Nukilan

Saya tidak tega melihat gadis itu menangis. Apabila ditanyai, mengapa sampai begitu sekali dia bersedih. Dia menjawab, "Hati saya hancur apabila kamu hanya mengatakan kita ini hanya sekadar teman biasa."

Saya memandang jauh ke dalam anak matanya sambil berkata, "Bukankah ini yang kamu mahukan? Bukankah kamu yang membuat keputusan tentang perkara ini?" balas saya semula.

"Kamu tahu tak? betapa saya sangat sedih melihat kamu berdiri disampingnya. Saya sepatutnya menyalahkan diri saya kerana jatuh cinta pada awak," gadis itu berkata sambil membiarkan air jernih mengalir dari kelopak matanya.

"Apakah itu bermaksud kamu masih menyintai saya?"

"Kamu memang kejam!" suara gadis itu sedikit meninggi. Selepas itu dia berlari meninggalkan saya dengan seribu satu persoalan.

Itu kali terakhir saya memandang wajahnya. Itu juga kali terakhir saya mendengar suaranya. Pemergiannya merobek sebuah kenangan dengan seribu satu kesedihan. Tiada lagi sendu dan tiada lagi air mata. Yang tinggal hanya parut dalam yang tidak pernah sembuh.

Nukilan,
Demi Masa
23 Ramadhan 1428