My Favorite Clip



I still remember during my college time. This clip have become the most favorite clip among me and my friends. It show not only the true meaning of love but the reciprocal indeed. This is love is all about. This feeling is not only about to give and/or to take but it's also sacrifices. For those who already watch this clip, maybe you can re-watch it again. Just to remind you and me that the true love make our world better.

Cheers,

Nukilan

Saya tidak tega melihat gadis itu menangis. Apabila ditanyai, mengapa sampai begitu sekali dia bersedih. Dia menjawab, "Hati saya hancur apabila kamu hanya mengatakan kita ini hanya sekadar teman biasa."

Saya memandang jauh ke dalam anak matanya sambil berkata, "Bukankah ini yang kamu mahukan? Bukankah kamu yang membuat keputusan tentang perkara ini?" balas saya semula.

"Kamu tahu tak? betapa saya sangat sedih melihat kamu berdiri disampingnya. Saya sepatutnya menyalahkan diri saya kerana jatuh cinta pada awak," gadis itu berkata sambil membiarkan air jernih mengalir dari kelopak matanya.

"Apakah itu bermaksud kamu masih menyintai saya?"

"Kamu memang kejam!" suara gadis itu sedikit meninggi. Selepas itu dia berlari meninggalkan saya dengan seribu satu persoalan.

Itu kali terakhir saya memandang wajahnya. Itu juga kali terakhir saya mendengar suaranya. Pemergiannya merobek sebuah kenangan dengan seribu satu kesedihan. Tiada lagi sendu dan tiada lagi air mata. Yang tinggal hanya parut dalam yang tidak pernah sembuh.

Nukilan,
Demi Masa
23 Ramadhan 1428


Cuti


Hari ni saya cuti. Alangkah seronoknya saya.

Ha! ha! ha!

P/S: Selamat berhujung minggu kepada semua...


Dogma Kasih

Ini bukan sekadar sebuah dogma tentang kasih tetapi ia lebih kepada sebuah ekstrak dari sudut pandang insan picisan yang sering diketepikan dalam hal-hal yang berkaitan dengannya.


"Manusia tidak boleh hidup tanpa kasih sayang," kata seorang teman kepada saya. Saya termenung sejenak. Termenung memikirkan kata-kata tersebut. Ada kebenaran dalam ulas bicara teman itu.

Saya cuba untuk mendalami maksud ayat tersebut dengan satu persoalan remeh, "Kalau begitu dari mana datangnya perasaan kasih tersebut?" Nah, ada yang berkata kasih terbentuk di anak mata kemudian turun ke hati. Dan hati yang penuh dengan niat dan hasrat akan berbuat sesuai dengan apa yang di ingini. Apakah ini bermaksud kasih itu terletak pada apa yang dipandang oleh mata?

Saya teringat pesan orang dulu-dulu, "Kalau mencari isteri biar sakit dimata tetapi tidak sakit dihati." Penuh dengan pengertian. Tapi persoalan tadi masih tidak terjawab. Dimanakah letaknya perasaan kasih tersebut. Pertama, Kalau kita bersetuju untuk mengatakan bahawa perasaan kasih tersebut terletak pada pandangan mata, bagaimana pula dengan insan-insan yang tidak memiliki penglihatan, yang tidak pernah berpeluang untuk 'melihat' kasih dengan mata mereka sendiri. Kedua, jika kita juga bersetuju mengatakan bahawa kasih itu datangnya dari mata, makanya kita cuba untuk mengatakan juga bahawa kasih itu ada diluar dari diri kita. Dalam bahasa yang lebih mudah ialah pada apa yang dipandang. Maksudnya, oleh kerana mata itu berfungsi untuk melihat apa yang telah dijadikan di dunia ini makanya kita lebih senang untuk meletakkan andaian pada sesuatu perkara yang kita lihat. Dan dengan andaian-andaian yang ada akan lahirlah berbagai perasaan dan salah satu daripadanya adalah 'KASIH' itu sendiri.

Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan bahawa mata adalah penentu kepada perasaan-perasaan tersebut. Sekali lagi ia bermula dengan pandangan mata dan seterusnya lahirlah perasaan yang diperkatakan tadi.

Ramai diantara kita pula mungkin bersetuju bila mengatakan bahawa kasih itu letaknya dihati. Jika anda bersetuju dengan fakta ini, anda mungkin tidak akan bersetuju dengan apa yang saya fikirkan ini pula.

Kalau kita mengatakan bahawa pada hati letaknya perasaan kasih. Jadi kenapa kita perlu meminta-meminta dan menagih kasih yang ada pada orang lain. Apa tidak cukupkah kasih yang memang telah ada bersama kita. Kenapa perlu menjadi pengemis kasih sedangkan yang ada di hati kita dibiarkan tanpa dibajai dengan kebaikan sehingga ia sirna menjadi titik hitam yang menjadi noda yang mencacatkan.

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa kalau begitu kenapa Allah menjadikan sesuatu itu berpasang-pasangan. Bukankah tujuan sesuatu itu dijadikan berpasang-pasangan melainkan untuk berkasih-sayang sesama mereka.

Kalau itu yang anda maksudkan, ternyata anda sudah terlalu ke depan dalam hal berkasih-sayang kerana kenyataan itu sesuai bagi mereka yang sudah berpasangan secara syarie. Tetapi bagi mereka-mereka yang masih bujang, bagaimana ya?

Berbuka

Ketika saat ini saya sedang berbuka puasa bersendirian di pejabat.

Ermm...Alangkah baiknya jika ada teman...

Hujan


Memerhati hujan yang sedang turun dengan lebatnya dari tingkat sepuluh bangunan ini memberi satu pemandangan yang cukup sarat dengan pengertian. Dari kejauhan kelihatan manusia-manusia yang sedang berpayung, ada yang sedang berlari-lari anak dan ada pula yang kelihatan begitu selamba merempuh hujan tanpa menghiraukan kebasahan sekeliling.

Dimana-mana manusia begitu sibuk bercerita tentang hujan. Ada yang tertawa apabila melihat ada rakannya yang kuyup kebasahan. Ada yang mengeluh kerana begitu banyak urusan yang tertunda akibat dari hujan dan tak kurang juga ada yang tak menyedari bahawa hujan sedang turun dengan lebatnya sehingga kadang-kala ia menenggelamkan jalan raya sehingga ke paras dua kaki.

Apa pun hujan tetap juga turun walaupun peramal cuaca meramalkan bahawa pada hari tersebut adalah cerah.

Hujan oh Hujan.

Saya terbaca satu fakta yang sangat menarik tentang hujan. Betapa sains pada kurun ke-19 ada menjelaskan tentang kejadian hujan ini. Semua orang pasti tahu bagaimana hujan terjadi. Bermula dengan pemeluwapan air dari muka bumi yang tersejat sehingga terbentuknya awan. Proses pemeluwapan yang terjadi menyebabkan awan semakin sarat dengan kandungan air. Apabila awan tersebut semakin berat maka udara yang sarat dengan air tadi akan turun ke bumi. Begitu mudah bukan prosesnya?

Jadi apa yang menariknya tentang proses ini? Yang menariknya Al-Quran yang telah di turunkan 1428 tahun dahulu telah menerangkan proses ini sebelum ahli sains abad ke-19 berjaya melakukan penemuan tentang proses hujan ini secara saintifik.

Al-Quran dengan jelasnya menerangkan bahawa hujan terjadi secara bertahap.Terdapat 3 tahap kejadian hujan seperti yang diterangkan di dalam ayat yang berikut.

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Tahap 1:
Dialah Allah Yang mengirimkan angin..." Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tidak terhitung banyaknya yang terbentuk akibat proses pemeluwapan di muka bumi yang berair, menyebabkan partikel-partikel air yang ringan naik menuju ke langit. Partikel-partikel ini, yang kaya dengan kandungan garam, lalu dibawa oleh angin dan bergerak ke atas atmosfera. Partikel-partikel ini, yang juga disebut gas, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air".

Tahap 2:
“...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..."Awan-awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Saiz air hujan sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

Tahap 3:
"...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya..."Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu bercampur dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

...Berakhir sebuah penceritaan tentang pengilmiahan kisah hujan...

Bercerita tentang hujan masih belum tamat lagi. Hujan juga adalah simbol kepada sebuah kesedihan. Aduhai!!! andaikata kamu dapat mengerti...

Every second I lie awake,
I hurt from my simple mistakes.
The rain that falls is pure and cold,
Falling tears seem to make feel old,
These bitter tears resemble the icy rain,
Beautifully perfect,
But filled with pain.
Hot steam from the soul released into the air,
My empty heart in my chest is stripped bare.
Standing by the window I see the gray skies fall,
Feeling nothing inside,
Nothing at all.

Begitulah namanya kehidupan..kadang-kadang ia tidak perlu sebarang alasan untuk merasa gembira ataupun merasa sedih.

Bunga-Bunga SPI

Isen ini adalah kesinambungan daripada isen ini.


Saya 'dipaksa' untuk memuat naikkan (upload) foto ini di blog saya, saya diugut belasah atau belanja KFC poppers jika saya enggan. Saya lebih rela dibelasah sebenarnya. He! he! tapi demi untuk tidak menghampakan mereka saya gagahkan diri untuk memuat naikkan foto ini juga.

Macam mana? Wangi tak bunga-bunga SPI kami ini. Ha! ha! ha! 

Dari kiri: Eka, Nana & Kak Midah


Pilihan Hatinya

Jika memang dirinya
Adalah menjadi pilihan hatimu
Memang sudah takdirnya
Aku tiada di hatimu

Seperti apa yang aku tahu
Kau mencintainya di sepanjang waktumu
Dan aku juga tahu,
Cintanya abadi terhadapmu

Dan aku juga yakin cinta yang ada di dalam hatiku
Milik dia yang mencintai aku
Dan pada setiap hembus nafasku
Hanya rindunya yang menguasaiku

Harus selalu juga kau tahu,
Ku juga mencintainya di sepanjang waktuku
Harus juga kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Hanya dirinya satu yang selalu juga ku rindu

Jika memang bukan aku
Dia mampu mencintaimu
Segalanya lebih bermakna
Kerana memang dia yang memiliki mu

Nota: Segala-galanya adalah milik-Nya

Belajar-belajar memerhati

Pernah suatu ketika seorang teman bertanya tentang perbuatan saya yang sangat senang memandang manusia ramai terutamanya dikawasan-kawasan tumpuan seperti di pusat membeli belah, pasar-pasar dan sebagainya. Lantas saya menjawab, "Saya cuba-cuba untuk memandang setiap wajah manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana ternyata begitulah Allah memandang kepada wajah hamba-hambanya."

Cuba pula kamu-kamu semua memandang kepada wajah di bawah ini dengan pandangan yang saya maksudkan tadi.

Bagaimana?


Photo dari REUTERS/Juan Carlos Ulate. Sila lihat Reuter Photos bahagian "Living in Poverty"


Salam Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Syukur pada Allah yang masih memberi sedikit kesempatan untuk saya bernafas dan terus bernafas sehingga saya mengerti mungkin pada suatu masa nanti akan tujuan saya dihidupkan di muka bumi yang penuh dengan seribu satu cerita ini. Ramadhan menjelma lagi. Saban tahun ia menjengah kita. Bertuahlah pada mereka-mereka yang pandai memanfaatkan kedatangan Ramadhan dalam melipat gandakan amal kebaikan masing-masing.

Terima kasih pada teman-teman yang sentiasa menghubungi saya dan mengingatkan saya tentang erti persaudaraan dalam dunia maya ini. Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Qisst atas hadiah comel yang telah dikirimkan pada saya. Saya hampir-hampir terlupa pada komen yang pernah saya kirimkan kepada Qisst tersebut. Tiba-tiba sahaja pada hari itu sebungkus parcel diterima. Dan apabila dibuka, nah...

Rupa-rupa tempat meletak pen. Terima kasih pada Qisst sekali lagi atas hadiah yang sangat bermakna ini.

Kepada teman-teman semua, selamat berpuasa. Semoga segala amal kebaikan kita diterima Allah.