...Reena, Hamadi, Yud, Topan...
Entah kenapa cerita ni buat saya cukup merasa sebak. Saya teringat pada suatu dialog,
"Hendaklah kamu percaya pada kuasa kasih sayang, kerana ia bisa menembusi batu yang paling keras sekali."
Entah bila karyawan Malaysia boleh buat kisah sebegini...
Untuk Reena
Sunday, July 29, 2007 at 7:48 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Petang itu...
Saturday, July 28, 2007 at 6:53 AM Ditulis oleh ~inilah saya~
Tiba-tiba perhatian saya tertumpu pada kelibat seseorang yang sangat saya kenali. Dia baru sahaja turun dari sebuah bas sambil menjinjit sesuatu ditangan kanannya.
Kalau tadinya kami agak sibuk bercerita tentang nasib yang tidak begitu berpihak kepada kami. Kehadiran dia yang sangat saya kenali itu menyebabkan isu tersebut tenggelam secara tiba-tiba.
"Lihat! itulah ibu yang bekerja sebagai tukang cuci di pejabat kita", sambil teman saya menunjunkkan jari telunjuknya ke arah ibu tersebut.
Tiba-tiba perasaan menjadi begitu sayu sekali.
Betapa bila terkenangkan seorang ibu yang berkerja mencuci tandas dan lantai di pejabat kami. Sangat tabah. Tidak pernah mengeluh dengan takdir yang dihadapinya. Kesusahan menyebabkan bibirnya tak lekang dari seulas senyuman. Seperti menyembunyikan keperitan hidup yang dialaminya selama ini.
Saya teringat setiap pagi saya akan masuk ketandas ketika ibu tersebut sedang sibuk mencuci tandas lelaki di tempat saya. Kesempatan itu saya ambil untuk bertanya khabar tentang dirinya dan juga keluarganya. Dari apa yang di ceritanya, saya cuba untuk mengenali kehidupan peribadi ibu ini dengan lebih mendalam. Dan kesimpulan yang boleh saya buat ialah ibu ini cukup tegar mengharungi hidupnya.
Ternyata jika dibanding-bandingkan, kadang-kadang kita tidak begitu menyedari bahawa takdir hidup kita adalah jauh lebih baik dari orang lain. Kita terlalu banyak mengeluh dan kurang sekali bersyukur. Mungkin ini waktunya untuk kita berubah. Berubah menjadi manusia yang lebih mengerti penderitaan orang lain, tahu bersyukur, redha dengan takdir yang berlaku kerana ini semua akan menjadikan jiwa kita seteguh jiwa seorang ibu yang takdirnya telah ditentukan Allah untuk berkerja hanya sebagai seorang tukang cuci tandas yang mungkin tidak pernah dipandang mulia oleh orang lain.
sesak oh sesak
Thursday, July 26, 2007 at 5:33 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Sesak bersama haru biru kehidupan
Mencari sejalur cahaya buat penongkat diri
Terkesima dalam kesedaran waktu
Kenangan lama tergarit semula
Bersama perca teka-teki
Yang tidak pernah ada penghujungnya..
Rindu yang terpinggir
Wednesday, July 25, 2007 at 7:11 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Seperti semalam yang telah berlalu.Hari ini langit mendung minggir bersama cerah yang sudah tidak begitu cerah lagi. Sepasang kaki melangkah bersama satu rasa dan perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Cebisan kenangan seperti merungkai-rungkai tangkai hati. Supaya ia tidak luput dan kekal bersama rasa rindu yang semakin pudar.
Pinter
Tuesday, June 05, 2007 at 9:06 AM Ditulis oleh ~inilah saya~
"Mak saya bodoh, dia kerja tukang sapu. Saya mahu belajar rajin-rajin. Saya mahu jadi pinter."
"Mudah-mudahan dia menjadi seorang anak yang pinter."
Nota kaki: Dialog ini lahir dari mulut seorang ibu. Berbangsa boyan yang begitu berbangga memiliki seorang anak yang "pinter" (dieja Pintar).
Sebuah kesyukuran yang tiada batasnya
Sunday, June 03, 2007 at 10:19 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Seribu ucapan terima kasih diatas kata-kata perangsang yang telah diberikan oleh teman-teman didalam isen saya yang terdahulu. Ermm...ternyata kadang-kadang lelaki juga perlu mengalirkan air matanya...
:D
Surat untuk bintang
Thursday, May 03, 2007 at 9:40 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Kenapa dengan gua? gua rasa macam tak berguna sungguh. Ada kawan, kawan-kawan semua sibuk. Ada yang memang sengaja tak nak layan gua, atas alasan ingin cuba mencari kedamaian hidup. Well, itu memang korang punya hak asasi. Gua pun tak leh nak kata apa.
Hari ni, semalam dan minggu lepas gua rasa cukup geram. Kalau selalunya gua ada banyak aktiviti-aktiviti yang boleh menghilangkan ingatan kuat pada suatu kenangan yang masih terlipat kemas dalam memori gua. Tapi hari ini, entah apa hantunya datang mengocak-ngocak kembali kenangan gua tersebut. Gua rasa macam nak tikam aje hantu-hantu tu.
Entahlah duhai bintang, hari ini gua terpaksa membahaskan diri gua sebagai gua. Gua mahu keluar sebentar dari norma-norma ketatasusilaan bahasa pada entri kali ini. Izinkan gua untuk meneruskan kata-kata gua ini.
First, gua nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi membaca blog gua. Kesenyapan gua menyebabkan ramai yang bertanya kepada gua kemana gua pergi menghilangkan diri. Terus terang, gua sebenarnya sekarang ni sedang berada di dalam kegelisahan yang amat sangat. Gua rasa seperti gua kehilangan sebahagian dari belahan jiwa yang ada pada diri gua. Apakah itu maksudnya gua sunyi?
Entahlah wahai bintang, gua dapat rasakan seperti jiwa ini ditarik-tarik pada suatu daya. Tapi ingatan gua terhadap memori yang gua ceritakan tadi seperti menghambat gua untuk terus bergerak jauh. Gua rimas dengan perasaan ini. Gua terbakar dengan perasaan ini. Gua rasa macam nak tidur terus tak bangun-bangun lagi.
Tapi gua tak mahu jadi manusia yang lemah semangat. Gua tak mahu menjadi manusia yang menyusahkan hidup orang lain. Gua tak mahu jadi manusia bangsat. Yang bertopengkan bibir manis tapi berlidah duri. Gua nak jadi manusia baik. Gua nak jadi manusia sopan. Dan gua nak jadi apa yang gua nak jadi.
Gua rasa gua seperti hilang sumbu inspirasi, gua bodoh sebab mengharapkan sesuatu yang tak tercapai dek tangan. Gua boleh aje guna galah nak jolok, tapi gua tak mahu buah yang gua jolok tu rosak. Gua tak mahu paksa-paksa. Sebab bagi gua, sesuatu itu patut seperti air yang mudik ke hulu. Hening, jernih dan tersendiri. Geraknya teratur diatur oleh kudrat tuhan yang maha kaya. Tapi bila kita mula bina empangan, air yang ditadah tadi sudah hilang sifat kejernihan. Dah tak cantik lagi. Gua tak mahu itu berlaku.
Kawanku Bintang, gua tak tahu berapa lama gua akan tersangkut dengan angan-angan yang boleh merosakkan jiwa gua ini. Gua tak harapkan apa-apa cumanya kalau boleh tolong doakan gua. Gua mahu bebas dari ikatan-ikatan yang bersifat kebendaan ini. Gua dah tak larat lagi. Gua pun sudah lupa berapa kali gua menangis hari ini. Gua rasa air mata gua sudah kering sebab tersejat oleh bahang panas keinginan yang begitu membara dalam diri gua ini.
Hari ini gua janji, gua akan cuba tabah. Kalau gua masih hidup lagi, gua akan update next entri. Kalau gua tak cukup tabah. Mungkin gua akan letak batu nisan kat sini.
Take care semua,
I Love You,
Wasalam
iT Is sO hArd To SaY GuD ByE!!!
Wednesday, April 25, 2007 at 12:44 AM Ditulis oleh ~inilah saya~
Dear all,
It is with a heavy heart that I now must say goodbye to everyone here as today is my last day with MAIBB. I'm really sorry I couldn't personally see each and everyone of you to say thank you. I've thoroughly enjoyed my work here and it has been the best 10yrs with Short D and now MAIBB. I do apologise if I've ever hurt anyone's feelings in any way.
Do not hesitate to contact me for any matter, I can be reached at 01X-28XXXXX. Hope to hear from you :)
I'll miss you all!!
Sincerely,
Dini
Second Email
Dear all;
Today marked my last day in the bank and as such, I would like to take this opportunity to thank each and everyone of you for being such wonderful colleagues for the last five years.The experience and support that I have gained through out the years are no doubt invaluable.
again, best wishes for a positive future!
I can be contacted at 01X-6181XXX or email at bgsXXXX@yahoo.com
Regards, Iza
My Note:
Sisters i am gonna to miss both of you. Please take care. Thanks for everything.
Please reserve any seats for me there (if any). Hihhihihihihii..............
Photo taken during the Charity Day's organized by Amanah Butler Berhad.
Nikmat...
Monday, April 23, 2007 at 11:59 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
Panggilan disambungkan...
Hello...kau kat mana ni?
Petang ni ON tak?
haa....ok jugak kalau tak ON sebab aku kena balik kampung ni.
Padahal dalam hati..."Alamak esok ada satu paper lagi, nasib baik cancel..."
Balik rumah konon-kononnya nak study...
Tapi aduhai, rupanya nikmat tidur itu lebih hebat dari nikmat studi....
:-)
PS: Tolong jangan libatkan nikmat perkahwinan disini yer...
Fu-yooh...
Monday, April 16, 2007 at 7:25 PM Ditulis oleh ~inilah saya~
"Ohh...ini kerana sungai membekalkan sumber air yang sangat berguna kepada manusia, flora dan juga fauna. Dan ia juga penting untuk keseimbangan ekosistem," jawab wanita itu dengan penuh keyakinan.
"Ermm betul jugak," sambil saya memandang kearah sebuah air terjun yang sedang mengalir deras.
Oh, lupa saya nak bagitahu pada hari sabtu yang lepas saya ada ke Cameroon Highland.
Fu-yooh....Syokkk Habis....