digest isu Januari 2007 yang bertajuk 'From Jail to Wall Street'?

Kisah seorang pemuda kulit hitam yang miskin yang pernah dipenjarakan kerana tidak membayar parking kereta. Akhirnya dia menjadi seorang yang amat kaya dan kisahnya juga difilemkan di Hollywood yang wataknya dilakonkan oleh Will Smith. Dikenali sebagai Chris Gardener. Kisah bermula apabila pada suatu hari ketika beliau hendak meletakkan kenderaannya di kawasan letak kereta, tiba-tiba dia melihat sebuah Ferrari merah yang juga hendak meletakkan keretanya dikawasan yang sama, beliau menawarkan tempat letak keretanya kepada tuan punya Ferrari tersebut dengan satu syarat. Syaratnya adalah tuan punya Ferrari tersebut hendaklah menjawab dua persoalan yang akan dikemukakan. Pertama, apakah yang kamu lakukan? Soalan kedua, bagaimana kamu melakukannya?

Baiklah, saya akan tamatkan kisah itu disini. Kalau sesiapa yang berminat untuk mengetahui kesudahan kisah tersebut boleh mendapatkan Reader's Digest isu Jan 07.

Apa yang saya cuba sampaikan disini, lihat bagaimana dengan hanya bertanya ia boleh mengubah nasib kita. Sekarang, izinkan saya untuk bertanya. Sebab saya juga ingin mengubah nasib saya dengan bertanya.
Ada sesiapa di luar sana yang kaya?
Boleh bagitahu saya bagaimana anda boleh menjadi kaya?